Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
kebaikan putih telur

Kebaikan Putih Telur Cukup Mengagumkan

Posted on 10/20/201610/20/2016 by 123mamanet
kebaikan putih telur
foto-dhresource

Telur merupakan makanan wajib yang selalu ada di setiap rumah. Telur kaya dengan protein penting yang mampu memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Jika anda sedang mencari solusi semulajadi untuk mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam, kulit kusam, kulit berminyak, garis-garis halus dan kedutan di muka, kebaikan putih telur harus dipertimbangkan!

Isi Kandungan hide
1 Kebaikan Putih Telur Untuk Kulit:
2 Berikut beberapa kebaikan putih telur yang patut kita tahu:

 

Jika kita suka menjaga kecantikan muka secara semulajadi, adalah lebih baik jika kita tahu kebaikan putih telur untuk muka. Banyak nutrisi baik yang terkandung dalam putih telur, khususnya untuk kecantikan muka. Ikuti juga petua untuk kulit cantik dan seksi.

 

 

kebaikan putih telur
foto-ae01-alicdn

Kebaikan Putih Telur Untuk Kulit:

– Protein

Protein yang terkandung dalam putih telur dapat meningkatkan keanjalan kulit serta mencerahkan kulit.

 

– Kalium

Kalium mampu membantu  menjaga kelembapan kulit.

 

– Kolagen

Kolagen yang terkandung dalam putih telur mampu mengatasi garis-garis halus serta kedutan.

 

– Magnesium

Dapat membantu menunda proses penuaan kulit.

 

 

– Riboflavin

Kandungan riboflavin dapat membantu menghilangkan racun dan radikal bebas yang merosakan sel kulit yang menyebabkan kedutan.

 

 

 

Berikut beberapa kebaikan putih telur yang patut kita tahu:

 

  1. Meredakan Stress

Kandungan kalium yang terdapat di dalam putih telur bukan sahaja dapat memperbiaki sistem sarah, malahan mampu meredakan stress dan despresi yang kita alami.

 

 

  1. kebaikan telur putih
    foto-mdpcdn

    Menurunkan Berat Badan

Jika kita sedang berdiet, jangan lupa masukkan putih telur ke dalam menu diet kita. Selain kadar kolesterol yang rendah, putih telur juga mempunyai protein rendah kalori yang boleh membantu tubuh dalam melakukan pembakaran lemak.

 

 

 

 

 

 

  1. Memperkuatkan Otot Dan Tulang

Telur yang kaya dengan protein dan asid amino ini dapat membantu menyihatkan dan membentuk kepadatan pada sel, yang mana otot menjadi lebih mudah terbentuk. Di samping itu, salah satu kandungan zat karoten pada putih telur juga dapat memperkuatkan tulang.

 

  1. kebaikan putih telur
    foto-fashionvials

    Menghilangkan Mata Panda

Lebam di bawah mata atau lingkaran hitam yang muncul disebabkan kurang tidur boleh dihilangkan dengan putih telur. Caranya mudah sahaja, pukul putih telur dan sapukan pada bawah mata. Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, kita boleh menambah hirisan mentimun dan letak di mata. Selain itu kebaikan putih telur juga ialah menganjalkan pori-pori pada bahagian kulit sekitar mata serta mengurangkan inflamasi.

 

 

 

  1. kebaikan putih telur
    foto-readanddigest

    Bagus Untuk Rambut

Putih telur boleh menambah volume rambut agar menjadi lebih tebal dan juga mencegah kelemumur dan rambut rosak. Basahkan rambut dengan air, kemudian sapukan putih telur pada rambut hingga ke kulit kepala sehingga rata. Urut lembut dan biarkan selama sejam sebelum dibersihkan dengan air sejuk. Untuk menghilangkan bau hanyir tersebut, kita  syampulah rambut seperti biasa.

 

 

 

 

  1. Menghilangkan Stretch Mark

Stretch mark yang kelihatan pada permukaan kulit bahagian badan dapat disamarkan dengan rahsia kebaikan putih telur. Ini adalah kerana kandungan asid amino dan juga protein pada putih telur dapat menyembuhkan stretch mark itu. Sapukan putih telur pada kawasan stretch mark dan biarkan sehingga benar-benar kering. Kemudian bilas dnegan air sejuk dan sapukan sedikit minyak zaitun untuk mengembalikan kelembapan pada kawasan kulit tersebut.

 

 

 

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme