Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Cara Mengatasi Rambut Berminyak

Cara Mengatasi Rambut Berminyak

Posted on 03/05/202303/06/2023 by 123mamanet

Cara Mengatasi Rambut Berminyak

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara mengatasi rambut berminyak secara semulajadi:

Jika anda ingin tahu cara mengatasi rambut berminyak bacalah artikel ini sampai habis. Ini adalah kerana kelebihan pengeluaran lemak juga boleh menjadi penyebab terjadi rambut berminyak. 

Masalah rambut berminyak sering dialami oleh ramai wanita, dan tentunya ia memberikan kesan yang kurang menyenangkan. Mungkin ada yang beranggapan kita kurang menitikberatkan soal kebersihan serta penjagaan diri.

Penyebab Rambut Berminyak

Anda perlu berhati-hati dalam memilih syampu, perapi dan produk penjagaan rambut kerana ini merupakan penyebab utama rambut berminyak kerana ia mengandungi bahan kimia.

Selain itu, elakkan juga mencuci rambut anda dengan menggunakan air panas kerana ia boleh mengundang rambut jadi lebih berminyak.

Artikel Lain: Atasi Masalah Rambut Kerap Gugur

Berikut beberapa cara mengatasi rambut berminyak secara semulajadi:

 

  1. Lidah BuayaProduk Rambut Berminyak

Lidah buaya dipercayai berkesan dalam menyuburkan rambut serta menyihatkan kulit kepala. Anda hanya perlu menggosokkan  gel lidah buaya ke kulit kepala secara teratur untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Biarkan selama sejam, kemudian barulah dibilas dengan syampu.

Lidah buaya banyak mengandungi vitamin A, B, C dan E. Di samping itu, ia juga mengandungi zat anti inflamasi yang boleh membantu mengurangkan rasa gatal di kulit kepala, kelemumur dan mampu mengurangkan kadar minyak yang berlebihan pada setiap helain rmabut.

  1. Putih Telur Dan Perahan LemonManfaat Telur Untuk Rambut

Anda boleh menggunakan putih telur sebagai salah satu cara mengatasi rambut berminyak. Bahagian putih telur kaya dengan protein dan enzim yang mampu menghancurkan bakteria serta mengurangkan kadar minyak pada kulit kepala dan rambut.

Tambahkan beberapa titik perahan lemon ke dalam putih telur, baur hingga sebati. Kemudian lumurkan pada rambut sambil mengurut  perlahan di seluruh kulit kepala. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilaslah dengan air bersih.

  1. Tepung JagungManfaat Tepung Jagung Untuk Rambut

Tepung jagung kaya dengan asid lemak dan vitamin E, membantu memberikan nutrisi pada akar rambut serta mengurangkan rambut rosak. Di samping itu juga ia dapat menyerap kelebihan minyak dan lemak  dari kulit kepala dan menjadikan rambut lebih lembut serta bersinar.

Cara mengatasi rambut berminyak dengan tepung jagung tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu, campurkan tepung jagung dengan sedikit air, kemudian lumurkan pada kulit kepala dan rambut. Urut selama lima minit, kemudian biarkan selama setengah jam. Kemudian cucilah sehingga bersih dengan syampu.

  1. Teh HijauProduk Rambut Berminyak

Kandungan anti oksidan yang terdapat dalam teh hijau dapat membantu mengatasi kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Manakala tanin dalam teh hijau juga bertindak sebagai astringents untuk mengurangkan kadar minyak pada kulit kepala dan rambut.

Rendam teh hijau dengan air panas, kemudian tapis dan biarkan sejuk. Cuci rambut ada dengan syampu biasa dan bilaslah dengan teh hijau. Setelah itu, keringkan rambut  dengan tuala secara perlahan-lahan.

Selamat mencuba cara mengatasi rambut berminyak yang telah Mamanet kongsikan ini. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah untuk anda dapatkan, jadi jangan tunggu lama-lama untuk mempraktiknya.

1 thought on “Cara Mengatasi Rambut Berminyak”

  1. Pingback: Rambut Kering : Kenali Isyarat & Langkah Merawatnya - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme