Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kebaikan berhenti merokok

Kebaikan Berhenti Merokok Demi Kebahagiaan Anda

Posted on 07/30/201607/30/2016 by 123mamanet
kebaikan berhenti merokok
Foto: Factorhumanoformacion

TENTU ramai yang dah tahu, merokok boleh membahayakan hampir semua organ tubuh dan menimbulkan pelbagai penyakit. Banyak kebaikan berhenti merokok boleh dirasakan secara langsung mahupun dalam jangka panjang.

Isi Kandungan hide
1 Jika anda memerlukan motivasi untuk berhenti merokok, berikut beberapa kebaikan berhenti merokok yang boleh anda nikmati:

 

 

Jika anda memerlukan motivasi untuk berhenti merokok, berikut beberapa kebaikan berhenti merokok yang boleh anda nikmati:

 

 

  1. Panjang Umur

    kebaikan berhenti merokok
    Foto: Forbes

Memanglah ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu ditangan Tuhan, namun hidup yang lebih lama boleh diperoleh dan memberikan anda lebih banyak kesempatan untuk bersama keluarga serta insan-insan disayangi dengan keadaan kesihatan  yang baik dan kebahagiaan yang dimiliki.

 

Sebahagian perokok meninggal dunia akibat penyakit yang saling berkait dengan kebiasaan merokok iaitu jantung, kanser paru-paru, penyakit buah pinggang dan bronchitis.

 

Lelaki yang berhenti merokok pada usia 30 tahun, dikatakan berpeluang untuk hidup lebih lama  selama 10 tahun lagi, berbanding dengan mereka yang berhenti merokok pada usia 60 tahun.

 

Merokok sangat berbahaya, dan anda sendiri pasti menyedarinya. Cubalah berusaha dengan sepenuh hati untuk berhenti merokok, dan ingatlah bahawa keluarga masih memerlukan perlindungan dan kasih sayang anda.

 

 

  1. Baik Untuk Pernafasan

Merokok boleh meningkatkan risiko kematian kerana penyakit paru-paru yang kronik sehingga 10 kali ganda.

 

Jadi, rasakan pernafasan yang lebih baik dan lega serta tidak batuk ketika berhenti merokok. Bukan itu sahaja, kebaikan berhenti merokok juga turut mempengaruhi sistem pertahanan tubuh anda. Ketika anda berhenti merokok, daya ketahanan tubuh jadi meningkat dan anda tidak cepat penat dan mudah diserang sakit kepala. Hasilnya, anda akan jadi lebih sihat dan berenergi.

 

 

  1. Kualiti Seks Lebih Sempurna

    kebaikan berhenti merokok
    Foto: Securehealthagents

Berhenti merokok akan memperbaiki perjalanan darah dalam tubuh. Lelaki yang berhenti merokok akan dapat rangsangan lebih baik.

 

Bagi wanita yang berhenti merokok pula dapat meningkatkan kualiti ransangan dan lebih mudah terangsang. Selain itu, berhenti merokok juga boleh memperkuatkan rahim (mengurangkan risiko keguguran) dan memperbaiki kualiti sperma lelaki.

 

 

  1. Produktiviti Kerja Meningkat

Kebaikan berhenti merokok yang mungkin tidak anda sedari. Ketika anda berhenti merokok, pengaliran oksigen dalam darah akan mengalir dengan lancar ke otak dan seluruh tubuh. Ini akan membuatkan anda jadi semakin bersemangat untuk menempuh kehidupan dan beraktiviti.

 

Selain itu, dengan fikiran yang lapang dan tenang, pekerjaan yang dilakuka akan boleh diselesaikan dengan cepat dan teliti.

 

 

  1. Kulit Segar & Gigi Putih Bersinar

    Kebaikan Berhenti Merokok
    Foto: magesbug

Berhenti merokok bermakna anda memperlambatkan penuaan semulajadi dan juga kedutan di wajah. Bahkan kulit orang yang tidak merokok lebih sihat dan tidak nampak pucat.

 

Berhenti merokok juga membuatkan gigi anda lebih sihat dan putih. Di samping itu, nafas anda juga akan berbau lebih segar.  Bekas perokok mempunyai kesihatan gusi yang jauh lebih rendah dan gigi berisiko lebih cepat rosak.

 

  1. Melindungi Keluarga Tersayang

Fikirkan kesihatan keluarga, apatah lagi jika anda termasuk dalam kategori perokok tegar. Anda lebih terdedah untuk menghidapi penyakit pneumonia, gangguan paru-paru, bronchitis, infeksi telinga dan asma.

 

Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang tinggal serumah dengan perokok tiga kali ganda berisiko untuk terkena kanser paru-paru berbanding dengan mereka yang hidup dalam keluarga yang bebas daripada asap rokok.

 

Jadi, fikirkanlah kebaikan berhenti merokok, dan berhentilah merokok sekarang!

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme