Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Repvblik Band

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena 19th Anniversary

Posted on 07/11/202308/25/2023 by 123mamanet

 

Isi Kandungan hide
1 Revpblik Band, Sambut Ulangtahun ke-19
2 Konsert Revpblik Band Di Zepp Kuala Lumpur
2.1 Penampilan Yuletta Yucha, Tiktokers Sebagai Penyanyi Undangan
2.2 Dapatkan Segera Tiket Konsert Revpblik Band

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena 19th Anniversary Repvblik Band Live In Kuala Lumpur. Kumpulan muzik dari Indonesia, Repvblik Band ini cukup popular dengan lagu ‘Sandiwara Cinta, ‘Selimut Tertangga’ dan ‘Sayang Sampai Mati’.

 

Revpblik Band, Sambut Ulangtahun ke-19

Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Peminat-peminat khususnya di Malaysia pasti tidak sabar.

Maklumlah sudah sembilan tahun tahun, kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia tidak mempamerkan persembahan di pentas Kuala Lumpur.

Akhirnya buat julung kali mereka akan beraksi di Malaysia pada 11 Ogos 2023. Bertempat di Zepp Kuala Lumpur, konsert ini juga meraikan sambutan ulangtahun ke-19 Repvblik Band .

Kumpulan ini ini juga berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.

Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Repvblik Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan.

Baca Juga: The Face of Healthy Beauty

 

Konsert Revpblik Band Di Zepp Kuala Lumpur

Konsert Revpblik ulang tahun ke-19 ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning. Para peminat bakal disajikan dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Revpblik Band. Ia termasuk lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara.

Revpblik Band Bakal Persembahkan 16 Buah 

Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti. Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana kumpulan band ini memikirkan lagu yang paling disukai khalayak ramai. Lagipun terlalu banyak  karya terbaik daripada seleksi album mereka.

Repvblik Band yang memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif . Kumpulan ini sudah menghasilkan lapan buah album sejak kemunculan mereka dalam industri muzik pada tahun 2004.

Pada tahun ini Repvblik Band telah mengeluarkan sebuah lagu iaitu ‘Sandiwara Lagi’ . Ia dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvblik Band, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut.

Penampilan Yuletta Yucha, Tiktokers Sebagai Penyanyi Undangan

Persembahan pada malam itu nanti akan menampilkan Yuletta Yucha, Tiktokers yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan.

Beliau akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band. Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal) dan Ei (Gitar utama) telah bergiat aktif sejak 2007.

Untuk rekod, lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform Youtube.

Selain lagu tersebut sering menduduki carta lagu di stesen radio tempatan dan lagu-lagu dari Repvblik Band sering diputarkan dicorong-corong radio tempatan.

Kedatangan band popular ini ke Malaysia sudah pastinya menjadi momen yang paling ditunggu peminat setia mereka dan sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.

Dengan pasukan produksi di bawah Aytie Management dan Boomset Planning yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini,  sudah pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti akan terpahat dalam jiwa semua yang hadir.

 

Baca Juga: Havoc Street Food Fest 2023

 

Repvblik Band

Dapatkan Segera Tiket Konsert Revpblik Band

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11.oo pagi.

Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.

Di samping itu, Konsert 19th Anniversary Repvblik Live in Kuala Lumpur ini turut mendapat sokongan penuh dari Hot.FM, Bulletin.FM dan Molek.FM yang bertindak sebagai radio rasmi.

Selain itu, MRMY Malaysia (Mascot Rider Malaysia) dan Persatuan Busker Malaysia yang popular di platform Tiktok dan Instagram turut berkerjasama mempromosikan konsert ini.

Peminat juga  boleh mengikuti informasi-informasti berkaitan konsert ini di platform sosial media Aytie Management dan dalam masa sama, pelbagai pertandingan akan dianjurkan oleh Hot FM dan Molek FM.

Selain itu peminat-peminat berpeluang untuk memenangi tiket menyaksikan konsert serta cenderahati ekslusif sempena 19th Anniversary Repvblik live in Kuala Lumpur.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme