Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Cara Mengambil Hati Mertua

Cara Mengambil Hati Mertua

Posted on 02/28/202309/15/2023 by 123mamanet

Cara Mengambil Hati Mertua | JANGAN main-main dengan perasaan hati mertua. Jika tak kena cara mengambil hati mertua, silap haribulan perang dingin antara mertua dan menantu boleh membuatkan dunia suami dan anak-anak anda menjadi huru-hara! Perbalahan antara menantu perempuan dengan ibu mertua boleh berlaku dalam senyap. Hubungan tersebut nampak macam molek sahaja, tetapi hakikatnya dalam diam-diam masing-masing sebenarnya saling berlumba-lumba untuk menyiapkan senjata tajam!

Isi Kandungan hide
1 Ibu Mertua Bukan Musuh!
2 Cara Mengambil Hati Mertua
2.1 Berikan Perhatian Yang Ikhlas
2.2 2. Jaga Hati Suami Dan Keluarga Mertua
2.3 3. Didik Anak-Anak Supaya Sayangkan Nenek Mereka
2.4 4. Manjakan Ibu Mertua
2.5 5. Berikan Senyuman Terbaik
cara megambil hati mertua

Ibu Mertua Bukan Musuh!

Kadang-kadang biarpun rumahtangga yang dibina sudah berbelas tahun lamanya, namun semua itu belum tentu menjamin hubungan anda dengan mertua cukup mesra.

Sungguhpun begitu, tiada istilah terlambat untuk memperbaiki atau menjadikan hubungan anda dengan mertua kembali mesra, asalkan anda tahu caranya.

Ingat, ibu mertua bukanlah musuh kita!

Baca Juga: Cara Untuk Move On

Cara Mengambil Hati Mertua

Berikut beberapa cara mengambil hati mertua supaya anda boleh menjadi menantu favourite:

  1. Berikan Perhatian Yang Ikhlas

Berikan perhatian kepada ibu mertua anda. Jangan sesekali memperlekehkannya atau mengabaikannya. Tidak ada salahnya, jika sekali sekala anda menghubungi atau bertanya khabar dengan ibu mertua anda.

Cara mengambil hati mertua ini secara tidak langsung akan menambahkan kemesraan serta mempereratkan lagi tali silaturrahim serta ikatan yang mungkin rapuh.

Sekiranya anda tinggal berjauhan daripadanya, luangkan waktu untuk menziarahinya.

Jangan sampai anda memberikannya berprasangka buruk terhadap anda, iaitu cuba memisahkannya dengan anak lelaki kesayangannya.

Artikel Lain: Anak Tak Minat Baca Buku!

cara mengambil hati mertua

2. Jaga Hati Suami Dan Keluarga Mertua

Jangan sekali anda bercakap atau bercerita tentang keburukan mertua anda. Ada banyak mata-mata dan telinga-telinga di sekeliling anda.

Jaga hati suami anda serta jaga nama baik keluarga suami anda, terutama ibu mertua anda sendiri kerana anda telah menjadi sebahagian keluarganya.

Selain itu, jangan sekali-kali cuba memisahkan atau mengeruhkan hubungan suami anda dengan ibu kesayangannya.

Ada baiknya jika anda memperbaiki hubungan suami dengan ibunya supaya keduanya semakin akrab dan mesra.

Anda seharusnya ingat, bahawa suami anda boleh hidup dan bernafas sehingga ke hari ini kerana air susunya dan didikan yang diberikan.

Anda perlu menghormati dan menghargai ibu mertua anda. Jadi cubalah sebaik-baik cara mengambil hati mertua anda supaya anda terus disayangi  dan dihargai suami.

Artikel Lain: Ketahui : Punca Kaki Kebas

3. Didik Anak-Anak Supaya Sayangkan Nenek Mereka

Sebagai ibu yang baik, anda perlu mendidik serta menjelaskan kepada anak-anak bahawa ibu mertua anda adalah ibu kandung kepada bapa mereka dan  nenek mereka.

Jadi, sudah semestinya mereka harus menghormati dan menyayangi nenek mereka penuh keikhlasan.

kasih menantu

4. Manjakan Ibu Mertua

Jika anda ingin selalu dimanjai suami atau orang-orang yang berada di sekeliling anda, begitu jugalah dengan ibu mertua anda.

Sesekali apalah salahnya jika anda gunakan cara mengambil hati mertua dengan membelikan sesuatu yang menjadi kesukaanya.

Tak pun, belikan makanan yang menjadi kegemarannya. Nak lagi menarik,cubalah masak makanan kegemaran ibu mertua anda.

5. Berikan Senyuman Terbaik

Setiapkali bertemu dengan keluarga mertua, terutama ibu mertua anda, jangan lupa pamerkan wajah ceria anda. Berikan senyuman terbaik anda.

Kehidupan anda akan menjadi lebih indah dan penuh bermakna andai hubungan anda bukan sahaja mesra dan penuh kasih sayang dengan pasangan, malahan mertua sekaligus.

Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat untuk semua.

2 thoughts on “Cara Mengambil Hati Mertua”

  1. Pingback: Simulasi Haji Cilik 2023 Little Caliphs - 123mamanet
  2. Pingback: Tanda Lelaki Curang Yang Perlu Anda Alert! - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme