Ada ramai wanita yang berasa kurang selesa dengan kemuculan bulu-bulu halus di kakinya dan berusaha mencari cara menghilangkan bulu kaki tersebut.
Jadi, dikongsikan beberapa cara menghilangkan bulu kaki jika anda berasa tidak selesa dengan adanya bulu kaki tersebut. Apatah lagi, jika ia tumbuh lebat!
Kaki menjadi salah satu aset kecantikan wanita yang akan jadi kurang menarik akibat bulu-bulu lebat yang tumbuh.
Kepada encik suami pula, elok anda tahu hal ini. Jangan nanti anda suruh isteri anda cabut bulu kakinya satu persatu pula ya. Dahlah memang sakit gila, tapi takut dapur pula tak berasap sebab asyik layan bulu kaki saja.
[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
6 CARA MENGHILANGKAN BULU KAKI YANG BOLEH DICUBA:
- MENCUKUR
Mencukur adalah cara yang paling kerap digunakan. Teknik yang paling efektif adalah dengan mencukur searah ke arah pertumbuhannya.
Pakailah pisau cukur yang bersih dan baru kerana pisau cukur yang tidak tajam akan melukakan kulit.
Basahkan kaki dengan air panas suam kerana ia akan membuka liang pori-pori kulit. Gunakan krim khas untuk bercukur dan sapukan pada kaki.
Mulakan mencukur bulu kaki dari abawah ke atas supaya pencukurannya sampai pada pangkal kulit dan mengurangkan iritasi kulit.
Ketika mencukur bulu kaki, peganglah kulit tegang supaya tidak timbul ruam.
- WAXING
Waxing sering digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bulu kaki yang biasa digunakan untuk menghilangkan bulu-bulu halus pada misai, janggut dan juga kawasan kemaluan.
Cara ini cukup efektif dan efisien dibandingkan dengan mencabut atau mencukur kerana dengan waxing, bulu-bulu akan tercabut sehingga ke akar sekali.
Setelah melakukan waxing, jangan lupa menyapu krim anti bakteria supaya tidak terjadi infeksi.
Semakin kerap melakukan waxing, maka risiko infeksi akan mengecil. Selain itu, biarkan bulu sedikit panjang, paling kurang 1,5cm supaya ianya dapat tercabut dengan lebih sempurna.
Teknik waxing yang paling popular ialah Brazilian Wax, di mana prosesnya menggunakan lilin cair pekat dan sepotong kain atau plaster.
- LASER HAIR REMOVAL
Bagi yang ingin menghilangkan bulu kaki dengan cepat dan mencegahnya tumbuh kembali tanpa perlu melakukan secara rutin penjagaannya, kaedah laser mungkin boleh dicuba.
Dibandingkan dengan cara lain, teknik laser ini tidak terlalu menyakitkan. Sinaran laser ditembak ke kawasan tertentu yang diserap oleh folikel rambut sehingga pertumbuhan rambut akan terganggu.
Risiko yang mungkin terjadi ketika melakukan rawatan laser iaitu kulit menjadi lebih gelap, luka melepuh sehingga kulit terbakar, infeksi sehingga meninggalkan parut.
SELAIN MENGGUNAKAN CARA MODEN, KITA JUGA BOLEH MEMILIH CARA SEMULAJADI UNTUK MENGHILANGKAN BULU KAKI. ANTARANYA:
- PUTIH TELUR
Ternyata putih telur bukan sahaja bermanfaat untuk memutihkan kulit, tetapi mampu menghilangkan bulu kaki.
Campurkan putih telur, sedikit tepung jagung dan gula. Kacau sehingga merata dan membentuk pes.
Sapukan pes campuran tersebut pada kaki. Biarkan sehingga benar-benar kering.
Setelah itu tarik pes campuran yang sudah kering dan beberapa bulu kaki yang melekat pada pes ditarik.
5. KAPUR SIRIH
Kapur sirih berkesan dalam membantu menghilangkan bulu-bulu kaki. Kapur sirih cukup panas dan mampu merosakkan bulu-bulu kaki.
Jika ingin menggunakan kapur sirih sebagai cara untuk menghilangkannya, harus dipertimbangkan dengan baik kerana memerlukan perhatian yang lebih.
Ini adalah kerana jika kita menggunakannya dalam jumlah yang terlalu banyak, kapur sirih ini mempunyai potensi untuk membakar kulit kerana kepanasannya.
6. GULA DAN LEMON (WAX SEMULAJADI)
Cara menghilangkan bulu kaki secara semulajadi yang boleh dicuba. Pastikan anda basuh kaki bersih hingga hilang semua daki-daki dan bakteria.
Bahan-bahannya:
1 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 jus lemon/limau nipis
Bahan lain yang diperlukan:
💠Dapur
💠Periuk
💠Sudu
💠Popsicle Stick
💠Botol kaca
💠Fabrik kain kapas (boleh gunakan potongan t-shirt cotton terpakai tetapi bersih)
💠Bedak bayi (sebelum sapu wax)
💠Minyak bayi (selepas wax)
Campur semua ramuan dan jerang dengan api sederhana (lebih kurang 16 minit) sehingga pekat dan berwarna seperti caramel. Awas! Jangan sampai keras.
Setelah sejuk campuran bahan tersebut, sapukan pada kaki yang ingin dihilangkan bulunya. Pakailah kain bersih untuk menarik bulu-bulu tersebut.
Cara menghilangkan bulu kaki dengan campuran bahan semulajadi ini mampu menanggalkan sel-sel kulit mati sehingga kulit akan terasa lebih lembut.
[kad_youtube url=”” ]