Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
shopee live

Jenama Pakaian Sukan dari Pulau Pinang Galak Gaya Hidup Aktif di Shopee Live

Posted on 11/06/202311/06/2023 by 123mamanet

Shopee Live sebagai pemacu utama, kejayaan jualan Elgini.Pada awal tahun,  Elgini Apparel Sdn Bhd (Elgini), jenama pakaian sukan dari Pulau Pinang telah memulakan operasi di kilang baharu mereka bersaiz 30,000 kaki di Nibong Tebal.Ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Isi Kandungan hide
1 Transformasi Melalui Shopee Live
2 Jualan Terus Melonjak Naik!
3 Kreativiti Elgini dalam Strim Langsung Shopee

Menurut Elgini, peralihan strategik kepada dalam talian, dengan keutamaan terhadap strim langsung merupakan salah satu faktor utama populariti mereka semakin berkembang di pasaran tempatan.

Shopee Live

Transformasi Melalui Shopee Live

Menyertai Shopee pada November 2020, Elgini serta-merta aktif di platform strim langsung Shopee Live setelah mengenalpasti potensi platform ini dalam membantu penjual mengembangkan kecapaian dalam talian, membina komuniti, dan mengukuhkan keterlibatan pengguna secara langsung.

Elgini menggunakan alatan dan ciri platform, seperti Shopee Coins, Shopee Live Games, dan baucar eksklusif untuk Live sahaja, dalam meningkatkan keuntungan jualan, keterlibatan pembeli, dan jumlah pengikut.

Salah satu kejayaan yang membanggakan Elgini adalah kadar tinggi kepuasan pelanggan yang memacu pembelian berulang. Elgini memiliki 310,000 pengikut dengan rating 4.9 bintang dari hampir 500,000 pengulas di Shopee.

Jualan Terus Melonjak Naik!

Pada bulan September, Elgini mendapati hampir separuh daripada jumlah jualan mereka adalah daripada strim langsung di Shopee. Ketika kempen 10.10 lepas, jualan Shopee Live mereka meningkat 1.9 kali ganda berbanding hari biasa. Mereka telah mencapai tontonan tertinggi dengan 3.7 kali ganda lebih tinggi berbanding hari biasa. Sasaran pelanggan utama Elgini adalah pembeli massa Melayu dan Shopee Live menghubungkan mereka dengan demografi ini.

Ketika sesi strim langsung, pengacara dalam busana Elgini memacu jualan dengan berinteraksi dengan pelanggan secara langsung dan memberi penerangan produk. Mereka mempertunjukkan banyak jenis pakaian termasuk jaket ‘windbreaker’, seluar yoga, dan seluar track terlaris (yang telah terjual lebih 700,000 helai).

Mereka turut mengetengahkan ciri-ciri pakaian yang disukai rakyat Malaysia seperti pemilihan fabrik yang menyejukkan, boleh regang, dan bergaya sopan.

Produk-produk ini popular dalam kalangan rakyat Malaysia dari seluruh latar belakang, usia dan saiz. Sangat popular buat penunggang motosikal dan penggemar aktiviti luar seperti mendaki, joging, senaman aerobik, pergi ke gim, mengembara mahupun untuk berehat di rumah.

Kreativiti Elgini dalam Strim Langsung Shopee

Setiap sesi ini berlangsung selama dua atau tiga jam sepanjang hari dengan maksimum sejumlah 14 jam setiap hari untuk kecapaian maksimum.

Berdasarkan pemerhatian Elgini, prestasi sesi strim langsung mereka cemerlang. Terutamanya apabila mereka ‘pin’ strim mereka di bahagian atas ‘page’ Shopee Live dan pada waktu malam.

Strim langsung yang dilakukan secara kerap membolehkan Elgini membina hubungan yang lebih rapat dengan pengguna lalu memacu komuniti dalam talian yang teguh dan pengkalan pelanggan setia.

Encik Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Elgini berkata, “Shopee Live adalah platform pilihan Elgini yang telah membantu kami meningkat secara berskala dan berjaya dalam talian. Ianya membantu perniagaan berhubung dengan pelanggan secara lancar dan menyeronokkan yang meningkatkan kepuasan membeli-belah. Pada masa yang sama boleh menarik perhatian pengguna yang sedang aktif mencari produk.

Memandang ke hadapan, Elgini Apparel ada rancangan strategik berjangka panjang untuk strim langsung Shopee. Dan kami teruja untuk mengembangkan kreativiti kami itu.  Di samping dapat berhubung dengan penonton dengan ciri yang lebih kukuh untuk pengalaman membeli-belah terbaik.”

Asalnya pengilang pakaian sukan (OEM) dengan 15 tahun pengalaman industri, Elgini beralih menjadi jenama tersendiri pada tahun 2018. Mula menyertai Shopee pada tahun 2020.

Sebagai pemilik jenama dan pengeluar, Elgini boleh  melaraskan harga bagi memenuhi kehendak pelanggan. Ia sekaligus menepati misi menawarkan pakaian sukan mampu milik dan berkualiti tinggi untuk semua  rakyat Malaysia.

Selanjutnya layari:

Shopee Live:  https://help.shopee.com.my/portal/article/78854-[Shopee-Live]-What-is-Shopee-Live

*Kedai Shopee Elgini Apparel Sdn Bhd: https://shopee.com.my/elgini_apparel

1 thought on “Jenama Pakaian Sukan dari Pulau Pinang Galak Gaya Hidup Aktif di Shopee Live”

  1. Pingback: COBRA Rugby Club - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme