Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara atasi tekanan perasaan

Cara Elak Tekanan Perasaan Dengan Berkesan

Posted on 09/15/201609/15/2016 by 123mamanet
cara atasi tekanan perasaan
kredit foto: femside

SETIAP daripada kita perlu tahu cara elak tekanan perasaan yang berkesan jika kita mahu menjadi orang yang sering berasa bahagia. Sebuah keluarga yang bahagia ialah keluarga yang mampu menghormati setiap entiti di dalamnya tidak kira ibu bapa mahu pun anak-anak.

Isi Kandungan hide
1 7 cara elak tekanan perasaan

 

 

 

cara atasi tekanan perasaan

Bukan sebaliknya, bila sesebuah keluarga bertukar menjadi neraka. Misalnya anak-anak didera tanpa perikemanusiaan. Memang sedih bila kes penderaan kanak-kanak sering terjadi di rumah sendiri dan dilakukan oleh orang yang sepatutnya menjadi pelindung mereka. Mengapa hal ini berlaku? Di mana perginya kasih sayang dan perikemanusian terhadap darah daging sendiri?

 

 

Dalam artikel sebelum ini yang bertajuk Tekanan Perasaan Jangan Jadi Statistik Pendera, Mamanet ada sebut tentang ‘api’. Api yang marak bermula daripada nyalaan yang kecil. Masalah mental sering berpunca daripada tekanan perasaan yang dipendam hingga merebak menjadi barah yang memakan diri. Maka cara elak tekanan perasaan perlu diketahui segera.

 

Jadi, sekiranya kita berasa yang diri kita sedang tertekan atau mudah marah, sebenarnya kita sedang mengalami masalah hati. Bukan dari segi perubatan tetapi dari segi rohani.  Rawatlah diri dengan cinta. Bukan sahaja cinta pada manusia tapi pada Tuhan.

 

Dengarlah alunan surah Ar Rahman ayat 55 yang bercerita tentang kasih sayang Allah pada kita. Fahami betapa dalamnya cinta ALLAH pada kita, makhluknya. Dia yang memberi cinta-Nya dengan menghadiahkan Al-Quran buat kita. Tidak ada hadiah yang terbaik di dunia ini melainkan Al-Quran – surah cinta daripada Maha Pencipta kepada makhluk yang dicintai-NYA.

 

Jika kita mampu menangis tatkala mendengarnya dan membaca terjemahannya, ertinya hati kita sedang dirawat. Tekanan perasaan terhadap segala masalah akan lenyap. Kita akan menjadi lebih positif dan belajar mencintai diri kita, orang di sekeliling dan pastinya AR RAHMAN (MAHA PENGASIH).

 

Selain itu, Mamanet ingin berkongsi  beberapa tip lain untuk mengurangkan tekanan perasaan agar kita tidak bertindak di luar kewarasan.

 

atasi tekana perasaan
kredit foto: medicalnewstoday

7 cara elak tekanan perasaan

 

  1. Sentiasa berfikir positif pada setiap kejadian yang kita alami.
  2. Usah menyerah kalah pada segala kesulitan yang sedang kita alami sekarang.
  3. Tingkatkan rasa percaya diri dan tahap mentaliti kita.
  4. Usahakan untuk selalu tenang dalam melakukan setiap tindakan. Jangan kelam kabut.
  5. Usahakan untuk tidak mengalami stres, depresi dan gangguan psikologi lain.
  6. Cuba berbincang dan luahkan kepada sahabat dan keluarga yang kita yakin dan percaya. Dengan cara itu, anda mungkin akan lebih tenang. Namun, jika hal itu terlalu berat dan rahsia, cukup luahkan pada ALLAH Yang Maha Mendengar.
  7. Kenal pasti perkara yang mengganggu perasaan anda dan cuba untuk cari ketenangan.

 

Yakinlah tidak ada sesiapa mampu menyakitkan hati kita kecuali kita yang benarkan. Jika sakit itu kerana orang, maka carilah cinta selain orang. Cinta pada haiwan kesayangan, bunga yang indah, langit yang cerah, bintang yang berkelipan, buku yang bernas, drama yang mengasyikkan atau novel yang indah.

 

Selepas itu, kita akan pandang semua yang ada di dunia ini dengan pandangan cinta. Tidak lagi ada marah biarpun hidup kita amat sukar.

 

Jangan lupa apa pun cara elak tekanan perasaan yang kita pilih, Al-Quran ialah hadiah yang terbaik kerana DIAlah yang menggenggam hati kita.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025

Recent Posts

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme