Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
jenis rambut

Jenis Rambut dan Tip Merawatnya

Posted on 07/10/201607/10/2016 by 123mamanet

jenis rambutTAHUKAH anda jenis rambut boleh dibahagikan dalam beberapa kategori. Setiap kategori atau jenis rambut mempunyai teknik tersendiri untuk menjaga keindahannya.

Isi Kandungan hide
1 Berikut tip merawat rambut daripada Mamanet berdasarkan jenis rambut anda:

 

Tak kiralah anda berhijab ataupun tidak, penjagaan rambut tetap perlu diberikan perhatian. Tambahan pula dalam keadaan cuaca dan suhu udara yang tidak menentu. Tentu sahaja boleh mempengaruhi keadaan rambut. Tetapi sebelum anda merawat rambut, kenalah tahu jenis rambut anda dalam kategori rambut yang mana satu.

 

Berikut tip merawat rambut daripada Mamanet berdasarkan jenis rambut anda:

 

  1. Rambut Kasar

Jika  anda pemilik rambut kasar, sebaiknya gunakan syampu yang mengandungi kelapa dan susu. Kandungan lemak pada kedua bahan tersebut mampu melembutkan rambut yang kasar.

 

Selain itu, jangan lupa pakai conditioner selepas membasuh rambut dengan syampu agar rambut jadi semakin lembut. Untuk hasil yang lebih sempurna, gunakan vitamin rambut yang efektif untuk melembutkan rambut.

 

  1. Rambut Berminyakjenis rambut

Tip merawat rambut berminyak atau ‘lepek’ adalah dengan menggunakan syampu yang mengandungi lemon atau limau nipis. Rambut menjadi ‘lepek’ kerana kandungan minyak pada rambut sangat banyak.

 

Pati lemon dan limau nipis dapat mengurangi pengeluaran minyak dalam rambut. Berbeza dengan jenis rambut yang kasar, rambut ‘leper’ anda tidak digalakkan untuk memakai conditioner atau perapi selepas membasuh rambut. Sebaiknya hidnari syampu 3 in 1 atau 2 in 1, kerana syampu jenis ini boleh mengundang kelemumur pada rambut anda.

 

 

  1. Rambut Berkelemumur

Tips merawat rambut berkelemumur adalah dengan menggunakan syampu khas anti kelemumur. Tetapi, jangan terlalu kerap menggunakannya kerana syampu anti kelemumur ini mengandungi bahan-bahan yang lebih kuat berbanding syampu biasa. Jadi, gunakan syampu anti kelemumur secara berselang seli.

 

  1. Rambut Rosak

Sama halnya dengan rambut lepek, rambut yang rosak sebaiknya tidak diberikan conditioner kerana ia akan menyebabkan rambut menjadi semakin. Perawatan yang sesuai untu rambut rosak adalah dengan menggunakan tonik rambut secara rutin setelah selepas mencuci rambut.

 

 

  1. Rambut Keringjenis rambut

Rambut kering juga perlu menggunakan syampu yang mengandungi susu dan kelapa, sama seperti dengan rambut kasar. Selain melembutkan, kandungan lemak pada susu dan kelapa mampu melembapkan rambut.

 

Penggunaan hairdryer perlu dihindari. Suhu yang terlalu tinggi atau panas akan membuatkan rambut anda menjadi lebih kering. Sebaiknya selepas anda mencuci rambut, biarkan rambut anda kering secara semulajadi.

 

Sebenarnya apabila anda melihat rambut anda kurang sihat, anda disarankan untuk memotong pendek bagi mengembalikan keindahan rambut anda.

 

  1. Rambut Bercabang

Rambut bercabang disebabkan hujung rambut sangat kering sehingga memerlukan conditioner atau perapi  serta vitamin rambut. Ketika rambut bercabang, lakukanlah trim di bahagian hujung rambut. Jika tidak mahu ke salon rambut, anda boleh juga melakukannya sendiri di rumah.

 

 

Untuk mengembalikan kesihatan rambut, anda yang memiliki jenis rambut bercabang, disyorkan mencampurkan beberapa sudu makan madu dengan minyak zaitun. Lumurkan pada setiap helaian rambut, terutama bahagian hujung rambut yang bercabang, biarkan selama 20 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih.

 

Ok, semoga tip jenis rambut ini dapat membantu anda memiliki rambut yang cantik, sihat dan menawan.

1 thought on “Jenis Rambut dan Tip Merawatnya”

  1. Pingback: Cara Mengatasi Rambut Berminyak - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme