Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Happikiddo

Happikiddo Anjur Baby Shower Terbesar Di Malaysia 

Posted on 06/02/202309/29/2023 by 123mamanet

Happikiddo, sebuah kedai berkonsepkan bayi tempatan yang menawarkan pelbagai produk inovatif dan berkualiti tinggi terpilih. Ia khusus untuk golongan ibu, bayi dan kanak-kanak menjadi tuan rumah acara baby shower (majlis meraikan bakal ibu dan bayi) terbesar di Malaysia.

Isi Kandungan hide
1 Happikiddo Bawakan ‘Baby in Bloom’
2 Kereta Sorong Bugaboo Dragonfly
3 Petua dan Perkongsian Maklumat Keibubapaan
4 Baby Shower

 

Happikiddo

Happikiddo Bawakan ‘Baby in Bloom’

Bertemakan ‘Baby in Bloom’, acara selama sehari tersebut berlangsung di Lightbox@Light Grey, Sungai Buloh dengan kehadiran lebih 400 orang ibu bapa. Majlis yang penuh kemeriah ini dianjurkan khusus untuk meraikan kehamilan dan pengalaman menjadi seorang ibu.

Majlis ini. dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat ini menghimpunkan ibu-ibu yang sedang hamil dan ibu bapa dengan bayi berusia sehingga 6 bulan.  Acara hi-tea (minum lewat petang) turut dimeriahkan dengan perkongsian maklumat, permainan dan pelbagai tawaran istimewa. 

Beberapa jenama tempatan dan antarabangsa seperti Atelier Choux, Bugaboo, Cybex, Jellycat, Nuna, Stokke dan pelbagai lagi turut mempamerkan barangan mereka pada acara tersebut. 

Happikiddo

 

Kereta Sorong Bugaboo Dragonfly

Pengunjung juga berpeluang mencuba sebuah kereta sorong bayi, Bugaboo, jenama Belanda  yang  bersifat futuristik dan mesra alam yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kereta sorong Bugaboo Dragonfly amat dinanti-nantikan. Ia tampil dengan pelbagai ciri unik dan bersifat lestari ini dijangka dilancarkan di Asia Tenggara dalam tempoh tiga minggu lagi.

Ibu bapa yang hadir juga berpeluang menjadi pemilik terawal menerusi pra-tempahan eksklusif.

Artikel Lain: Produk Penjagaan Kulit Sensitif

Petua dan Perkongsian Maklumat Keibubapaan

Selain diskaun serta tawaran hebat untuk produk bayi terkini dan inovatif daripada jenama terkenal, para pengunjung turut pulang dengan petua dan ilmu keibubapaan. Ianya amat bernilai melalui sesi perkongsian bermaklumat oleh ibu dan usahawan selebriti Neelofa dan Intan Salleh.

Selain itu. demonstrasi produk yang berlangsung di majlis tersebut. 

Happikiddo

Baby Shower

“Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menganjurkan Baby Shower ini untuk bakal ibu bapa dan ibu bapa baharu. Berkongsi kegembiraan ini merupakan satu fasa keibubapaan yang paling penting.

Matlamat kami, adalah untuk meraikan golongan ini dan mengabadikan pengalaman indah dalam mengalu-alukan kehadiran cahaya mata mereka.

Pendek kata, kami sangat teruja kerana berjaya menganjurkan acara ini untuk kenang-kenangan mereka,”jelas Elaine Chew,selaku pengasas Happikiddo.

Artikel Lain: Kebaikan Bila Anak Suka Main Puzzle

Happikiddo berharap untuk menjadi tuan rumah kepada lebih banyak acara kemasyarakatan yang serupa buat golongan ibu bapa berkumpul dan belajar, berhubung serta meraikan tempoh kehamilan dan pengalaman menjadi ibu bapa.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme