Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
jamuan raya mbsa 2017

JAMUAN RAYA MBSA 2017 ERATKAN HUBUNGAN DENGAN STAKEHOLDERS

Posted on 07/12/201710/03/2020 by 123mamanet

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) TELAH MENGADAKAN JAMUAN RAYA MBSA 2017 BARU-BARU INI. ANTARA TUJUAN UTAMA IALAH UNTUK MEMPERKASAKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM  DI ANTARA PIHAK MBSA DAN STAKEHOLDERS.

Isi Kandungan hide
1 JAMUAN RAYA MBSA 2017 TAMPILKAN 17 GERAI MAKANAN

 

Stakeholders atau pihak yang berkepentingan ini terdiri daripada pimpinan kerajaan negeri,  agensi/jabatan negeri dan persekutuan,  anak syarikat kerajaan negeri,  pemaju,  perunding,  sektor koprorat dan majlis perwakilan penduduk (MPP) shah alam.

 

Pada tahun ini,  MBSA mengamalkan konsep tradisional dan pada masa yang sama masih mengekalkan konsep hijau (Go Green) dengan menerapkan unsur-unsur mesra alam dan menitik beratkan penggunaan bahan-bahan mesra alam serta amalan kitar semula.

jamuan raya mbsa 2017

Konsep hijau ini merangkumi penyediaan juadah,  hiasan gerai dan pengurusan sampah.  Antara amalan kitar semula yang diterapkan pada jamuan tersebut adalah penggunaan peralatan makan mesra alam dan  penyediaan tong-tong kitar semula untuk digunakan oleh para tetamu dan pengendalian jamuan.

jamuan raya mbsa 2017

Konsep yang diamalkan ini merupakan komitmen berterusan MBSA dalam mendidik warga kerja MBSA dan para pengunjung mengamalkan inisiatif hijau dengan memberi contoh yang baik dan memulakannya dari awal seperti kediaman masing-masing atau di tempat kerja.

jamuan raya mbsa 2017

 

JAMUAN RAYA MBSA 2017 TAMPILKAN 17 GERAI MAKANAN

 

Terdapat 17 buah gerai yang diuruskan oleh kakitangan dan Jabatan/Bahagian/Pejabat Cawangan MBSA  menghidangkan pelbagai juadah makanan dan minuman tempatan kepada para tetamu. Antara hidangan yang menjadi tarikan pada jamuan tersebut adalah sate, ayam golek, lemang, rendang, mee kari, kuih muih tradisional, lontong, roti jaya kuah kari, aneka gorengan, nasi hujan panas, buah-buahan tempatan, cendol/air batu campur dan sebagainya.

jamuan raya mbsa 2017

Antara acara sampingan yang diadakan pada majlis tersebut adalah penyerahan sumbangan raya kepada Ma’ahad Tahfiz Darul Pekima dan Pusat Tarbiah & Anak Yatim, Seksyen U12, Shah Alam sebanyak RM2,000 dan duit raya kepada 30 orang tahfiz dari pertubuhan tersebut.

jamuan raya mbsa 2017

 

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor; YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam; ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Turut serta pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan, kakitangan MBSA serta penduduk sekitar.

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
  • Nak Tahu Banyak Lagi Aktiviti MBSA?
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme