Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
bunga matahari

Bunga Matahari : Ketahui Cara Menanam Yang Betul

Posted on 10/17/202310/23/2023 by 123mamanet

Bunga matahari atau Helianthus annuus dalam bahasa saintifiknya merupakan salah satu tumbuhan yang paling mengagumkan dan mudah dikenali di seluruh dunia. Jadi, tidak hairanlah bahawa bunga ini sering menjadi kegemaran di kebun dan taman-taman bunga. Namun, keindahan bunga matahari sebenarnya jauh lebih dalam daripada apa yang dapat dilihat pada pandangan pertama. Jom selongkar lebih lanjut tentang keunikan dan makna tersembunyi di sebalik keindahan bunga unik ini.

Isi Kandungan hide
1 Asal Usul Bunga Matahari
2 Simbolik Bunga Matahari
3 Manfaat Bunga Matahari
4 Cara Menanam Yang Betul
4.1 Pilih Lokasi Yang Sesuai
4.2 Sediakan Tanah Yang Baik
4.3 Pilih Varieti Yang Sesuai
4.4 Penanaman Benih atau Anak Pokok
4.5 Penjagaan Tambahan
4.6 Letak Kayu Penyokong
4.7 Pantau dan Kawal Hama
4.8 Penuaian dan Penjagaan Bunga Matahari

bunga matahari

Asal Usul Bunga Matahari

Asalnya datang dari Amerika Utara dan Amerika Tengah. Telah ditanam selama berabad-abad dan biji bunga matahari adalah makanan penting bagi beberapa masyarakat asli di Amerika. Penanamannya telah berlaku selama lebih dari 3,000 tahun yang lalu.

Simbolik Bunga Matahari

Ia seringkali dianggap sebagai simbol yang membawa kebahagiaan, kegembiraandan kesucian dalam pelbagai budaya. Ia menghadap matahari sepanjang hari, mencerminkan semangat gigih dan tekad yang kuat.

Mempunyai beberapa ciri-ciri unik yang menjadikannya menarik. Pertama,mempunyai keupayaan untuk tumbuh sangat tinggi. Batangnya boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter. Selain itu,  ia mempunyai kepala bunga besar yang terdiri daripada banyak kuntum bunga berwarna kuning cerah yang mengelilingi “pusat matahari” yang berwarna coklat tua.

sunflower

Manfaat Bunga Matahari

Ia bukan sekadar hanya cantik, tetapi juga bermanfaat. Bijinya adalah sumber minyak bijan matahari, yang digunakan dalam masakan dan kosmetik. Selain itu, ia adalah tumbuhan penting dalam bidang pertanian. Tumbuhan ini digunakan dalam rotasi tanaman untuk meningkatkan kesuburan tanah.

Baca Juga:

Makanan Punca Kolesterol Tinggi

Buat Scrub Bibir Sendiri

 

bunga matahari

Cara Menanam Yang Betul

Menanam bunga ini  adalah aktiviti yang cukup sihat dan menyeronokkan Jika anda berminat untuk menanam di kawasan kediaman anda, inilah beberapa panduan ringkas. Ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi, sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.

Anda boleh menanamnya di dalam pasu atau di taman terbuka. Pastikan tanah anda mempunyai sistem saliran yang baik, yang bermaksud air tidak terkumpul lama di atas tanah. Ia adalah tumbuhan yang senang dijaga, tetapi anda perlu menyiramnya dengan kerap untuk memastikan pertumbuhan yang baik.

Berikut adalah beberapa langkah untuk menanamnya dengan betul :

Pilih Lokasi Yang Sesuai

Pastikan bahawa anda memilih lokasi yang menerima cahaya matahari yang mencukupi. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam cahaya matahari sehari.

Lokasi yang terdedah kepada angin yang berterusan juga adalah penting kerana ia tinggi dan boleh menjadi berat.. Jadi,  memerlukan sokongan yang baik.

Sediakan Tanah Yang Baik

Tanah yang baik untuk menanamnya adalah tanah yang mempunyai saliran dengan baik. Pastikan tanah tidak berlumpur atau tertakung air. Anda boleh memperbaiki kesuburan tanah dengan menambahkan kompos atau baja organik.

bunga matahari

Pilih Varieti Yang Sesuai

Pilih varieti bunga matahari yang sesuai untuk iklim Malaysia. Varieti yang lebih pendek dan tahan kepada iklim khatulistiwa mungkin lebih sesuai daripada varieti gergasi.

Penanaman Benih atau Anak Pokok

Anda boleh memilih untuk menanam biji bunga matahari secara langsung di tanah atau menanam anak pokok yang telah dibeli.

Jika menanam biji, rendam biji dalam air semalaman sebelum menanam untuk mempercepat proses percambahan. Kemudian, tanam biji pada kedalaman yang sesuai (biasanya kira-kira satu hingga dua inci) dan beri jarak yang mencukupi antara biji.

Penjagaan Tambahan

Pastikan untuk menyiramnya secara teratur, terutamanya semasa musim panas atau kemarau. Namun, elakkan over-watering kerana ini boleh merosakkan akarnya

Berikan baja dengan kandungan nitrogen yang rendah kerana baja tinggi nitrogen boleh menyebabkan pertumbuhan daun yang berlebihan dan bunga yang kurang berkualiti.

Letak Kayu Penyokong

Jika anda menanam varieti bunga matahari yang tinggi, berikan penyokong seperti tiang atau pagar untuk mengelakkannya patah atau rosak.

Pantau dan Kawal Hama

Pantau tumbuhan anda untuk tanda-tanda serangan serangga atau penyakit. Ambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengawal hama jika diperlukan.

Penuaian dan Penjagaan Bunga Matahari

Bunga matahari biasanya akan bermula berbunga dalam beberapa bulan selepas penanaman. Potong bunga-bunga yang sudah mekar untuk tujuan hiasan atau biji. Simpan biji matahari untuk penanaman pada musim yang akan datang.

Sekiranya anda mengikuti panduan ini dan memberikan penjagaan yang berterusan, anda akan dapat menikmati kecantikan bunga matahari di taman anda.Ingatlah bahawa cuaca pada setiap hari mungkin berbeza-beza. Jadi, selalulah  pantau dan beradaptasi kepada keadaan tempatan untuk mencapai kejayaan yang terbaik dalam penanaman bunga matahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme