Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Program Little Hajj

Program Little Hajj 2023, 6500 Pelajar Tadika Bakal “Naik Haji”

Posted on 05/27/202305/27/2023 by 123mamanet
Program Little Hajj 2023

Baru-baru ini bertempat di Masjid An Nur Temasya Glenmarie Shah Alam telah berlangsung satu majlis Pra Pelancaran Program Little Hajj 2023, anjuran The Little Caliphs Islamic Kindergarten. 

Isi Kandungan hide
1 Mega Pelancaran Program Little Hajj 2023

Majlis pra pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Haji Roslan bin Nordin , selaku Ketua Pegawai Eksekutif  The Little Caliphs Islamic Kindergarten. Antara objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan awal kepada tenaga pengajar Little Caliphs yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai mutawwif nanti. 

Program Little Hajj 2023

Mega Pelancaran Program Little Hajj 2023

Mega pelancaran Program Simulasi Haji Cilik atau Little Hajj 2023, berlangsung pada 8 Jun,2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) nanti bakal menyaksikan 6500 pelajar tahun enam tadika Little Caliphs bersama 700 guru-guru mereka, selaku mutawwif  dalam melaksanakan Rukun Haji. Ia melibatkan semua tadika Little Caliphs di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Kemudian barulah diikuti oleh semua cawangan tadika Little Caliphs di negeri-negeri lain sebelum menjelang Hari Raya Haji 2023. Program Little Hajj 2023 telah masuki tahun ke-7 penganjurannya dan amat dinanti-nantikan oleh para ibu bapa yang mana ia adalah pendedahan awal  kepada kanak-kanak yang bakal ‘naik haji’ ini tentang menunaikan rukun Islam yang ke-lima.

Artikel Lain: 5 Cara Berfikiran Positif

Ianya mengetengahkan gambaran praktikal yang jelas dengan membawa pendekatan “Project Based Learning”.Dalam simulasi tersebut, pelajar cilik ini bukan sahaja tengok dan dengar. Sebaliknya, melakukan dan melaluinya sendiri tata cara perlaksanaan ibadah haji yang akan ditunaikan biarpun hanya simulasi dengan replika Kaabah.

Artikel Lain: Ubah Gaya Bercakap & Amalan Islami Lembutkan Hati Anak 

Melalui pembelajaran kognitif ini mereka turut diberikan pendedahan pendidikan geografi, misalnya di mana lokasi utama ibadah haji iaitu Mekah, yang menjadi tempat pembuka dan penutup haji. Begitu juga dengan jumlah batu yang perlu dilontar ketika jamrah dan tawaf tujuh pusingan, yang mana ia berkaitrapat pengiraan bilangan nombor dalam kaedah metamatik. Pengajaran ilmu-ilmu Islam seperti ilmu akidah, ibadah,adab perjalanan, sirah Nabi, hafazan serta doa-doa turut diterapkan. 

Dalam simulasi itu nanti, para peserta ‘Haji Cilik’ ini akan melalui beberapa ‘check point’ yang pastinya cukup menyeronokkan. Antaranya  wukuf di Arafah, melontar jamrah, bertahallul, saie dan tawaf. 

Proses pembelajaran dan pengalaman tentang perjalanan ibadah haji serta penerapan nilai agama sebegini dapat memberikan impak positif terhadap kehidupan anak-anak dalam ketaatan pada perintah Allah serta mengukuhkan keimanan mereka yang sedang membesar.

2 thoughts on “Program Little Hajj 2023, 6500 Pelajar Tadika Bakal “Naik Haji””

  1. Pingback: Llittle Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20 - 123mamanet
  2. Pingback: Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme