Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Guardian Malaysia

Guardian Malaysia Bawakan Kembali The Face of Healthy Beauty

Posted on 06/27/202308/26/2023 by 123mamanet

Guardian Malaysia telah mengadakan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB). Kempen yang dibawakan oleh Guardian Malaysia ini mengalakkan keunikan serta kecantikan yang sihat luaran dan juga dalaman tiap peserta.

Isi Kandungan hide
1 The Face of Healthy Beauty Guardian Malaysia
2 Ini Bukan Pertandingan Kecantikan
3 Empat Pemenang Peringkat Akhir
3.1 • Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian
3.2 • Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain
3.3 • Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000
3.4 • Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian
3.5 Cepat Sertai Sekarang Peraduan Ini
4 Lokasi Peringkat Separuh Akhir
4.1 Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023)
4.2 Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023)
4.3 Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023)
4.4 Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023)

 

Guardian Malaysia

The Face of Healthy Beauty Guardian Malaysia

Menurut Angela Teo,Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, pencarian pertama The Face of Healthy Beauty Guardian pada tahun 2019.

Ini adalah satu kejayaan besar di mana mereka telah berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang hebat yang melambangkan visi kecantikan sihat Guardian Malaysia.

Malangnya, disebabkan pandemik kami terpaksa menangguhkan acara tersebut sehingga tahun ini dan kini, kami sangat teruja,” jelas beliau.

 

Guardian Malaysia

 

Ini Bukan Pertandingan Kecantikan

Pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian Malaysia BUKAN pertandingan kecantikan

“Kempen ini meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam. Kecantikan dalaman dan luaran mereka.

Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria dan penyayang.

Di samping itu,  menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik.

Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah.

Melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambahnya lagi.

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia. Pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu.

Empat individu yang  paling sesuai untuk dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’. Sekaligus untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.

Teo menjelaskan bahawa konsep Healthy Beauty adalah teras falsafah jenama Guardian. Ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

Baca Juga: Tabiat Buruk. Buang Supaya Lebih Sihat!

“Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera,” terangnya lagi.

“Dan trend ini juga telah membantu Guardian berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan kepada sebuah jenama hebat.

Bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat dan indah.

Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan kami telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan.

Manakala stor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,” tambah Teo.

Empat Pemenang Peringkat Akhir

Empat Pemenang Peringkat Akhir The Face of Healthy Beauty Guardian Malaysia  Akan Menerima

• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian

• Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain

• Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000

• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian

• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang

Cepat Sertai Sekarang Peraduan Ini

Peraduan Ini Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia yang ingin menyertai The Face of Healthy Beauty Guardian Malaysia

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Setiap penyertaan perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun 2023 hingga 6 Ogos 2023. Di hantar menerusi laman web di https://theface.guardian.com.my .

Atau  klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian.

Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat. Perlu juga menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?’ .

Sertakan sekali satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport.

Lokasi Peringkat Separuh Akhir

120 orang  peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir:

  • Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023)
  • Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023)
  • Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023)
  • Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023)

Manakala lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir.

Acara tersebut  bakal berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.

Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir.

Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir.

Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

2 thoughts on “Guardian Malaysia Bawakan Kembali The Face of Healthy Beauty”

  1. Pingback: Earth & Me Biodegradable Bamboo Baby Diapers - 123mamanet
  2. Pingback: Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena 19th Anniversary - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme