Huggies AirSoft Pants baharu direka khas untuk bayi yang semakin aktif dan memerlukan keselesaan sepanjang hari. Dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap, pemilihan lampin yang lembut, bernafas dan mampu menyerap dengan baik. Ia amat penting bagi memastikan bayi kekal ceria, kering dan bebas bergerak.
Kini, Huggies menawarkan solusi pintar dengan teknologi terkini untuk ibu bapa yang mementingkan keselesaan anak sejak dari kecil lagi.
Teknologi Baharu untuk Keselesaan Seharian
Super AiryZone™
Zon pengudaraan hadapan, tengah dan belakang membolehkan 10x lebih aliran udara* berbanding versi sebelumnya. Ia membantu mengurangkan rasa panas dan kelembapan, memastikan bayi lebih selesa sepanjang hari.
360 Cloudsoft™
Dengan lapisan luar daripada gentian ultra-halus (1.2 denier), lampin ini menjadi 150% lebih lembut* seakan-akan sentuhan selembut awan pada kulit bayi.
Diuji & Dipercayai oleh Keluarga Sebenar
Sempena pelancaran Huggies AirSoft Pants baharu, 100 keluarga di Malaysia dijemput ke sebuah taman permainan tertutup. Di sana, mereka berpeluang melihat sendiri bagaimana lampin ini diuji dalam persekitaran sebenar. Ia termasuk anak-anak yang merangkak melalui Terowong Super AiryZone™ dan bermain di Kolam Bola Cloudsoft™. Huggies membuktikan bahawa lampin ini direka bukan sahaja untuk keselesaan tetapi juga menyokong kebebasan bergerak dan keceriaan si kecil.

Kata Huggies Malaysia
“Kami di Huggies bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi mendengar dengan teliti,” kata Leong Wei Li, Pengurus Jenama Kanan Huggies Malaysia.
“Setiap penambahbaikan bermula daripada perbualan bersama ibu bapa. Inilah yang mengilhamkan ciptaan Huggies AirSoft Pants baharu dengan teknologi Super AiryZone™ dan 360 Cloudsoft™.”
Kenapa Ibu Bapa Memilih Huggies AirSoft Pants?
✅ Teknologi aliran udara terbaik
✅ Lembut untuk kulit bayi sensitif
✅ Penyerapan pantas dan tahan lama
✅ Sesuai untuk bayi aktif dan mudah berpeluh
✅ Didatangkan dalam saiz M, L, XL & XXL
Baca Juga:
Ketahui Penyebab Utama Gigi Anak Rosak
Kebaikan Anak-Anak Suka Bermain Puzzle
Promosi Istimewa di TikTok
Sempena pelancaran ini, Huggies turut menawarkan Huggies Payday Sale:
- 24–26 Jun 2025
- Baucar diskaun RM100 dengan pembelian minimum RM330
- Tebus di Kedai Rasmi Huggies di TikTok
- Tawaran ini terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat
Di Mana Nak Dapatkan?
Lampin Huggies AirSoft Pants baharu kini boleh didapati di:
-
Pasar raya besar dan utama
-
Platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop
Take It Breezy, Baby
Dengan rekaan baharu yang lebih lembut dan bernafas, Huggies AirSoft Pants membantu menjadikan rutin keibubapaan lebih mudah supaya ibu bapa boleh fokus menikmati momen indah bersama si manja.
Untuk Maklumat Lanjut
Laman Web Rasmi Huggies
Facebook Huggies Malaysia
Instagram Huggies Malaysia
TikTok Huggies Malaysia
Nota Rujukan:
* Berdasarkan ujian makmal dalaman, berbanding Huggies® AirSoft Pants sebelumnya.
* Kelembutan berbanding bahan penutup luar Huggies® AirSoft Pants sebelumnya.