Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

INILAH CARA MEMUTIHKAN KETIAK HITAM DENGAN CEPAT

Posted on 02/25/201702/25/2017 by 123mamanet

Ketiak hitam boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Ada banyak faktor yang menyebabkan ketiak hitam. Antaranya disebabkan pemakaian deodorant yang salah, teknik mencukur yang tidak betul dan sebagainya. Bagaimanakah cara pantas mencerahkan kulit ketiak yang hitam ini?
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan, namun yang paling selamat adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Selain mudah didapati, penggunaan bahan-bahan tersebut juga tidak mempunyai efek sampingan setelah digunakan.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA CARA SEMULAJADI YANG MAMPU MENGATASI MASALAH KETIAK HITAM:

BACA: KETIAK BASAH DAN BERBAU, KETAHUI CARA ATASINYA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

ketiak hitam

BERIKUT BEBERAPA CARA SEMULAJADI YANG MAMPU MENGATASI MASALAH KETIAK HITAM:

  1. LEMON ATAU LIMAU NIPIS

Lemon terbukti dapat membantu menyelesaikan masalah ketiak hitam. Kalau tak ada lemon, boleh juga gunakan limau nipis untuk mendapatkan manfaat yang sama.

Lemon atau limau nipis mengandungi vitamin C yang boleh memutihkan kulit ketiak yang hitam. Selain itu, kandungan asid dari lemon atau limau nipis berupaya melawan bakteria yang menyebabkan pengumpulan sel kulit mati.

Caranya mudah, ambil sebiji lemon atau limau nipis, cuci bersih dan hiris dengan ketebalan lebih kurang 5 mm.

Setelah itu, gosokkan pada kawasan ketiak yang berwarna hitam selama tiga hingga lima minit. Setelah itu, barulah dibilas sehingga bersih.

Lakukan cara ini dua hari sekali sehingga kita mendapatkan hasil kulit ketiak yang lebih putih dan cerah.

ketiak hitam

  1. KENTANG

Sama seperti lemon atau limau nipis, kentang juga boleh mengeluarkan zat yang dapat memutihkan ketiak hitam.

Khasiat kentang dapat memperlambatkan pengumpulan sel kulit mati dan mengandungi zat asid yang dapat mencegah bakteria dari terus tinggal di situ.

Bersihkan kentang dan potong kepingan kentang pada ketiak atau hancurkan kentang dengan menggunakan blender terlebih dahulu.

Setelah itu, semudian sapukan ke ketiak. Biarkan selama lebih kurang sejam dan lakukan pada setiap hari bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

  1. GULA PASIR

Gula pasir mempunyai butiran yang sedikit kasar untuk membantu pengelupasan sel kulit mati. Penggunaan gula untuk memutihkan ketiak biasanya digabungkan dengan minyak zaitun.

Minyak zaitun yang kaya dengan vitamin E dapat menstimulasikan pembentukan sel kulit baru dan menjaga kulit supaya tetap halus.

Ambil satu sudu besar gula pasir, dan campurkan dengan satu sudu makan minyak zaitun. Gaul rata, kemudian sapulah ke kulit ketiak. Biarkan selama 5 minit sebelum dibilas sehingga bersih.

Lakukan cara ini dua kali seminggu bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.

ketiak hitam

  1. BATU APUNG

Batu apung memang terkenal sebagai batu penggosok tumit kaki yang kasar atau pecah-pecah. Selain itu, batu ini juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati supaya dapat mencerahkan ketiak.

Caranya mudah sahaja, basahkan ketiak dengan air dan sabun. Kemudian ambillah batu apung dan gosokkan dengan perlahan-lahan pada ketiak selama beberapa minit. Setelah itu bilaslah sehingga bersih.

ketiak hitam

  1. BETIK MUDA

Buah betik muda atau yang masih hijau dikatakan sangat berkhasiat untuk membersihkan kotoran pada ketiak serta membuatnya menjadi lebih putih dan bersih.

Parut atau blender betik muda, kemudian jadikan masker dan tempelkan pada ketiak selama setengah jam. Setelah itu barulah dibilas dengan air bersih.

ketiak hitamketiak hitam

Itulah beberapa alternatif yang boleh dipilih sebagai cara untuk mencerahkan atau memutihkan ketiak hitam secara semulajadi dan efektif.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme