Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Generali Malaysia

Generali Malaysia Lancar Festival Pertama di Pavilion Bukit Jalil

Posted on 10/26/202410/26/2024 by 123mamanet

Generali Malaysia dengan bangganya membawa segala yang menarik dari Itali ke Malaysia dengan Festival Del Leone—meraikan budaya, makanan, kesejahteraan dan komuniti Itali, dari 25 hingga 27 Oktober 2024 di Piazza Level 3, Pavilion Bukit Jalil.

Isi Kandungan hide
1 Festival Del Leone Berlangsung Selama 3 Hari
2 Rakan Sepanjang Hayat
3 Pelbagai Aktiviti Menarik
4 Dua Tiket Penerbangan Ke Itali

Digelar sebagai ‘Festival Singa’, acara luar yang mengujakan ini merupakan festival Itali pertama yang dianjurkan ini menyebarkan semangat watak jenamanya yang kuat dan berani – Leo the Lion.

Generali Malaysia

Festival Del Leone Berlangsung Selama 3 Hari

Sepanjang tiga hari, festival ini akan menampilkan hampir 150 gerai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, menawarkan pelbagai pilihan produk Itali dan tempatan termasuk masakan yang lazat, stesen kopi dengan haruman menyegarkan, serta hasil seni dan kraf yang unik.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Generali untuk menyokong PKS tempatan, festival ini akan memberikan mereka platform untuk mempamerkan produk mereka, mengukuhkan dedikasi Generali untuk memperkasakan dan memupuk pembangunan usahawan Malaysia.

Rakan Sepanjang Hayat

“Di Generali, kami amat berbangga dengan asal usul Itali kami,dan Festival Del Leone ini merupakan peluang yang terbaik untuk kami membawa sebahagian daripada Itali ke Malaysia, di samping menyokong komuniti, artis-artis serta syarikat perniagaan tempatan.

 

Generali Malaysia

Acara ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadi Rakan Sepanjang Hayat yang dipercayai, terlibat dengan komuniti, serta mencipta pengalaman yang bermakna bagi semua yang turut serta,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua bagi Entiti Generali di Malaysia.

Baca Juga:

Gaya Hidup Baru Di Eka Heights

The Straight Path Convention

 

Generali Malaysia

Pelbagai Aktiviti Menarik

Festival ini akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua, termasuk peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan watak jenama Generali iaitu Leo the Lion, serta jualan lukisan Mona Lisa yang akan dihasilkan oleh 30 artis tempatan dengan versi unik mereka sendiri berdasarkan karya terkenal tersebut.

Semua hasil daripada jualan akan disalurkan kepada Yayasan Generali Gemilang, sebuah yayasan amal yang berusaha untuk mengatasi jurang pendidikan bagi kanak-kanak dan keluarga yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Antara aktiviti lain yang menarik termasuklah bengkel membuat piza dan pasta, bengkel seni espreso dan latte, serta bengkel melukis topeng Venetian untuk kanak-kanak.

Selain itu, para pengunjung boleh memanfaatkan daripada pemeriksaan kesihatan asas percuma yang disediakan oleh rakan NGO Generali, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah dan penyaringan BMI.

Di samping itu, demonstrasi kesedaran kanser payudara bagi menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Sebagai tanda penghargaan, pelanggan Generali Malaysia boleh menikmati diskaun eksklusif di gerai vendor yang terpilih dengan menunjukkan Aplikasi Mudah Alih GeneraliMY atau portal MyGenLife mereka.

Dua Tiket Penerbangan Ke Itali

Acara kemuncak festival ini ialah pertandingan yang memberi peserta peluang untuk memenangi dua tiket penerbangan pergi-balik ke Itali, dilindungi oleh insurans perjalanan Generali Malaysia.

Untuk menyertainya pengunjung hanya perlu menyelesaikan beberapa cabaran menarik di pelbagai stesen, mengumpul cap pada poskad mereka dan menghantar kapsyen kreatif di stesen yang terakhir.

Festival Del Leone terbuka untuk semua dan kemasukan adalah percuma. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, lawati laman Facebook dan Instagram rasmi Generali Malaysia.

–

1 thought on “Generali Malaysia Lancar Festival Pertama di Pavilion Bukit Jalil”

  1. Reminder- You got a transfer №ER97. CONFIRM =>> https://telegra.ph/Go-to-your-personal-cabinet-08-25?hs=0efa81bde04cb300d5f9d2f862c897d5& says:
    11/01/2024 at 5:32 AM

    6mq39i

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme