Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Energizer

Energizer Re-Energize 100% FitFest

Posted on 11/01/2023 by 123mamanet

Energizer Re-Energize 100% FitFest, acara kecergasan paling hangat di bulan Oktober, telah berakhir dengan penuh kemeriahan. Acara telah berlangsung pada hujung minggu di Desa Park City Carpark 3, berdekatan Arkadia Plaza, Fitfest telah dibanjiri dengan lebih daripada 3,500 peserta dari semua peringkat umur.

Isi Kandungan hide
1 3 Hari Penuh Semangat & Bertenaga
2 Re-Energize 100% Fitfest
3 Cabaran Panjat Dinding Batu
4 Mendapat Sokongan Ramai Penaja

Energizer

3 Hari Penuh Semangat & Bertenaga

Acara ini bertujuan untuk mempromosikan kesejahteraan badan dan juga gaya hidup aktif, telah membuatkan para peserta berasa bertenaga, bermotivasi, dan berinspirasi.

Acara tiga-hari ini memberikan para peserta peluang untuk melibatkan diri dengan pelbagai jenis aktiviti kecergasan, termasuklah yoga, Zumba, high-intensity interval training (HIIT), dan body combat. Diketuai oleh jurulatih-jurulatih kecergasan terkenal dari Fitness First, Celebrity Fitness dan CHI Fitness.

Sesi-sesi tersebut bukan sahaja memberikan peluang untuk mengeluarkan keringat tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan dan kemesraan di kalangan peserta.

Energizer

Re-Energize 100% Fitfest

Tambahan lagi, Re-Energize 100% Fitfest juga memaparkan kelas-kelas eksklusif yang dihoskan oleh ‘influencer-influencer’ sukan terkenal seperti Jordan Yeoh, Maggy Wang, dan Joey Tng.

Para peserta telah berpeluang untuk belajar dari ikon-ikon kecergasan ini danjuga  dapatkan pandangan tentang teknik-teknik latihan dan perjalanan kecergasan peribadi mereka.

Baca Juga:

Cara Gemukkan Badan Tanpa Supplemen

Makanan Penyebab Jerawat

 

Energizer

Cabaran Panjat Dinding Batu

Salah satu acara menarik adalah cabaran memanjat dinding batu. Peserta telah diuji untuk kekuatan, ketangkasan dan ketahanan mereka di atas dinding batu canggih setinggi 5 meter, mencerminkan kuasa dan ketahanan bateri Energizer.

Pengalaman mendebarkan ini telah mendorong peserta ke aras baru, disamping menakluki cabaran di hadapan mata mereka.

Kekal

“Di Energizer, kami percaya untuk sentiasa kekal bertenaga. Seperti bateri kami yang memastikan peranti sentiasa berjalan. Kami ingin memberikan inspirasi kepada semua untuk kekal bertenaga sepanjang masa di dalam hidup mereka melalui Re-Energize 100% Fitfest.

Acara ini memberikan platform untuk individu merangkul kesejahteraan fizikal, mengatasi had mereka, dan bergembira dengan gaya hidup yang aktif.

Kami gembira kerana dapat menganjurkan acara sebegini yang dapat memotivasi dan memperkasakan para peserta untuk mencari potensi mereka,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan untuk Malaysia dan Singapura, Energizer Holdings Inc.

Energizer

Mendapat Sokongan Ramai Penaja

Acara ini juga dijayakan melalui sokongan penaja-penaja. Para peserta menerima beg hadiah bernilai RM 120 berisi barangan dari jenama-jenama terkenal. Antaranya NIVEA, Eucerin, F&N Ice Mountain, Berocca, 100PLUS, Urban Retreat Spa, Pressio dan banyak lagi.

Para peserta juga berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan dan minuman sepanjang hari di lokasi. Antara vendor yang terlibat adalah seperti Kee Nguyen, Nacholah, Kinori dan The Bao Guys.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai Re-Energize 100% Fitfest, layari laman acara Facebook Energizer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme