Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel

Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU

Posted on 09/14/202309/19/2023 by 123mamanet

Cetaphil jenama penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia memperkenalkan produk inovasi penghidratan era baharu dengan pelancaran tambahan produknya yang terkini. Rangkaian Optimal Hydration: Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU. Ia adalah gel air ringan yang menghidratkan kulit kering dengan serta-merta dan mendalam secara berterusan selama 72 jam.

Isi Kandungan hide
1 Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel
2 Gel Air
3 Produk Kulit Sensitif
4 Penghidratan Selama 72 jam

Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel

Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel

Dikuasakan oleh HydroSensitiv Complex Cetaphil yang unik dengan menggabungkan Aquaxyl, Gliserol dan Blue Daisy yang memberi kelegaan dan meningkatkan kandungan air kulit.

Kini, dengan tambahan Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel. Ia membawakan teknologi pelepasan secara perlahan yang padat dengan Asid Hialuronik dan Asid Poliglutamik. Rangkaian ini menawarkan penghidratan yang berpanjangan untuk hasil kulit lebih gebu dan lembut.

Gel Air

Ia bersifat sangat ringan dan menyejukkan ini menangani tanda-tanda utama dehidrasi kulit dan memberikan kesan nyaman dan kelegaan penghidratan serta-merta kepada kulit sensitif yang mengalami dehidrasi.

Ia juga terbukti secara klinikal dapat memperkukuh penahan lembapan kulit sehingga 24 jam dan mengurangkan lima tanda sensitiviti (keradangan, sensitiviti, kekusaman, ketegangan dan kekasaran) selepas tujuh hari penggunaan.

Tambahan pula, gel air ini bertindak menyejukkan, menyegarkan dan menggebukan kulit yang mengalami dehidrasi dan keradangan serta pada masa yang sama bebas sepenuhnya daripada minyak, pewangi dan pewarna.

Sifatnya yang berbentuk gel memudahkan penyerapan, memberikan sensasi sejuk dan kemujaraban yang mantap. Gel ini juga terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kualiti kulit hanya selepas menggunakannya dua kali sehari selama sebulan, sekaligus menampilkan kulit yang lebih licin dan halus.

Baca Juga: Vitamin E untuk kulit cantik

Produk Kulit Sensitif

Menurut Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menerusi kajian awal pada awal tahun ini, mereka mendapati wujudnya hubungan intrisik antara dehidrasi dengan sensitiviti kulit.

“Kajian ini menunjukkan bahawa keadaan dehidrasi akan melemahkan penahan lembapan kulit. Ia sekaligus meningkatkan kerentanannya terhadap sensitiviti dan keradangan. Sebagai jenama yang dikenali untuk produk kulit sensitif, strategi inovasi Optimal Hydration kami adalah untuk menghentikan kitaran sensitiviti kulit yang berkaitan dengan dehidrasi.”

“Komitmen kami tertumpu pada usaha untuk memenuhi keperluan unik individu yang mempunyai kulit sensitif. Kami berhasrat untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pengguna kami. Jadi kami, tawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan. Ia bukan hanya sekadar penghidratan yang biasa kepada mereka.

Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu dengan kulit muka sensitif untuk memperoleh kulit yang sihat. Di samping terhidrat dengan baik dan berdaya tahan. Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel yang serba baharu ini melangkaui tindakan menghidratkan. Ia direka khusus untuk mempertingkatkan daya tahan kulit di samping menyamankan dan meningkatkan kualiti kulit sensitif secara menyeluruh,” tambahnya.

Penghidratan Selama 72 jam

Rangkaian ini bertindak memerangkap lembapan dan kini dengan Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU. Produk ini memberikan penghidratan yang berpanjangan selama 72 jam. Diformulasikan untuk kulit kering, serta yang mengalami keadaan kulit dehidrasi dan sensitif. Rangkaian produk ini mengembalikan penghidratan kulit, menyamankan kulit, dan mengekalkan penahan kulit.

Rangkaian Cetaphil Optimal Hydration terdiri daripada Optimal Hydration 48-Hour Activation Serum, Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream, dan Optimal Hydration Refreshing Eye Serum.

Boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara, termasuk Watsons, Guardian dan e-kedai rasmi Cetaphil. Pengunjung juga boleh menebus contoh percuma ini dan menikmati hadiah percuma eksklusif dengan pembelian Cetaphil Hydration Skin Bar. Ia bermula sekarang sehingga November ini. Segera kunjungi cawangan Watsons dan Guardian terpilih di pusat beli belah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cetaphil.com.my/

3 thoughts on “Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU”

  1. Pingback: Jom Putihkan Muka Dengan 3 Jenis Masker Beras - 123mamanet
  2. Pingback: Cara Hilangkan Jerawat Dalam Masa 3 Hari - 123mamanet
  3. Pingback: Penyebab Jerawat Di Kemaluan - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam

Recent Posts

  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme