Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi 2017 telah berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan Seksyen 14, Shah Alam.
Seramai 2,000 orang pengunjung dan peserta program berakhir telah hadir untuk turut serta memeriahkan program ini.
Sepanjang program ini, orang ramai hanya dibenarkan untuk menggunakan basikal, roller blade, papan luncur, hover board, berjalan kaki, dan skuter blade di sekitar kawasan pusat bandaraya. Program ini turut menyediakan aktiviti menunggang kuda dan beca berhias secara percuma.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berangkat mencemar duli hadir ke majlis ini.
Turut hadir, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor dan Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam.
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Bas dan Kereta Elektrik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
- Anda mungkin ingin tahu manfaat air kelapa untuk kesihatan.
- [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]



PROGRAM SAMBUTAN HARI BUMI 2017 DAN SHAH ALAM HARI TANPA KENDERAAN DISAMBUT MERIAH
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk memeriahkan program yang turut disertai oleh 33 kanak-kanak autism dari The National Autism Society of Malaysia (NASOM) yang membuka booth jualan hasil produk kraf tangan kanak-kanak autism tersebut.
Turut serta sebagai pempamer pada hari tersebut ialah portal online Harian Wanita (123mamanet.com). Selain itu, terdapat pameran daripada MBSA, agensi kerajaan, swasta dan NGO.


Aktiviti lain termasuk Eco Free Market, food truck, pemberian baja kompos dan anak pokok percuma, pertandingan mewarna, petting zoo, face painting, pameran produk hijau, kereta kuda, cabutan bertuah, persembahan buskers, khidmat memotong rambut percuma, pemberian barangan percuma dan lain-lain.
Seawal jam 7 pagi, Menteri Besar tiba bagi menyempurnakan pelepasan peserta berbasikal dan peserta Larian Kitar Semula.
Beliau kemudian menyertai acara berjalan kaki yang dilepaskan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Turut serta, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, Dr Daroyah Alwi dan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari serta Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei.


Untuk makluman, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan diadakan pada setiap hari Ahad, minggu kedua setiap bulan. Ia merupakan sebahagian usaha menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang tahun 2030.
MBSA berhasrat melahirkan warga Shah Alam dengan gaya hidup sihat dan mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam sekitar.
Oleh sebab itu, program MBSA sentiasa memberi fokus terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam bandar raya rendah karbon, menjelang tahun 2030.
Bagi menjamin kelancaran program itu, MBSA menutup beberapa jalan termasuk Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.
MENTERI BESAR RASMIKAN PORTAL ONLINE HARIAN WANITA
Di majlis yang sama, booth portal online Harian Wanita turut menerima kunjungan Dato’ Seri Mohamed Azmin, sekaligus merasmikannya.
Beliau turut memberikan ucapan tahniah kepada team Harian Wanita yang berada di booth berkenaan.
Lebih meriah lagi, Harian Wanita telah mengadakan kempen LIKE & SHARE MAMANET. Setiap pengunjung yang LIKE & SHARE fanpage #Mamanet pada hari tersebut telah menerima hadiah tajaan #MAMEE dan berpeluang bergambar bersama maskot MAMEE.
Acara tersebut telah mendapat sambutan hangat apabila booth Harian Wanita diserbu oleh para pengunjung.

Harian Wanita merupakan portal khusus untuk wanita berkerjaya, berbisnes dan berkeluarga. Ia semakin mendapat tempat di kalangan wanita sebagai sumber rujukan dan solusi hidup bahagia.

Sesuai dengan fungsinya sebagai sebuah portal online, Harian Wanita menyediakan pelbagai segmen utama dan sub segmen. Antaranya ialah CANTIK, SIHAT, DIET, FAMILI, KEIBUBAPAAN, CUTI-CUTI , RESIPI, INSPIRASI, KARIER, BISNES dan ADDIN.



Sejak bermula pada 1 Januari 2016 yang lalu, jumlah pelawat semakin meningkat dengan mencapai lebih 200 ribu pelawat dengan lebih 3 juta hits.
Terima kasih kepada MBSA dan MAMEE selaku penaja kempen LIKE & SHARE MAMANET.

Sesungguhnya Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi 2017 ini telah memberikan peluang warga kota menikmati hidup lebih sihat dan cergas.
