Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
rempah ratus

EFEK 5 JENIS REMPAH RATUS INI MAMPU MENCEGAH SEL- SEL KANSER DARI TERUS MEREBAK!

Posted on 04/13/201704/13/2017 by 123mamanet

Rempah ratus yang sering kita gunakan dalam masakan, bukan setakat sebagai penyedap masakan. Bahkan sudah lama digunakan sebagai alternatif dalam perubatan pelbagai jenis penyakit.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA JENIS REMPAH RATUS YANG DIPERCAYAI DAPAT MENCEGAH DAN MEMERANGI SEL KANSER:

Khasiatnya sangat dahsyat untuk kesihatan badan, termasuklah mencegah dan melawan kanser tanpa efek sampingan.

Antioksidan yang terkandung dalam rempah ratus ini merupakan faktor utama yang bertindak balas untuk melawan sel kanser.

  • Anda juga perlu tahu tentang 6 tanda awal kanser pangkal rahim.
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

rempah ratus

BERIKUT BEBERAPA JENIS REMPAH RATUS YANG DIPERCAYAI DAPAT MENCEGAH DAN MEMERANGI SEL KANSER:

  1. KUNYIT

Kunyit mengandungi antioksidan iaitu curcumin. Ia dikatakan mampu mencegah penyebaran sel kanser ke seluruh badan.

Khasiat kunyit sebagai pencegah dan penawar beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser kulit, kanser usus besar dan kanser prostat.

Selain itu, kunyit juga dikatakan mampu menjaga kesihatan hati dan meningkatkan pengeluaran bilirubin  oleh kelenjar hempedu.

Ia baik untuk mencegah batu hempedu. Di samping itu, kunyit juga baik untuk kesihatan jantung kerana dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.rempah ratus

  1. HALIA

Halia adalah antara rempah ratus yang biasa digunakan sebagai bahan masakan, minuman dan ubat-ubatan. Halia mengandungi vitamin A, B, C,E ,magnesium, fostor, sodium, kalsium, zink, beta karoten dan antioksidan yang mampu membantu mencegah sel kanser.
Selain memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser usus besar, halia dapat membantu mencegah kanser jenis lain seperti kanser paru-paru, pankreas, prostat dan  kanser payudara.rempah ratus

  1. OREGANO

Oregano merupakan salah satu di antara rempah ratus yang dapat membantu melawan kanser. Oregano sangat efektif mengawal sistem hormon dan enzim. Ia membantu memperbaiki sistem penghadaman dan metabolisme.

Oregano juga adalah anti biotik semulajadi dan anti inflamasi sehingga menekan kerosakan sel yang terjadi kerana infeksi dan peradangan.

Kaya dengan antioksidan, oregano membantu memperlambatkan penyebaran kanser dan membunuh sel-selnya.rempah ratus

  1. CILI PADI

Ternyata cili padi mengandungi beta karoten dan capsiacin yang menjadi racun bagi sel-sel kanser. Perkara ini juga membantu mencegah pertumbuhan sel kanser.

Pedas dan panas pada cili pada dikatakan dapat secara efektif membunuh sel kanser tanpa merosakkan sel sihat yang lain.

Banyak zat-zat penting terdapat pada cili padi, termasuklah melindungi badan dari serangan beberapa penyakit, cuma jangan berlebihan memakannya. Nanti lain pula jadinya!rempah ratus

  1. LADA HITAM

Lada hitam adalah salah satu rempah ratus yang mempunyai rasa dan bau yang kuat. Lada hitam dikatakan mampu mencegah perkembangan tumor kanser payduara.

Selain kanser payudara, risiko kanser usus besar dan kanser kulit juga boleh dikurangkan dengan pengambilan lada hitam.

Piperin yang terdapat dalam lada hitam mencegah kanser. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, A, flavonoid, karoten dan antioksidan yang mampu mencegah radikal bebas yang merosakkan kesihatan.rempah ratus

Itulah beberapa jenis rempah ratus ajaib yang dikatakan mampu mencegah kanser. Selain jangan lupa menikmatinya supaya badan kita selalu sihat dan segar, jangan lupa juga untuk bersenam secara teratur.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025
  • AEON Wellness Real Beauty Fair 2025

Recent Posts

  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme