Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Dato’ Fathiri Fadzlah

Dato’ Fathiri Fadzlah Perkenalkan Pewangi Kereta “Kayangan”

Posted on 02/09/202303/09/2023 by 123mamanet
Dato’ Fathiri Fadzlah

Perkongsian Dato’ Fathiri Fadzlah, bekas pendidik yang telah menceburi pelbagai bidang perniagaan ini sangat menarik.Pelbagai pahit getir sudah dilalui, namun semangatnya untuk menjadi usahawan berjaya tidak pernah pudar!

Isi Kandungan hide
1 LATAR BELAKANG DATO’ FATHIRI FADZLAH
Dato’ Fathiri Fadzlah

LATAR BELAKANG DATO’ FATHIRI FADZLAH

Kesungguhan serta semangat tinggi Dato’ Fathiri Fadzlah untuk meneruskan perjuangan dunia perniagaan jelas terserlah. Rasa putus asa seakan tiada dalam kamus hidupnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan perniagaan yang mana boleh mematahkan semangat.

Setiap kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan tidak sekalipun melemahkan semangatnya. Bahkan, beliau juga pernah ditipu sehingga terpaksa menanggung kerugian berjuta-juta ringgit!

Meskipun berasa sedikit kecewa, namun dia berputusa asa. Dia tetap bangkit dan berbekalkan keyakinan serta keberanian beliau meneruskan tekad untuk berusaha sehingga berjaya menikmati kejayaan yang lebih besar.

Kini, beliau merupakan individu yang bermotivasi tinggi dan berdedikasi untuk berjaya dalam dunia korporat. Memiliki gabungan unik kemahiran kepimpinan, pemikiran strategik, dan etika kerja yang kuat yang membolehkan beliau cemerlang dalam kerjayanya.

Artikel Lain: Cara Berkesan Untuk Berubah

Sama ada memulakan usaha baharu, mengetuai pasukan atau menyelia syarikat, beliau komited untuk mencapai matlamat dan mencipta nilai untuk organisasinya.

Dengan gabungan kepintaran, pengalaman dan keazaman, Dato’ Fathiri Fadzlah merupakan seorang ahli perniagaan serba lengkap untuk mengharungi cabaran dan peluang dunia perniagaan dan memberi impak yang berkekalan kepada industri yang diceburi.

Dato’ Fathiri Fadzlah

KAYANGAN, PEWANGI KERETA AROMA MEWAH & TAHAN LAMA

Berkat sokongan keluarga dan kerjasama pasukan, lahirlah Treasure Tree yang merupakan usaha niaga terkini Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd. Beliau masih mengekalkan pelakon, Ashraf Muslim untuk bersama-sama meneruskan perjuangan tersebut.

Dato’ Fathiri Fadzlah, yang juga memiliki syarikat pembalakan memberitahu bahawa beliau senang berkolaborasi dengan artis terbabit.

Ashraf Muslim pernah bersama-sama beliau menggerakkan agensi umrah,Saujana Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd sedikit waktu dahulu.Gelombang wabak Covid-19 telah meninggalkan impak yang cukup hebat sehingga terpaksa tutup operasi.

Bersandarkan segala ‘kekuatan’ yang dimiliki, Dato’ Fathiri Fadzlah memperkenalkan produk KAYANGAN. Ia direka khas untuk individu yang ingin menambahkan sentuhan sofisikated kepada pengalaman pemanduan mereka.

Pewangi kereta ini dirumus menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, termasuk minyak gaharu yang jarang ditemui, untuk menghasilkan aroma yang kaya dan mewah yang memenuhi kereta dengan suasana keanggunan.

Minyak gaharu, yang terkenal dengan baunya yang kuat, hangat dan berkayu, sangat dicari dalam dunia minyak wangi dan sering dikaitkan dengan kemewahan dan eksklusif.

Pewangi kereta KAYANGAN yang mewah ini bukan sahaja meningkatkan suasana kereta, tetapi juga memberikan aroma tahan lama yang akan memastikan kereta berbau segar dan mengundang.

8 haruman KAYANGAN yang cukup menyenangkan
Pewangi Kereta Kayangan

Manfaat Produk Pewangi Kereta KAYANGAN

Ada 8 jenis wangian kereta KAYANGAN yang dengan pelbagai manfaat, antaranya:

* Meningkatkan suasana: Wangian KAYANGAN yang kaya dan mewah mewujudkan suasana hangat dan menarik di dalam kereta, menjadikan pemanduan suatu pengalaman yang lebih menyeronokkan.

* Tahan Lama: KAYANGAN terkenal dengan aromanya yang tahan lama, yang boleh memastikan kereta berbau segar dan menarik untuk beberapa hari atau minggu.

* Peningkatan Aura Kecanggihan: Penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi dan minyak gabaru yang jarang ditemui memberi kereta anda sentuhan kecanggihan, meningkatkan daya tarikan keseluruhan dan nilai.

* Melegakan Tekanan: Aroma wangian KAYANGAN yang menyenangkan boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood semasa memandu dan lain-lain lagi.

Artikel Lain: Jom Mahu Ke Hadapan.Praktik 5 Cara Mudah!

Treasure Tree Affiliate Marketing

STRATEGI PEMASARAN AFFILIATE “KAYANGAN”

Jika anda mahu mencari duit poket lebih, boleh jana pendapatan menjadi agen affiliate untuk KAYANGAN.Dengan hanya bermodalkan RM100 (seumur hidup) dan pembelian produk kayangan pada setiap bulan bernilai RM333 sahaja banyak faedah yang akan anda peroleh.

Treasure Tree berteraskan pemasaran affiliate. Ia merupakan strategi pemasaran berasaskan prestasi di mana ganjaran diberi kepada ahli untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

Sebagai ahli, anda memperoleh komisen secara unilevel untuk setiap pemasaran yang dijana melalui pautan rujukan unik anda. Selain itu, Bonus Kereta serta Kondominium Mewah bakal menjadi motivasi bagi mencapai kebebasan kewangan kendiri.

MAJLIS PELANCARAN KAYANGAN PEWANGI KERETA

Bagi menguguhkan lagi jenama produk keluaran syarikat terkini Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd, Dato’ Fathiri Fadzlah turut memberitahu satu majlis pelancaran produk KAYANGAN  CAR FRAGRANCE akan diadakan tidak lama lagi.

Ianya sangat eksklusif, bukan sahaja untuk memperkenalan secara rasmi produk keluaran Treasure Tree, bahkan turut meraikan ahli-ahli THE FIRST 100 CLUB.

Jika berminat untuk menyertai Treasure Tree bagi menjadi ahli THE FIRST 100 CLUB serta memperolehi pendapatan, komisyen serta bonus yang lumayan, daftarlah segera.

Dato’ Fathiri Fadzlah yakin, produk ini akan merevolusikan industri dan menyediakan ahli penyelesaian inovatif yang mereka perlukan untuk berjaya.Beliau sendiri sudah tidak sabar-sabar untuk melihat anda dan turut sama meraikan saat-saat menarik itu bersama.

1 thought on “Dato’ Fathiri Fadzlah Perkenalkan Pewangi Kereta “Kayangan””

  1. Pingback: Profesor Toh Chooi Gait Wanita Cemerlang - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme