Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo

Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo Terbaru Dari Follow Me

Posted on 07/04/202308/25/2023 by 123mamanet

Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo | FOLLOW ME Lancarkan Inovasi Penjagaan Rambut Terulung yang menjanjikan: Keharuman, Keselesaan dan Kesegaran yang berpanjangan sehingga 48 Jam

Isi Kandungan hide
1 Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo
2 Formulasi Ekstrak Habbatus Sauda, Limau nipis & Minyak Zaitun
3 Penyelesaian Kepada Masalah Rambut & Kulit Kepala Buat Wanita Berhijab
4 Jom FOLLOW ME, Kempen Agenda Cool & Fresh
4.1 FOLLOW ME Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo
4.2 FOLLOW ME Hijab Micellar Anti-Itch Shampoo
4.3 FOLLOW ME Hijab Micellar Hair Fall Solution Shampoo
4.4 FOLLOW ME Anti-Frizz Hijab Mist dan FOLLOW ME Soft & Voluminous Hijab Mist

 

Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo

Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo

FOLLOW ME kini memperkenalkan syampu terbaru Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo, menerusi kempen Agenda Cool and Fresh (Agenda Dingin dan Segar).

Kempen ini bertujuan menggalakkan gadis-gadis muda untuk ‘Jom Follow Me’ (Jom Ikut Saya) bagi mendapatkan keharuman, kesegaran dan keselesaan berpanjangan. Ini  membolehkan mereka memulakan setiap hari dengan penuh yakin.

Formulasi Ekstrak Habbatus Sauda, Limau nipis & Minyak Zaitun

Diformulasi dengan ekstrak Habbatus Sauda, limau nipis, dan minyak zaitun. FOLLOW ME Hijab Micellar Cool & Fresh adalah produk penjagaan rambut terbaru. Ia dapat membantu memberi perlindungan dan kesegaran yang berpanjangan kepada rambut dan juga kulit kepala.

Syampu ini memanfaatkan khasiat ekstrak-ekstrak tumbuhan semula jadi untuk memberikan kesegaran serta-merta. Bahkan haruman bunga dan buah ini kekal berpanjangan sehingga 48 jam.

Dengan formula mentol diperkaya dengan ekstrak limau, syampu ini memastikan kulit kepala segar dengan sensasi sedingin ais. Sekaligus menjadikannya sesuai untuk memulakan hari dengan selesa bagi menghadapi cuaca panas di Malaysia ini.

 Syampu ini telah mendapat persijilan status halal. Dengan formula teknologi Micellar unik, mampu menyingkirkan sebarang kotoran, minyak lebihan, serta bau kepam setelah seharian berhijab untuk pembersihan sempurna dan menyeluruh.

 

Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo

Penyelesaian Kepada Masalah Rambut & Kulit Kepala Buat Wanita Berhijab

Selain daripada membersihkan kotoran dan minyak pada rambut dan kulit kepala, syampu berformulasi dingin ini memberikan rasa segar dingin disamping haruman yang kekal berpanjangan sehingga 48 jam.

Kelaziman pada wanita yang menghadapi masalah kulit kepala yang berminyak, kegatalan kulit kepala, keguguran rambut, akar rambut yang lemah serta pelbagai lagi masalah terutamanya untuk yang berhijab.

Ditambah dengan cuaca yang panas dan gaya hidup yang aktif, kulit kepala dan rambut yang tertutup dalam keadaan yang lama boleh mengakibatkan kegatalan serta rambut berbau.

Jom FOLLOW ME, Kempen Agenda Cool & Fresh

Untuk membantu menyelesaikan masalah rambut dan kulit kepala, FOLLOW ME melancarkan kempen Agenda Cool and Fresh dimana setiap wanita berhak untuk tampil segar, harum, dan selesa sehingga 48 jam bersama rangkaian penjagaan rambut terbaru FOLLOW ME Hijab Micella

FOLLOW ME juga tampil dengan wajah baru untuk rangkaian produk penjagaan rambut Hijab Micellar yang bertindak menyelesaikan masalah rambut dan kulit kepala yang dihadapi wanita berhijab.

Hijab Micellar Anti-Itch Shampoo berfungsi meredakan kegatalan kulit kepala dan anti kelemumur, Hijab Micellar Hair Fall Solution Shampoo menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

Manakala Hijab Anti-Frizz Hijab Mist dan Hijab Soft & Voluminous Hijab Mist menampilkan rambut lebih bersinar, lembut dan terurus serta aroma buah-buahan manis dan menenangkan.

Baca Juga: Punca Rambut Wanita Berhijab Mudah Rosak

Rangkaian penjagaan rambut FOLLOW ME Hijab Micellar diformulasi dengan teknologi Micellar dan ekstrak tumbuhan semula jadi yang menyelesaikan masalah rambut dan kulit kepala. Ia turut memberi pengguna aroma kesegaran yang serta-merta dan berkekalan sehingga 48 jam.

“FOLLOW ME merupakan jenama yang dikenali ramai sejak turun-temurun. Dengan pelancaran rangkaian Hijab Micellar Cool & Fresh terbaharu, kami mengambil peluang ini untuk menunjukkan dedikasi kami. Jadi,dilancarkan produk berinovasi dan berguna untuk pelanggan setia FOLLOW ME kata Patrick Ee, Pengurus Besar Tohtonku Malaysia & Singapura.

 “Menerusi penyelidikan dan kefahaman pasaran, kami mencipta produk yang menyelesaikan masalah rambut yang dialami pengguna kami.

Dalam pada itu, formulasi yang diperbaharui dengan teknologi Micellar memberi kesegaran dan keselesaan untuk wanita. Teristimewa buat wanita berhijab untuk tampil segar, harum dan selesa serta yakin sepanjang hari,” tambahnya.

FOLLOW ME Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo

FOLLOW ME Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo; Formulasi syampu terunggul yang diperkaya dengan ekstrak Teh Hijau & Habbatus Sauda. Ia mampu menguatkan akar rambut dan membantu menyelesaikan masalah kekeringan rambut. Setelah menggunakannya rambut akan jadi lebih lembut beralun.

Syampu ini juga mengandungi mentol untuk memberikan rasa dingin yang menyegarkan kulit kepala. Ekstrak Limau & Minyak Zaitun menghidratkan dan melembapkan kulit kepala untuk rambut yang lebih sihat bersinar.’

 

Follow Me Anti-Itch Shampoo

FOLLOW ME Hijab Micellar Anti-Itch Shampoo

FOLLOW ME Hijab Micellar Anti-Itch Shampoo; Rangkaian penjagaan rambut yang menggunakan khasiat kebaikan buah delima. Diformulasi dengan teliti untuk meredakan kegatalan kulit kepala dan anti-kelemumur, memberikan rasa segar serta selesa.

Diperkaya dengan zink pirition (ZPT) yang membersihkan sisa pengelupasan dan menangani masalah kelemumur untuk kulit kepala yang sihat dan segar.

Baca Juga: Rambut Berminyak? Okay, cuba tips ini

Follow Me Hair Fall Solution Shampoo

FOLLOW ME Hijab Micellar Hair Fall Solution Shampoo

FOLLOW ME Hijab Micellar Hair Fall Solution Shampoo; Rangkaian penjagaan rambut yang diperkaya dengan khasiat buah tin. Ia dapat  membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur.

Rangkaian FOLLOW ME Hijab Micellar terbaru boleh didapati dalam botol 320ml dan 650ml, serta masing-masing dijual pada harga RM12.50 dan RM21.90.

FOLLOW ME Anti-Frizz, Soft & Voluminous Hijab Mist

FOLLOW ME Anti-Frizz Hijab Mist dan FOLLOW ME Soft & Voluminous Hijab Mist

FOLLOW ME  Anti-Frizz Hijab Mist dan FOLLOW ME Soft & Voluminous Hijab Mist; Semburan rambut yang diperkaya dengan Pro-Vitamin B5, Teh Hijau, dan Habbatus Sauda.

Ia membantu menangani masalah kulit kepala gatal, dan menjadikan rambut lebih lembut, bersinar dan terurus.

Produk ini juga mengandungi ekstrak Buah Delima untuk mengurangkan kekusutan dan ekstrak Buah Tin untuk rambut yang lembut dan lebat.

Nak tahu lebih lanjut kunjungi laman web www.followme.com.my atau ikuti laman Facebook dan laman Instagram jenama ini.

1 thought on “Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo Terbaru Dari Follow Me”

  1. Pingback: Chinie's One-Stop Beauty Solution - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme