Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
karnival

Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20

Posted on 12/02/202312/02/2023 by 123mamanet

 Little Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB) merayakan kejayaan dua dekad sebagai peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® di Astaka Taman Tasik Titiwangsa.

Isi Kandungan hide
1 Pencapaian Selama 20 Tahun
2 Sesi Perasmian Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®
3 30 Reruai (Booth) Menarik
4 Persembahan Istimewa
5 Maskot Amir dan Amirah
5.1 Serba Sedikit Tentang Little Caliphs International Sdn. Bhd

karnival

Pencapaian Selama 20 Tahun

Karnival ini menjadi penghormatan terhadap pencapaian mereka selama 20 tahun, membawa bersama komitmen yang kukuh dalam melahirkan generasi prasekolah yang cemerlang melalui modul The Little Caliphs® Program (TLCP).

karnival

Sesi Perasmian Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®

Kemeriahan karnival ini dimulakan dengan sesi perasmian oleh YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor. Turut hadir dalam acara ini adalah Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB, dan Datin Dr. Hjh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB.

karnival

30 Reruai (Booth) Menarik

Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® menawarkan lebih daripada 30 reruai  menarik, termasuk karnival makanan, pameran dan pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan. Antara tarikan utama adalah inflatable castle, face painting, Jenga gergasi dan cabutan bertuah yang cukupmemukau hati kanak-kanak dan keluarga.

Pengunjung juga berpeluang menyusuri perjalanan 20 tahun LCISB melalui history timeline wall yang dipamerkan, mencerminkan perjalanan menakjubkan mereka dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Aniq Muhai

Persembahan Istimewa

Keseronokan dan ilmu tidak terhenti di situ. Acara di pentas utama turut memukau dengan persembahan istimewa oleh Aniq Muhai bersama kanak-kanak dari tadika Little Caliphs. Datin Hajjah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial, memberikan Parenting Talk yang memberi wawasan berharga kepada ibu bapa.

Datuk Haji Roslan bin Nordin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB, berkongsi kegembiraan, “Alhamdulillah, sepanjang tempoh 20 tahun ini, LCISB telah berkembang pesat dengan hampir 500 buah rangkaian tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia, menerima lebih daripada 40,000 pelajar keseluruhannya.”

Baca Juga:

Program Little Hajj 2023

maskot Amir dan Amirah

Maskot Amir dan Amirah

Karnival ini turut menyajikan penampilan istimewa maskot Amir dan Amirah, menambahkan lagi keceriaan dalam suasana sambutan. Kejayaan LCISB dalam membangunkan modul TLCP yang holistik dan inovatif membuktikan komitmen mereka dalam mencorak masa depan generasi muda.

Serba Sedikit Tentang Little Caliphs International Sdn. Bhd

Little Caliphs International Sdn. Bhd (LCISB) didaftarkan di Shah Alam, Selangor pada 6 Januari 2010. Mereka memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak dan program perniagaan lesen, penyelidikan akademik, latihan, perundingan, penerbitan, perdagangan, dan pemasaran produk berkaitan prasekolah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://littlecaliphs.com.my/

Melalui Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®, mereka tidak hanya merayakan 20 tahun kejayaan sahaja. Sebaliknya mengekalkan tekad mereka untuk menyumbang kepada perkembangan holistik kanak-kanak prasekolah di Malaysia dan sekitarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme