Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

Jeragat Di Muka Jadi Trend Mekap

Posted on 06/23/202308/28/2023 by 123mamanet

Jeragat Di Muka | Muka kita banyak bintik-bintik coklat gelap atau jeragat di muka. Disebabkan masalah tersebut kulit muka kita kelihatan tidak cantik dan nampak comot serta kotor!

Isi Kandungan hide
1 Jeragat Masalah Kulit Yang Paling Wanita Tak Suka!
1.1 PerkaraPenting Tentang Jeragat Di Muka Yang Perlu Diketahui
1.1.1 BEBERAPA CONTOH MEKAP FRECKLE YANG CANTIK DAN BOLEH DICUBA JIKA BERANI! SUDAH PASTI MUKA KITA NAMPAK LEBIH EKSOTIK GITU! JOM KITA TENGOK RAINBOW FRECKLES TUTORIAL

Jeragat Masalah Kulit Yang Paling Wanita Tak Suka!

Jeragat di muka merupakan satu dari masalah kulit yang sering dialami oleh mereka yang banyak terdedah kepada sinar UV. Ia merupakan di antara 10 masalah kulit yang sering dihadapi oleh kaum wanita di antara umur 20 hingga 50 tahun.

Tentu ada di antara kita yang sering berasa rendah diri kerana muka kita nampak comot dan tidak selicin wanita-wanita lain. Sungguhpun begitu, kini kita tak perlu risau lagi, sebab sekarang ni jeragat ia telah menjadi inspirasi gaya mekap yang paling ‘hot’ untuk diterapkan.

  • Ketahui 5 petua hilangkan jeragat.

jeragat di muka

PerkaraPenting Tentang Jeragat Di Muka Yang Perlu Diketahui

1. Muka Seleberiti Pun Ada!

Selebriti Emma Watson, Emma Stone juga mempunyai jeragat di muka. Di sebabkan itulah penampilan kedua-dua Emma ini dikatakan semakin cantik dan menarik.

2. Sering Terdedah Cahaya Matahari 
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap melanocytes. Ia juga boleh disebabkan oleh peningkatan kadar melanin dalam melanocytes sehingga muncul pada kulit sejak kecil. Sebab itu, mekap menjadi industri yang maju khususnya di negara 4 musim kerana pancaran sinar UV-nya lebih kuat.

3. Faktor Genetik
Jeragat merupakan faktor keturunan. Jadi, bintik-bintik di muka ini muncul kerana adanya kecenderungan genetik ataupun keturunan.

4. Perubahan Hormon
Wanita mengandung sering mendapat jeragat. Apabila ia muncul di kalangan wanita mengandung, ia dipanggil chloasma. Pengambilan pil perancang dan ubat hormon juga boleh menjadi puncanya.

jeragat di muka

5. Produk Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat mekap yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi masalah ini.

6. Cegah Sebelum Parah!
Gunakan sunscreen setiap hari sebelum melakukan aktiviti di luar. Terdapat kajian menyatakan, kulit yang terdedah atau terkena sinaran cahaya matahari secara langsung boleh membuatkan jeragat di muka jadi bertambah banyak.

Baca Juga: 4 Petua Hilangkan Jeragat

jeragat di muka

7. Gunakan Mekap Untuk Tutup Cela 
Cara paling mudah untuk menutupinya sejak zaman berzaman ialah dengan menggunakan mekap seperti bedak asas (foundation) dan concealer.

jeragat di muka

BERITA ANEH: JERAGAT JADI TREND MEKAP TERKINI
Jeragat kini menjadi trend mekap di kalangan para beauty blogger. Bahkan trend mekap terbaru yang diberi nama ‘freckles’ ini cukup meletop di Korea Selatan. Jadi, jangan rasa rendah diri sekiranya kita mempunyai banyak jeragat di muka.

trend mekap

trend mekap

 

BEBERAPA CONTOH MEKAP FRECKLE YANG CANTIK DAN BOLEH DICUBA JIKA BERANI! SUDAH PASTI MUKA KITA NAMPAK LEBIH EKSOTIK GITU! JOM KITA TENGOK RAINBOW FRECKLES TUTORIAL

[kad_youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=Ob3gG-cDTzU” ]

Jeragat palsu dibuat dengan menggunakan pensil eyeliner atau pensil kening. Apa yang menariknya ia kini di muka palsu ini dihias dengan pelbagai warna yang dipanggil sebagai ‘rainbow freckles’.

Jika tertarik untuk mencuba trend mekap yang unik ini, bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik dengan warna-warna yang berbeza kita boleh mengunakan eyeliner berwarna. Titik-titikkan secara merebak di kawasan yang biasa terdapat jeragat tersebut.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme