Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
ibu mengandung

Ibu Mengandung Sila Ambil Tahu 15 Makanan Super!

Posted on 10/24/201610/31/2016 by 123mamanet

ibu mengandungBermula saat pertama disahkan hamil, pemakanan ibu mengandung perlu diberi perhatian agar bakal ibu sentiasa sihat dan sangat penting untuk perkembangan janin yang sihat, cerdas dan sempurna sehingga dia dilahirkan.

Isi Kandungan hide
1 Berikut 15 makanan super untuk ibu mengandung;

 

 

Trimester pertama kehamilan adalah sangat genting. Ada ibu mengandung yang mengalami alahan teruk sehingga hilang selera makan, lemah dan lesu. Bagaimanapun, ada ibu yang bertuah apabila selera makan tidak berubah malah bertambah! Ketahui juga tentang cara penyediaan makanan yang sihat.

 

Jadi, pemilihan makanan untuk tiga bulan pertama ini sangat penting. Pastikan ia lengkap dengan asid folat, protein, vitamin dan mineral.

 

Untuk trimester kedua pula, ibu mengandung memerlukan 300 kalori tambahan dalam diet seharian.

Berikut 15 makanan super untuk ibu mengandung;

  1. ibu mengandungKurma

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

“Berilah makanan kurma kepada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anak menjadi seorang yang tabah dan bertakwa”

 

 

 

  1. ibu mengandungKekacang

Kacang kuda, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya mengandungi serat yang bagus, protein, zat besi, kalsium, zink dan folat.Antara hidangan yang boleh disediakan menggunakan bahan ini ialah sup, salad, pasta, sandwich dan sebagainya.

 

 

 

  1. ibu mengandungDaging

Daging kaya dengan protein, vitamin b7,B12, niacin, zink, dan zat besi. Ia juga mengandungi cholinem yang sangat bagus untuk pertumbuhan otak bayi.

 

 

 

  1. Buah beri

Sedapnya buah yang kaya dengan karbohidrat, vitamin C, potassium, folat dan serat ini. Sementara kandungan  phytonutrients berupaya menghalang kerosakan sel dalam badan. Jadi, anda boleh makan beri bersama bijirin, smoothies bersama yogurt atau susu, penkek dan salad atau bersama pemanis mulut yang lain.

 

  1. ibu mengandungBrokoli

Sayur ini tinggi folat, serat, kalsium, lutein, zeaxanthin, keratin yang bagus untuk penglihatan, potassium yang berupaya mengimbangi tekanan darah.

 

 

 

 

 

 

  1. ibu mengandungKeju

Keju melengkapkan keperluan kalsium, fosforus dan magnesium untuk tulang anda dan bayi. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin B12 dan protein.

 

 

 

 

  1. ibu mengandungTelur

Telur antara makanan yang tinggi protein kerana ia mengandungi asid amino yang sangat penting untuk perkembangan bayi. Ia juga kaya pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti choline, lutein, dan zeaxanthin. Ada sesetengah jenis jenama telur menambah omega-3 yang penting lihatan bayi.

 

 

 

  1. ibu mengandungSusu

Walaupun sebelum ini, ibu mengandung kurang gemar minum susu tapi ketika hamil, anda perlu minum kerana ia sumber penting untuk kalsium, fosfurus dan vitamin D untuk perkembangan tulang bayi selain kaya dengan protein, vitamin A dan B.

 

  1. Aprikot kering

Pengambilan apricot kering setiap hari mampu membekalkan 10 % keperluan zat besi untuk ibu mengandung. Ia juga kaya asid folik, potassium, kalsium dan magnesium. Ia juga bagus untuk sistem pencernaan sekaligus mengelakkan sembelit.

 

  1. Karbohidrat

Pastikan ibu mengandung makan empat hingga enam hidangan sehari makanan yang mempunyai karbohidrat seperti nasi, roti dan pasta . Ini penting untuk membekalkan tenaga yang mencukupi.

 

  1. ibu mengandungBijirin

Pilih bijirin yang kaya dengan vitamin dan folik asid yang sangat penting untuk perkembangan janin. Semangkuk bijirin yang diambil bersama susu mampu membekalkan sehingga 100mcg asid folik.

 

 

  1. Pisang

Kaya dengan potassium, pisang dikatakan bagus untuk mengurangkan lebihan air dalam badan seterusnya mengimbangi keperluan air dalam badan. Selain itu, p pisang turut mengandungi tryptophan yang dapat membantu anda tidur lebih lena selain menjadi sumber tenaga.

 

  1. ibu mengandungMakanan tenusu

Sumber terbaik untuk kalsium bagi membina dan menguatkan tulang bayi serta baik untuk ibu mengandung juga. Ambil tiga hidangan sehari dan pastikan ia rendah lemak!

 

 

 

  1. ibu mengandungBuah dan sayur

Pemakanan ibu mengandung tidak lengkap tanpa pengambilan sayur dan buah dalam menu seharian. Makan lima hidangan setiap hari bagi mendapatkan vitamoin dan mineral yang cukup untuk anda dan bayi. Buah dan sayur mempunyai banyak kandungan serat yang membantu menigkatkan metabolisme dan kekebalan badan.

 

 

 

 

15. ibu mengandung

Makanan laut

Pembentukan otak janin bermula sejak awal kehamilan. Oleh itu ibu disarankan makan banyak makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi proetin bagi membantu pembentukan otak janin seperti ikan, udang, sotong.

 

Kesimpulannya,pemakanan ibu mengandung antara aspek utama yang perlu diketahui oleh setiap bakal ibu. Ini penting untuk kesihatan anda dan perkembangan bayi dalam kandungan.

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025
  • AEON Wellness Real Beauty Fair 2025

Recent Posts

  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme