Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
ubah gaya bercakap

Ubah Gaya Bercakap & Amalan Islami Atasi Anak Nakal

Posted on 11/03/201612/02/2022 by 123mamanet

ubah gaya bercakapSeperti yang dijanjikan semalam, ini adalah artikel sambungan daripada artikel Cara Mengatasi Anak Nakal. Tahukah anda bahawa dengan ubah gaya bercakap, anda mungkin dapat mengelak anak menjadi nakal.

Isi Kandungan hide
1 Ubah Gaya Bercakap & Amalan Islami Lembutkan Hati Anak

 

Dalam artikel yang lepas kita sudah tahu tentang dua bahasa salah punca anak nakal iaitu bahasa menyindir dan bahasa dusta. Seterusnya ketahui dua lagi bahasa yang tidak sepatutnya digunakan apabila bercakap dengan anak-anak.  Cuba ubah gaya bercakap.

 

  1. Bahasa menempelak – seolah-olah memancing emosi anak dan mereka tidak akan dapat meneka maksud sebenar anda.

Jadi untuk membetulkan perkara yang salah, anda sebaik-baiknya beritahu kesilapan yang dilakukannya. Jelaskan kesan buruk perbuatannya dan apa yang baik jika dia tidak mengulanginya lagi.

Contoh :
“Haaa..puas lah hati! Kamu suka kan bila cikgu panggil mama pergi sekolah ceritakan perangai tak elok kamu tu. Lain kali buatlah lagi.”

4. Bahasa perbandingan – Bahasa sebegini boleh melukakan perasaan si anak dan menjadikan dia kurang keyakinan diri,merasa diri tidak disayangi dan anda dikatakan pilih kasih. Ingat setiap anak punya kelebihan dan kekurangan dan elakkan membandingkan dia dengan orang lain termasuk adik beradiknya sendiri.

Apabila perasaan terluka ini terpendam dalam diri, ia akan terbawa-bawa hingga ke alam remaja dan dewasa. Tidak mustahil dia boleh jadi anak yang nakal untuk menarik perhatian dan kasih sayang ibu dan bapanya.

Sebaliknya, beri galakan dan dorongan untuk dia tampil lebih baik dan jangan lokek beri pujian kepada anak.

Contoh :
“Kamu ni tak boleh ke rajin sikit macam kakak tu? Ni tak, asyik tengok tv jer. Patutlah periksa asyik dapat nombor banyak.”

 

Ubah Gaya Bercakap & Amalan Islami Lembutkan Hati Anak 

  1. Zikir Ya Latiffu Ya Kahfi

-Ya Latiff maksudnya Yang Maha Lemah Lembut/ Halus salah satu dari Nama Allah (asma’ul husna). Ia merupakan zikir pelembut hati (termasuk melembutkan hati diri sendiri ) dan sangat bagus diamalkan bagi membentuk peribadi anak-anak dan menangani masalah kedegilan dan panas baran anak.

Caranya; mulakan dengan bersalawat ke atas nabi Muhammad s.a.w diikuti surah Al fatihah, Surah Taha ayat 1-5, dan hembus dam sentuh ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa:

“Ya Allah, lembutkan hati anakku…(sebut nama) sebagaimana Kau lembutkan Nabi Daud akan besi dan………(sebutkan harapan anda pada si anak) sambil berzikir Ya Latif di dalam hati.

Zikir Al Latif juga boleh diamalkan setiap hari semasa menidurkan anak dan memasak untuk keluarga. Anda juga digalakkan berzikir ketika anak bangun dari tidur, peluk dan usap kepala anak serta niatkan dalam hati.

 

2. Elak pukul anak kerana ini akan menyebabkan mereka bertambah nakal. Kalau perlu juga memukul, bukan dalam waktu marah. Lakukan dengan niat mengajar dan lembut.

 

3. Latih anak solat sejak mereka berusia 7 tahun dan pukul mereka kalau enggan apabila usia sudah 10 tahun.

 

4.ubah gaya bercakap

Berikan kasih sayang sama rata kepada anak-anak, selalu peluk mereka dan kajian mendapati anak yang kerap dipeluk mempunyai daya intelek yang tinggi.

 

5. Beri pujian untuk setiap kebaikan yang anak lakukan dan beri ganjaran andai mereka mencapai kejayaan,

 

6. Beri peluang kepada anak untuk bercakap walaupun ketika itu anda sibuk melakukan kerja yang lain.

 

7. Terima kesalahan yang anak-anak lakukan sambil memberi nasihat yang baik. Anak-anak akan mempelajari sesuatu dalam setiap perkara yang mereka lakukan dan ini sebahagian daripada proses perkembangan mereka.

8. Tingkatkan kesabaran dan banyakkan berdoa untuk atasi anak nakal. Dekati anak sebagai rakan baik mereka. Tanya apa masalah yang mereka hadapi dan beri pandangan dan nasihat yang baik. Cara ini akan beri ruang untuk anda berfikir yang lebih baik.

Semoga artikel ubah cara bercakap ini bermanfaat kepada anda semua.

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme