Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

EKSPRESI WAJAH LEBIH HIDUP DENGAN 5 JENIS EYELINER INI!

Posted on 02/09/201702/10/2017 by 123mamanet

Ekspresi wajah menjadi lebih hidup apabila kita mengenakan jenis eyeliner yang tepat. Sungguhpun begitu, bukan semua wanita suka memakai eyeliner. Tetapi, bagi yang menyukainya memang percaya pemakaian eyeliner ini mampu menyempurnakan solekan!

Bagi yang baru nak berjinak-jinak memakai eyeliner,  sudah pasti kebingungan kerana tidak tahu jenis eyeliner yang bagaimana harus dipilih. Jadi, dikongsikan beberapa jenis eyeliner yang perlu diketahui sebelum terjebak untuk membelinya.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: KULIT PUTIH GEBU DALAM MASA 4 HARI

 

jenis eyeliner

  1. EYELINER PENSIL

Bagi yang baru hendak belajar cara memakai eyeliner, sebaiknya memilih eyeliner pensil  atau celak ini.

Cara mengaplikasinya sangat mudah dan lebih praktikan. Jenis eyeliner ini adalah cara terbaik untuk menciptakan solekan smokey eyes  atau solekan  yang cenderung memakai warna tebal dan gelap sehingga kelihatan lebih dramatik pada bahagian mata.

BEBERAPA CONTOH BENTUK EYELINER PENSIL:

jenis eyeliner

jenis eyeliner

 

  1. EYELINER GEL

Jenis eyeliner gel ini sebenarnya tidak sukar digunakan. Tetapi bagi yang masih baru mungkin akan berasa sukar sedikit  sebab warnanya lebih tebal dan pekat dari eyeliner pensil biasa.

Jika kita salah menggoresnya ke mata, akan lebih sukar untuk memadamkannya. Eyeliner gel bertekstur cremy dan agak padat serta mempunyai kepekatan warna yang sangat tinggi.

Apa yang menariknya jenis eyeliner ini akan memberikan garis yang jauh lebih tegas.Gerakan berus akan lebih terkawal dengan mudah berkat bentuk gel dari eyeliner jenis ini.

Bukan itu sahaja, kebanyakan eyeliner gel rata-rata bersifat waterproof dan tahan lama. Walaupun penggunaannya tidak sesukar eyeliner cair, namun ia lebih sesuai digunakan oleh mereka yang sudah cukup mahir dengan pemakaian eyeliner kerana olesannya cukup tebal dan pengaplikasiannya yang terputus-putus.

 

BEBERAPA CONTOH BENTUK EYELINER GEL:

jenis eyeliner

jenis eyeliner jenis eyeliner

  1. EYELINER CAIR/LIQUID

Ramai di antara kita masih kurang tahu untuk membezakan jenis eyeliner gel dan cair ini.

Eyeliner yang cair mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dan seakan cat. Eyeliner ini biasanya berbentuk botol kecil dilengkapi berus yang halus dan runcing.

Penggunaan eyeliner cair memang paling susah. Apatah lagi jika tangan kita tidak stabil atau jenis yang cepat menggeletar. Sudah tentu hasilnya tidak memuaskan dan nampak comot.

BEBERAPA CONTOH BENTUK EYELINER CAIR/LIQUID:

jenis eyeliner jenis eyeliner jenis eyliner

  1. PEN LINER

Pen liner adalah jenis eyeliner yang lebih mudah dan praktikan dari eyeliner gel. Lukis, terus menjadi!

Tidak ada cairan yang tumpah seperti eyeliner cair dan kita juga tidak perlu menekan dengan kuat seperti eyeliner pensil. Pen liner ini boleh dijadikan alternatif bagi kita yang suka dengan berus kaku dan tebal.

BEBERAPA CONTOH BENTUK PEN LINER:

jenis eyeliner jenis eyeliner jenis eyeliner

  1. EYELINER CAKE

Sama seperti eyeliner pensil, eyeliner jenis cake ini mempunyai pelbagai macam warna.

Biasanya eyeliner jenis ini digunakan oleh mekap artis professional. Bentuk eyeliner ini tak ubah seperti eyeshadow.

Cara menggunakannya, basahkan berus terlebih dahulu, kemudian barulah disapu ke eyeliner cake.

BEBERAPA CONTOH BENTUK EYELINER CAKE:

jenis eyeliner jenis eyeliner jenis eyeliner

Demikianlah beberapa jenis eyeliner yang boleh dicuba satu persatu, cari dan pilih yang paling sesuai serta selesa untuk dipakai.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme