Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

Tabiat Buruk : Buang Supaya Lebih Sihat!

Posted on 06/26/202309/13/2023 by 123mamanet

Tabiat Buruk | Membuang tabiat buruk demi menjaga kesihatan diri sangat penting. Apabila badan kita sihat maka segala aktiviti yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar sepertimana yang kita mahukan. Ada banyak cara  yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan diri dan juga tubuh kita. Selain menjaga pemakanan yang sihat, kita juga perlu menghindari beberapa tabiat buruk atau amalan yang tidak baik supaya kesihatan kita tetap terjaga.

Isi Kandungan hide
1 Contoh Tabiat Buruk
2 Mengorek Telinga Atau Hidung
3 Menutup Mulut Dengan Tangan Ketika Bersin Atau Batuk
4 Suka Gigit Kuku dan Hisap Jari
5 Mandi Menggunakan Gel Mandian
6 Guna Ubat Gigi Terlalu Banyak
6.1 Elak Tabiat Buruk Untuk Hindari Daripada Pelbagai Penyakit

 

Tabiat Buruk

 

Contoh Tabiat Buruk

Mengorek Telinga Atau Hidung

Mengorek telinga atau hidung untuk mengeluarkan segala kotoran dari hidung sememangnya perlu kita lakukan. Namun, janganlah melakukannya sewenang-wenangnya tanpa mencuci tangan sebelum atau selepas membuat aktiviti ini.

Ini adalah kerana kuman-kuman yang telah melekat pada jari kita akan menyebabkan jangkitan kuman sehingga ke dalam rongga hidung dan boleh menyebabkan ekzema.

Baca Juga: Mustela Produk Penjagaan Kulit Sensitif

 

Tabiat Buruk

Menutup Mulut Dengan Tangan Ketika Bersin Atau Batuk

Apabila kita selesema atau batuk dan gatal-gatal hidung, kita akan terbersin. Demi menjaga kesihatan diri supaya kekal sihat, sebaiknya elakkan menutup mulut dan hidung dengan kedua-dua telapak tangan yang kosong.

Di samping itu, jangan lupa untuk sentiasa membersihkan tangan selepas terbersin bagi mengelakkan kuman atau virus dari penyakit yang kita alami itu merebak kepada orang lain.

Suka Gigit Kuku dan Hisap Jari

Tangan sering kita gunakan untuk memegang atau menyentuh banyak benda. Jadi, sebab itulah kuman dan bakteria banyak melekat di tangan.  Bakteria mudah sekali masuk ke dalam badan kita melalui mulut.

Meskipun kita mungkin sudah membasuh tangan, tetapi pada bahagian bawah kuku jarang sekali kita membasuhnya. Biasanya kita melakukan kebiasaan mengigit kuku atau menghisap jari ini tanpa sedar.

Mandian gel

Mandi Menggunakan Gel Mandian

Tujuan utama kita mandi adalah untuk membersihkan badan daripada segala kotaran, bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit. Mandi dengan menggunakan sabun mampu memaksimumkan proses pembersihan tersebut.

Bagaimanapun, pemakaian gel mandi yang keterlaluan pada setiap hari dikatakan boleh merosakkan kulit. Ini adalah kerana bahan kimia yang terkandung di dalamnya mampu mengikis lapisan luar perlindungan kulit atau pelembab semula jadi.

Apabila kita terlalu kerap menggunakan gel mandian ia boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih kering dan menyebabkan ekzema. Pastikan kita memakai pelembap atau losyen tanpa bahan pewangi selepas mandi.

ubat gigi

Guna Ubat Gigi Terlalu Banyak

Terlalu banyak mengggunakan ubat gigi tidak bagus untuk kesihatan diri dan juga tubuh. Terdapat beberapa kandungan bahan dalam ubat gigi seperti detergent, bahan perasa  dan fluorida yang boleh memberikan efek sampingan pada tubuh.

Antaranya ulser mulut dan alergi pada rongga mulut. Penggunaan florida yang berlebihan juga boleh menyebabkan fluorosis pada enamel gigi, dan boleh membahayakan organ dalam badan kita yang lainnya.

Baca Juga: Bahaya Bila Anak Suka Makanan Manis!

Elak Tabiat Buruk Untuk Hindari Daripada Pelbagai Penyakit

Itulah beberapa tabiat buruk yang patut dihindari supaya kita dapat menjaga kesihatan diri untuk mendapatkan badan yang sihat dan terhindar daripada pelbagai penyakit. Selamat mengamalkannya!

1 thought on “Tabiat Buruk : Buang Supaya Lebih Sihat!”

  1. Pingback: Guardian Malaysia Bawakan Kembali The Face of Healthy Beauty - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme