Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
The Straight Path Convention

The Straight Path Convention

Posted on 10/21/2024 by 123mamanet

Konvensyen pendidikan Islam tahunan terkemuka di negara ini, The Straight Path Convention (TSP) bakal berlangsung untuk kali ke-10 pada 23 dan 24 November 2024. Bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Isi Kandungan hide
1 Tema Utama Konvensyen
2 Penceramah The Straight Path Convention 2024
3 Belia Muslim yang Kuat dan Proaktif
4 Pelbagai Aktiviti Menarik

Tema Utama Konvensyen

The Straight Path Convention

Bertemakan “PROPHETIC LEGACY: Empowering Next Gen”. Konvensyen tahun ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap keutamaan pendidikan berlandaskan kefahaman dan sudut pandang yang sahih berteraskan ajaran Nabi Muhammad ﷺ dalam kalangan generasi muda. Dibuat menerusi dialog dan perbincangan yang dinamik dan membuka minda.

“Hari ini, masyarakat Islam berdepan dengan pelbagai cabaran dan golongan muda khususnya terdedah kepada banyak pengaruh negatif. Ramai yang keliru dengan peranan mereka dalam masyarakat. Sementara yang lain bergelut dengan keyakinan dalam beragama dan jati diri Islam mereka.

Hal ini menjurus kepada hilangnya minat untuk menyumbangkan khidmat secara bermakna kepada komuniti mereka kerana mereka mencari motivasi dan tujuan hidup dari sumber luar,” kata Farid Ullah Ahmed Hussain, Pengasas dan Pengarah The Straight Path Convention.

Baca Juga:

Cara Memakai Tudung Supaya Lebih Kemas

Kebaikan Minum Air Kelapa

“Menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk memperkuatkan generasi anak muda kita dengan prinsip dan nilai Islam, membantu mereka menemui semula tujuan hidup dan jati diri mereka dengan Islam, bertunjangkan ajaran Nabi Muhammad ﷺ. Ini adalah tema utama tahun ini, Inshaa Allah.”

Meraikan pencapaian tahun ke-10 dalam senario dakwah tempatan, konvensyen itu mengembangkan barisan penceramahnya, menampilkan pendakwah terkenal dari seluruh dunia.

Setiap penceramah mempunyai bidang kepakarannya masing-masing dan akan membincangkan beberapa topik dan strategi penting untuk menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam.

Penceramah The Straight Path Convention 2024

Shaykh Assim al-Hakeem delivering his lecture at the convention

Barisan penceramahnya terdiri daripada:

  • Sheikh Bilal Ismail – Pengasas dan Pengarah Imam Development Program, Afrika Selatan
  • Dr. Ibrahim Nuhu Tahir – Pengasas An-Nadaa Educational Foundation, Nigeria
  • Ustadh Hisham Abu Yusuf – Pendakwah di University of Nottingham dan Pengarah Akademik di Roots Academy, United Kingdom
  • Sheikh Dr. Sajid Umar – Mufti dan Hakim bertauliah, penulis, pendidik, pengkaji dan penasihat Syari’ah untuk National Waqf Fund, London, United Kingdom
  • Dr. Hassan Akbar – Pengasas Nafsin Wahida, New York, USA

Hamza Andreas Tzortzis (Moderator) – Pengasas dan CEO Sapience Institute, United Kingdom

“Kami percaya platform unik yang menampilkan penceramah terkemuka dari pelbagai latar belakang dan budaya ini akan memberi sumbangan besar dalam memupuk pemahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap nilai-nilai murni yang menyatukan komuniti Islam di Malaysia dan di seluruh dunia,” tambah beliau.

Sepanjang acara dua hari itu, para penceramah akan berkongsi ilmu serta pandangan mereka mengenai topik-topik penting. Termasuklah strategi mendidik anak-anak hingga langkah menangani cabaran semasa, membangunkan pemimpin berkualiti dan memelihara legasi serta identiti Islam.

Belia Muslim yang Kuat dan Proaktif

Konvensyen ini akan dikendalikan oleh Hamza Andreas Tzortzis, Faisal Abdul Latif, dan Sayid Amir.

“Kami ingin memperkenalkan semula contoh-contoh tauladan Muslim hebat yang memberi inspirasi. Secara tak langsung ia akan  menambah keyakinan dan keazaman, di samping mewujudkan kembali identiti dan rasa kebersamaan dalam diri generasi muda.

Matlamat kami adalah untuk membangunkan belia Muslim yang kuat dan proaktif yang sedia berkhidmat ke arah pembangunan dan kesejahteraan masyarakat sejagat, berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Kami berharap konvensyen kali ini akan memberi impak yang bermakna kepada semua peserta,” jelas Farid Ullah mengakhiri.

Pelbagai Aktiviti Menarik


The Straight Path Convention

Di samping acara utama terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti TSP Junior dan reruai. Ia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti buku, pakaian, makanan, dan alatan pendidikan.

Sebuah bilik khusus juga disediakan  bagi  kaum ibu dan untuk ibu-ibu yang membawa anak kecil.

Untuk maklumat lanjut mengenai TSP 2024 dan pembelian tiket, sila layari https://event.thestraightpath.com.my

2 thoughts on “The Straight Path Convention”

  1. Pingback: Generali Malaysia Lancar Festival Pertama di Pavilion Bukit Jalil - 123mamanet
  2. Pingback: JBaby Photo Contest 2024 - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha
  • Pelancaran Garis Panduan Optometris Malaysia

Recent Posts

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme