Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kebahagiaan rumah tangga

Kebahagiaan Rumah Tangga Musnah. Ini 7 Puncanya!

Posted on 12/28/201609/15/2023 by 123mamanet

Kebahagiaan rumah tangga boleh hancur jika kita tidak mengambil berat terhadap pasangan. Tak kiralah seberapa kuat cinta anda dan pasangan atau seberapa besarpun komitmen kalian berdua, tetap ada beberapa perkara yang akan merosakkannya. Sekelip mata kebahagiaan rumah tangga boleh hilang meskipun sudah bertahun terbina!

Isi Kandungan hide
1 Saling Menyayangi dan Mencintai
2 Punca Kebahagiaan Rumah Tangga Jadi Rosak
2.1 Dingin Seks
2.2 Masalah Kewangan
2.3 Ego
2.4 Suka Membanding-Bandingkan
2.5 Ada Rahsia Tersembunyi
2.6 Mula Bosan
2.7 7. Terlalu Asyik Dengan Gajet

kebahagiaan rumah tangga

Saling Menyayangi dan Mencintai

Tak kira perkahwinan yang terbina sudah bertahun lama ataupun masih setahun jagung, kita dituntut untuk bertanggungjawab terhadap pasangan untuk saling menyayangi dan mencintai sehinggalah maut yang memisahkan.

Tidak dinafikan juga dalam sebuah ikatan perkahwinan, ujian dan dugaan akan datang menghampiri. Namun, alangkah baiknya jika kita dapat menghindari atau mencegahnya supaya kebahagiaan rumah tangga kita akan kekal selamanya.

 

kebahagiaan rumah tangga

Punca Kebahagiaan Rumah Tangga Jadi Rosak

Berikut beberapa perkara yang mungkin nampak simple dan tidak ada efeknya, namun jika dibiarkan ia boleh meledak dan merosakkan kebahagiaan rumah tangga yang terbina.

  1. Dingin Seks

Kekurangan hubungan seksual yang berkualiti  lama kelamaan  boleh merosakkan kebahagiaan rumah tangga. Kehidupan seks yang tidak sempurna atau ketidakpuasan boleh menghancurkan kebahagiaan dalam hidup pasangan suami isteri.

Kehidupan seks yang membahagiakan dapat mencerminkan kehidupan rumah tangga yang bahagia. Ini adalah kerana dalam perkahwinan, hubungan emosional dan fizikal adalah perkara yang sama-sama penting.

  1. Masalah Kewangan

Kedudukan kewangan yang tidak stabil dan krisis kewangan yang membelit sebuah perkahwinan boleh menyebabkan rumahtangga menjadi goyah.

Ketika masalah kewangan menjadi topik utama perbualan, anda perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang percakapan. Ini adalah kerana perkara tersebut boleh membawa pada perdebatan.

Adalah lebih baik jika masalah kewangan dibincangkan secara terus terang dari hati ke hati dalam keadaan yang tenang, bukannya tegang!

Baca Juga: Rahsia Disayangi Suami

  1. Ego

Sikap ego bukan sahaja merosakkan kebahagian rumah tangga, bahkan juga untuk sebuah persahabatan.

Setiap pasangan perlu saling menghargai di antara satu sama lain. Menghilangkan ego adalah satu-satunya jalan  satu-satunya jalan supaya hubungan yang terbina berjalan lancar.

  1. Suka Membanding-Bandingkan

Suka membandingkan hidup anda dengan orang lain tidak akan membantu anda menjalani kehidupan yang bahagia dalam perkahwinan.

Jika anda, mahupun suami terus membicarakan tentang lelaki atau wanita lain yang lebih baik, tidak mustahil kebahagiaan rumah tangga kalian berdua bakal menuju kehancuran.

  1. Ada Rahsia Tersembunyi

Ada beberapa rahsia yang semangnya elok disembunyikan demi kebaikan sebuah perkahwinan.

Namun, kenali dan hadkan rahsia tersebut. Jangan sesekali sembunyikan perkara-perkara yang boleh membuatkan rumah tangga yang erbina menjadi hancur lebur.

Lagipun kepercayaan yang ada di dalam sebuah perkahwinan diperlukan oleh kedua belah pihak, sama ada suami atau isteri. Apabila salah satu pihak yang merosakan kepercayaan, hubungan yang terbina pasti akan retak.

  1. Mula Bosan

Kebosanan juga boleh menjadi faktor yang mengundang pada kecurangan. Adakalanya salah satu pasangan akan merasakan pasangannya mengalami perubahan sikap.

Perasaan bosan atau penat antara pasangan, lambat laun akan terjadi. Namun, semuanya bergantung pada pasangan itu sendiri bagaimana mengatasi kebosanan tersebut.

Carilah solusi terbaik, pupuklah kembali kehangatan perkahwinan anda dengan saling mengisi, mencintai, menghormati serta menghargai.

Baca Juga: Krim Muka Untuk Jeragat

 

7. Terlalu Asyik Dengan Gajet

Inilah impak negatif dari teknologi masa kini. Malahan, kuasa gajet kini telah menjauhkan yang dekat dan mendekatkan yang jauh!

Anda perlu menyedarinya, jika tidak ingin kebahagiaan rumah tangga anda musnah. Apatah lagi, jika anda mengabaikan tugas anda dan pasangan anda. Jangan disebabkan anda terlalu leka dengan gajet sehingga anda terlupa untuk memeluk dan mencium pasangan anda. Ingat tau!!

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme