Kutu kucing merupakan salah satu masalah umum yang dihadapi oleh pemilik kucing.Kutu kucing adalah parasit yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada kucing dan juga mengancam kebersihan rumah. Ada beberapa cara berkesan untuk menghapuskan dan mencegahnya daripada mengganggu kucing dan kediaman anda.
Kutu kucing atau namanya dalam bahasa Latin ‘ctenocephalides felis’ merupakan serangga kecil tanpa sayap. Ketika menggigit sudah tentu kucing kesayangan anda akan berasa gatal dan menggaru-garu serta menggigit badannya sendiri.
Pembiakan Kutu Kucing
Sama seperti kebanyakan serangga, ia juga mengalami proses metamorfosis – telur-larva-kepompong-kutu dewasa. Kutu dewasa memerlukan darah kucing supaya ia boleh membiak.
Tak kira yang jantan atau betina, keduanya akan menghisap darah kucing sepanjang hayatnya untuk hidup.
Telur yang dikeluarkan oleh yang betina dianggarkan berjumlah 30-50 butir pada setiap hari. Ketika mengeluarkan telurnya, kutu kucing betina juga akan membuang kotoroannya yang merupakan darah yang telah dihadamkan.
Darah tersebut dikatakan menjadi makanan larva kutu. Manakala telurnya berwarna putih dapat dilihat seperti kelemumur. Ia mudah jatuh ke lantai ataupun karpet apabila kucing mengibas-gibaskan badannya.
Telur Menetas Jadi Larva
Dua hari kemudian, telur tersebut akan menetas dan menjadi larva. Larva tersebut dikatakan akan makan makanan sisa-sisa makanan yang ada. Terutama makanan kotoran kutu dewasa yang telah dibuang bertebaran di persekitaran tempat jatuhnya telur kutu tersebut.
Dalam seminggu, larva dikatakan akan bergayut di kawasan seperti sekitar tepi telinga, dan membentuk kepompong atau telur sebelum menjadi makhluk yang haus darah.
Tempoh kutu kucing ini keluar dari kepompongnya dikatakan memakan masa dua minggu hingga ke dua tahun lamanya.
Manakala kutu dewasa yang telah keluar dari kepompongnya itu akan mula mencari mangsanya bagi keperluan hidupnya.
Baca Juga: Cara Muah Hilangkan Kutu Beras
Intip Ancaman Tak Terlihat
Ketika menggigit, gigitan kutu kucing ini boleh menyebabkan kegatalan ataupun alergi kulit, tak kira pada haiwan peliharaan mahupun manusia.
Ia akan terus membiak apabila memakan darah kucing dan lebih tertarik dengan hormon kucing yang sedang mengawan.
Jadi, biasanya kucing yang mengandung lebih banyak kutunya! Bahkan menyebabkan anak-anak kucing pun terjangkit sama.
Boleh Dapat Penyakit Scabies
Jika kucing kesayangan anda diserang kutu, segeralah tanganinya supaya tidak menjadi semakin parah. Jika sudah parah, kucing anda akan lebih kerap menggaru sehingga badannya luka dan boleh terkena penyakit scabies.
Bahkan kulit kucing anda akan kelihatan kering, berkedut, bulunya juga akan rosak sehingga nafsu makannya menjadi berkurangan.
Jadi, usahkan mencari alternatif yang paling murah jika anda kurang berkemampuan untuk membawanya berjumpa dengan doktor haiwan.
Selain itu, pembiakannya juga berpotensi berlaku dengan mudah di banyak tempat. Bukan hanya pada bulu kucing itu sendiri. Contohnya, termasuk celah dinding dan lantai, perabut, tilam, karpet dan lain-lain. Tempat-tempat ini menjadi tempat penempelan telur dan larva kutu yang membuatkan mereka terus membiak.
Di sini dikongsikan beberapa tips semulajadi untuk menghapuskannya yang boleh anda cuba. Insya-Allah… sekitar 2-4 minggu anda akan melihat hasilnya dan kucing kesayangan anda akan kelihatan lebih sihat dan bebas daripada kutu.
Baca Juga: Cara Memilih Makanan Kucing
Cara Hapuskan Kutu Kucing
Kemunculan haiwan yang tidak diundang ini boleh menyebabkan terjadinya masalah kulit.Berpotensi membawa risiko kepada kesihatan manusia. Berikut beberapa cara efektif untuk menghapuskannya.
Mandikan Kucing
Selain memandikan atau menggunakan syampu khas untuk membasmi kutu kucing, anda boleh juga memandikannya dengan cecair pencuci pinggan beraroma lemon.
Pakai Sikat Kutu
Setelah bersih dan siap mandi, sikat bulu kucing bagi menghilangkan kutu-kutu yang masih tersisa. Sikatlah secara teratur untuk mencegah pembiakan kutu kucing ini.
Jaga Kebersihan
Sentiasa pastikan kediaman atau tempat tidur kucing anda dalam keadaan bersih. Cuci kain, selimut, alas dan sebagainya yang biasa digunakan oleh kucing anda.
Cuci dengan air panas, dan tambahkan secawan cuka di dalamnya bagi membunuh kutu dan telur yang mungkin tertinggal.
Guna Lemon
Ambil secerek air panas mendidih dan masukkan setengah biji buah lemon ke dalamnya. Tutup cerek, dan biarkan sejuk dan lemon tersebut larut sepenuhnya.
Setelah itu, tuangkan larutan lemon ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing kesayangan anda pada setiap hari. Ia dikatakan sangat alah dengan bau lemon ini.
Pakai Cuka
Sama seperti lemon, kucing juga tidak suka dengan bau masam cuka. Ini adalah antara cara terbaik menghapuskan kutu yang bersarang di bulu kucing kesayangan anda.
Campurkan setengah bahagian air dengan setengah bahagian cuka. Kemudian tuangkan larutan cuka tersebut ke dalam botol semburan dan semburlah pada kucing secara teratur.
Minyak Kayu Putih
Khasiat minyak kayu putih juga berupaya untuk melindungi haiwan kesayangan anda daripada diserangnya dan juga parasit lain. Campurkan beberapa titis minyak kayu putih pada air mandiannya.
Baca Juga: Petua Halau Lipas
Cegah Sebelum Terkena!
Dengan memahami bahaya yang ditimbulkan oleh kutu kucing dan tahu bagaimana mengatasi masalah ini, anda dapat menjaga kesehatan dan kesejahteraan kucing kesayangan anda.
Ingatlah bahawa pencegahan adalah kunci utama untuk menghindarinya daripada terus membiak.Dengan mengamalkan rutin rawatan pencegahan dan menjaga kebersihan kucing serta persekitarannya, anda dapat memastikan bahawa kucing anda tetap selesa dan sihat.
Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat daripada doktor haiwan atau pakar kucing jika anda menghadapi masalah yang lebih serius.
Dengan langkah-langkah yang betul, anda boleh mencipta lingkungan yang bebas kutu, memastikan kesejahteraan kucing dan menikmati hubungan yang lebih dekat dengan haiwan kesayangan anda.