Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tempat menarik di pulau pangkor

Jom Jelajah Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Posted on 11/16/201611/16/2016 by 123mamanet

tempat menarik di Pulau PangkorBulan Disember hampir tiba. Bermakna cuti persekolahan pun sudah bermula dan ia turut memberikan kita yang sentiasa bergelut dengan dunia pekerjaan ataupun anak-anak di rumah untuk melepaskan penat seketika dengan menikmati percutian akhir tahun. Tak tahu hendak ke mana? Jom kita jelajah beberapa tempat menarik di Pulau Pangkor.

Isi Kandungan hide
1 Apa Perlu Jelajah Tempat Menarik di Pulau Pangkor?

 

Bagi yang belum pernah sampai ke Pulau Pangkor, tentunya ingin tahu lokasi sebenarnya. Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di dalam negeri Perak.Bandar yang paling hampir dengannya adalah Lumut dan jika kita ingin melawat ke tempat menarik di Pulau Pangkor ini kita perlu menaiki feri dari Jeti Lumut yang memakan masa lebih kurang dalam 35 minit.

 

 

Bagi yang punya bajet lebih, boleh jer menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur dan terus ke Lapangan Terbang Pangkor, Teluk Dalam. Ketahui juga 5 Jenis Tunung Pashmina yang Mudah Digayakan.

 

Apa Perlu Jelajah Tempat Menarik di Pulau Pangkor?

Walaupun keluasan Pulau Pangkor kecil sahaja, namun pantai-pantai yang terdapat di sini sangat cantik.Pasir yang memutih dan  air jernih mencipta kesan semulajadi dan unik yang tersendiri.Betapa indahnya syurga ciptaan Tuhan dan ianya benar-benar memukau pandangan mata.

 

Pantai Teluk Nipah

tempat menarik di Pulau Pangkor

Cantik juga Pantai Teluk Nipah ini dan memang terbaik untuk menenangkan fikiran. Sambil-sambil tu boleh menyaksikan anak-anak kecil seronok mandi-manda dan bermain pasir di persisiran pantai tersebut.

 

Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di Pantai Teluk Nipah ini. Selain menyaksikan keindahan sunset pada sebelah petang, kita boleh melakukan aktiviti snorkeling di sekitar pulau kecil seperti di Pulau Giam atau  Pulau Coral.

 

Sepanjang perjalanan di dalam bot tersebut  kita juga berpeluang melihat pelbagai tarikan unik – batu-batu yang terkena hakisan dan membentuk binatang seperti penyu dan buaya.Terpegun sejenak dengan keindahan ciptaan Tuhan!

 

Bagi yang sukakan aktiviti air, sudah pasti tidak lepaskan peluang untuk berkayak, menaiki banana boat, bermain jet ski dan juga fishing trip. Di samping itu jug a ada banyak pakej pelawat pulau dan private tour yang ditawarkan di sini, dan kenalah bijak memilihnya. Kalau bernasib baik dapatlah servis yang tip top!

 

tempat menarik di Pulau Pangkor

Apa yang best lagi kat Teluk Nipah ini selain terdapat banyak hotel, rumah tumpangan dan juga chalet bajet, tentulah bab makan-makan. Ada banyak pilihan gerai seafood dan ikan bakar. Kebanyakan  gerai-gerainya bahagian belakangnya menghadap laut. Memang syok sangatlah menikmati hidangan dengan tiupan angin yang cukup nyaman dan mendamaikan.

 

Waktu malam di Teluk Nipah memang meriah, ada banyak lorong dan deretan kedai ala-ala macam pasar malam. Pelbagai gerai makanan, pakaian dan cenderamata terjual di sini.

 

 

Pantai Pasir Bogak

Pemandangan di Pantai Pasir Bogak juga tidak kurang cantiknya. Di sini juga kita boleh melakukan aktiviti air seperti bermain jet ski, parasailing, berkayak, banana boat dan lain-lain lagi.

 

Nak sewa van, kereta, motor atau skuter pun boleh untuk jalan-jalan. Tak payah nak booking sebab ada sahaja yang sudah sedia offer di jeti tu. Kalau malas, sewa teksi pun boleh.

 

Selain itu, di persekitaran Sea View Resort kita boleh melihat burung-burung Enggang yang sangat unik ini. Biasanya sekitar jam 5.30-6.30 petang, kita akan dapat melihat burung-burung Enggang sedang diberi makanan. Sungguh menghiburkan!

 

 

Kota Belanda

tempat menarik di Pulau Pangkor

Bagi yang menyukai sejarah lama, jangan lepaskan peluang utuk melihat keajaiban  sejarah Kota Belanda  yang pernah dibangunkan oleh Belanda sekitar tahun 1670 ini.

 

Kota Belanda telah dibina oleh Belanda sebagai tempat atau gedung untuk menyimpan biji timah yang terdapat di negeri Perak.

 

 

Batu Bersurat

tempat menarik di Pulau PangkorJika sudah sampai ke Kota Belanda, rugilah jika kita tidak singgah melawat ke Tiger Rock yang juga dikenali sebagai Batu Bersurat.

 

Batu Bersurat ini terletak di Kampung Teluk Gadong, memakan masa lebih kurang 20 minit dari Jeti Pulau Pangkor. Kedudukannya berhampiran dengan kawasan rumah-rumah nelayan di tepi pantai dan berhadapan dengan Kota Belanda.

 

Lakaran ukiran di permukaan Batu Bersurat berbentuk seekor harimau yang sedang menumpaskan sesuatu.Batu-batu yang terpahat dengan huruf-huruf tulisan kuno bakal memukau pandangan kita.

 

 

Berbulan Madu di Pangkor Laut

tempat menarik di pulau pangkorBagi pasangan yang baru berkahwin dan mahu berbulan madu, Pangkor Laut adalah destinasi bulan madu yang tidak kurang hebatnya.

 

Terdapat banyak chalet-chalet mewah serta kemudahan lain di sini seperti mandi sauna, spa, jakuzi dan restoran mewah yang dapat menambah suasana romantik buat pasangan bulan madu. Jadi, kalau nak rasa percutian di tempat peranginan kecil mewah, tak ada salahnya jika kita bercuti ke Pangkor Laut.
Selain itu, pantai-pantai yang terdapat di sini juga sesuai untuk aktiviti belayar, mandi-manda, berjemur atau bercanda di tepian pantai. Untuk ke Pangkor Laut kita boleh menaiki bot laju dari Jeti Marina yang memakan masa lebih kurang dalam 20-30 minit.

 

Antara aktiviti menarik di Pangkor Laut yang paling disukai oleh ramai pelancong ialah snorkeling. Suasana pemandangan persekitaran yang menarik, hidupan laut yang eksotik dan unik cukup menawan membuatkan suasana snorkeling menjadi lebih menyeronokkan.

 

Cuti-cuti Malaysia ke tempat menarik di Pulau Pangkor  pastinya akan menyimpan banyak kenangan indah. Jadi, tidak hairanlah destinasi ini sering menjadi tempat kegemaran para pelancong dari seluruh dunia untuk bercuti. Bagi yang nak shopping makanan laut, wajib datang ke Pulau Pangkor!

Sumber foto: Internet

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme