Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
COBRA Rugby Club

COBRA Rugby Club Anjur Kejohanan COBRA 10s 2023 yang ke-50

Posted on 11/08/202311/16/2023 by 123mamanet

COBRA Rugby Club, kelab rugby terkemuka Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan COBRA 10s 2023 yang ke-50 pada 11 dan 12 November di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Isi Kandungan hide
1 Menjadi Tuan Rumah
2 Sejarah Awal Penubuhan COBRA
3 Kejohanan COBRA 10s 2023 yang ke-50
4 Mendapat Penajaan Korporat

COBRA Rugby Club

Menjadi Tuan Rumah

Presiden COBRA, Darryll Sinnappa berkata, “Selaras dengan matlamat kami untuk mempromosikan ragbi, terutamanya Ragbi 10s, kami bangga menjadi tuan rumah Kejohanan COBRA 10s yang ke-50 ini.”

COBRA Rugby Club

Sejarah Awal Penubuhan COBRA

COBRA ditubuhkan pada 8 Jun 1967. Awalnya hanya terdiri daripada pemain ragbi tempatan yang tidak dapat menyertai beberapa kelab sosial yang ada pada masa itu.

COBRA  kemudiannya telah berkembang menjadi kuasa besar dalam dunia ragbi dengan nama ‘household’.

Selain menjadi pengenalan kepada ragbi 10s, COBRA juga menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Tahunan COBRA Ragbi 10s yang sangat diminati oleh pasukan tempatan dan luar negara.

Sebagai sokongan kepada matlamat mereka dalam mempopularkan format 10s terutamanya di kalangan wanita, kejohanan tahun ini akan memasukkan pertandingan untuk wanita.

Selain itu, COBRA juga akan menganjurkan Mini 10s pada 9 Disember 2023 di tempat yang sama.

Baca Juga:

Shopee Live

Thai Cow Cow

 

COBRA Rugby Club

Kejohanan COBRA 10s 2023 yang ke-50

Sidang akhbar yang berlangsung baru-baru ini bukan sahaja mengumumkan sebuah peristiwa istimewa – Kejohanan COBRA 10s 2023 yang ke-50! Tetapi turut  memberi pengiktirafan kepada penaja-penaja yang telah menaja  Kejohanan COBRA 10s 2023 yang ke-50.

Kejohanan ini akan kembali ke padang rumah COBRA, Padang Astaka, Petaling Jaya. Ia akan diadakan pada 11 dan 12 November 2023, dan menjanjikan perlawanan ragbi yang hebat.

Kejohanan ini akan melibatkan keseluruhan 9 pasukan, termasuk 8 pasukan luar terkemuka. Negara-negara luar yang diwakili termasuk Australia, New Zealand, South Africa, Fiji, dan Papua New Guinea. Terdapat juga pasukan-pasukan baru yang akan beraksi.

Pertandingan wanita akan terdiri daripada empat pasukan. “Kami bersyukur kepada MBPJ kerana membenarkan kami menggunakan Padang Astaka,” jelas Tan Sri Krishnan Tan.

IJM Corporation Berhad

Mendapat Penajaan Korporat

COBRA Rugby Club cukup bertuah kerana sekali lagi mendapatkan penajaan korporat yang membolehkan mereka menjadi tuan rumah kejohanan berprestij pada tahun ini.

IJM Corporation Berhad telah menjadi penyokong setia kelab ini dan menjadi Penaja Utama COBRA 10s selama lebih dari 20 tahun.

Mereka telah berperanan penting dalam memastikan bahawa kelab ini dapat menjadi tuan rumah Kejohanan 10s setiap tahun.

“Kami bangga memiliki Kejohanan Ragbi COBRA 10s dalam portfolio penajaan kami sambil terus menyokong perkembangan sukan di peringkat akar umbi,” kata IJM dalam satu kenyataan.

“Sukan sangat penting dalam inisiatif pelaburan komuniti IJM. Kami sentiasa memperjuangkan pembangunan sukan yang bukan mainstream, termasuk ragbi, di Malaysia.

Kami juga mendorong inisiatif kesejahteraan untuk pekerja kami. Jadi, kami galakkan mereka untuk terlibat dalam aktiviti sukan demi mencapai keseimbangan antara kerja dan hidup.

Dengan komitmen dan kesungguhan COBRA dalam membangunkan sukan sehingga tahap seperti sekarang. Kami sememangnya  berharap dapat terus memajukan sukan ini dan meningkatkan penyertaan di semua peringkat.”

Untuk maklumat lanjut tentang COBRA 10s dan acara-acara lain yang dirancang, sila lawati laman web rasmi http://www.cobrarugby.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme