Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu

MUSTELA PRODUK PENJAGAAN KULIT SENSITIF, LEMBUT DAN SELAMAT UNTUK BAYI

Posted on 08/15/202208/18/2022 by 123mamanet

Anda pernah dengar Mustela, brand penjagaan bayi dari Perancis yang telah ditubuhkan lebih 70 tahun lalu?Brand ini juga menjadi produk penjagaan kulit ibu dan bayi nombor satu di Eropah. Sesuai digunakan untuk ibu mengandung dan juga bayi yang baru lahir.

Apa yang lebih menyakinkan, produk ini sememangnya dicipta untuk menyelesaikan beberapa isu penjaagan kulit yang paling dominan melanda anak dari saatnya dilahirkan sehinggalah mencapai usia tiga tahun.

Kulit bayi yang baru lahir sememang lembut, halus dan sensitif. Tetapi, ada juga bayi yang dilahirkan sememangnya memiliki jenis kulit sensitif dan memerlukan penjagaan ekstra daripada kebiasannya. 

Tahukah anda kulit kanak-kanak adalah kira-kira 30% lebih nipis daripada orang dewasa, menjadikannya lebih sensitif dan reaktif kepada alergen biasa? 

Terdapat pelbagai gangguan masalah kulit yang berlaku di fasa awal  selepas kelahiran. Jadi, kita perlu lebih peka dan jika masalah tersebut bukan biasa-biasa, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan daripada pakar kulit.

Anak Bahagia, Ibu Bapa Pun Turut Bahagia!

Disebabkan kulit mereka yang halus, lembut, bayi dan kanak-kanak terdedah kepada masalah kulit di awal usia kehidupan mereka.Masalah kulit seperti eczema, ruam panas, boleh menyebabkan kulit anak anda mengalami kekeringan, gatal-gatal, kerengsaan dan menyebabkan ketidakselesaan yang berlarutan sekiranya tidak segera diatasi.

Namun, semua itu boleh diatasi dengan rutin penjagaan kulit yang tepat!Kebiasaannya kulit bayi dan kanak-kanak alah pada bahan-bahan pewangi, pewarna dan pengawet. Jadi, pakar dermatologi menyarankan produk penjagaaan bayi dan kanak-kanak sebaiknya bebas daripada pewangi, steroid, paraben, phthalates dan pheneoxyethanols.  

Rangkaian produk Mustela’s Very Sensitive Skin cukup melembabkan, menenangkan dan melindungi kulit anak anda sambil meminimumkan tanda-tanda tindak balas kulit. Formula yang cukup berkhasiat menampilkan Avocado Perseose, bahan semulajadi yang dipatenkan serta dicipta untuk melindungi, mempertahankan dan melembapkan kulit secara keseluruhannya.Bahkan kandungan Schizandra, ekstrak beri mampu membantu memberikan efek menenangkan di samping berusaha untuk memperbaiki penampilan kulit.

Tambahan pula dengan keadan cuaca panas lembab di Malaysia, memberikan penjagaan kulit anak anda boleh menjadi urusan yang sukar. Kanak-kanak kecil lebih terdedah kepada ruam panas dan cepat berpeluh. Ini adalah kerana mereka mempunyai liang yang lebih kecil daripada orang dewasa dan apabila mereka berpeluh terlalu banyak, pori-pori jadi tersumbat.

Untuk menjaga kulit mereka terhidrat dari luar, kita perlu mencegahnya kerana haba boleh menyebabkan kulit halus, terutama bagi kanak-kanak yang mempunyai kulit kering dan terdedah kepada ekzema atau dermatitis kontak semasa fasa pertama kehidupan mereka. Apapun jangan risau, sebab biasanya keadaan kulit ini tidak berbahaya dan tidak berlarutan sehingga dewasa, dengan syarat anak anda mempunyai rutin penjagaan kulit yang konsisten bagi mencegahnya daripada terus melarat.

Kulit Kekal Sihat Sepanjang Waktu

Produk penjagaan kulit sensitif Mustela ini diformulasi secara khusus untuk membersih secara lembut sekaligus merawatnya. Kesemua produk Mustela ini adalah 97% semulajadi dan memberikan perlindungan yang cukup sempurna untuk kesayangan anda.

Mustela Soothing Cleansing Gel, RM65

Mustela Soothing Cleansing Gel serba lengkap. Selamat dan berkesan untuk membersihkan rambut dan badan anak anda, sekaligus berfungsi untuk menenangkan kulitnya.

Gel Pembersih ini juga dapat membantu melegakan kerengsaan kulit, yang merupakan tanda biasa untuk kulit yang sangat sensitive.

Mustela Soothing Moisturising Lotion, RM75

Mustela Soothing Moisturising Lotion, losyen harian yang sangat ringan, licin dan mampu melindungi dan melegakan kulit sensitive, ruam ataupun reaktif. 

Losyen ini mudah meresap utnyk memberikan kelembapan serta merta, berpanjangan serta dapat melindungi kulit bayi anda. 

Mustela Soothing Moisturizing Cream (Face), RM44

Krim pelembab muka tanpa mewangi ini sangat menenangkan serta memberikan kelembapan serta merta dan menjadikan kulit bayi kekal halus. 


Selain itu testurnya yang ringan berupaya melindungi kulit bayi daripada tekanan hairan persekitaran dan menjadi penggunaannya sebagai rawatan yang menenangkan serta menggembirakan.Produk Mustela boleh didapati di Shopee, Lazada, Watsons online, selected farmasi dan kedai serbaneka.

3 thoughts on “MUSTELA PRODUK PENJAGAAN KULIT SENSITIF, LEMBUT DAN SELAMAT UNTUK BAYI”

  1. Pingback: Happikiddo Anjur Baby Shower Terbesar Di Malaysia  - 123mamanet
  2. Pingback: A Fairytale With Mustela - 123mamanet
  3. Pingback: Tabiat Buruk :Buang Supaya Lebih Sihat! - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme