Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
khasiat kopi

KEKAL CANTIK DAN AWET MUDA DENGAN 7 KHASIAT KOPI

Posted on 02/26/201702/26/2017 by 123mamanet

Kopi merupakan salah satu jenis minuman yang paling banyak digemari. Bukan setakat sedap dinikmati, tetapi khasiat kopi boleh digunakan untuk penjagaan kulit muka dan badan.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA KHASIAT KOPI YANG BOLEH DIMANFAATKAN UNTUK KECANTIKAN MUKA DAN BADAN KITA

Selain mempunyai kandungan kafein, kopi juga mempunyai kandungan asid buah, asid organik, lemak, alkaloid, mineral, magnesium, kalium dan besi. Kandungan tersebut cukup bermanfaat untuk kecantikan muka dan kulit.

BACA: BUAT PEMINUM KOPI, ADA BERITA BAIK UNTUK ANDA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

khasiat kopi

BERIKUT BEBERAPA KHASIAT KOPI YANG BOLEH DIMANFAATKAN UNTUK KECANTIKAN MUKA DAN BADAN KITA

  1. MENYEGARKAN KULIT

Jika kita ingin menyegarkan kulit muka, kita boleh memanfaatkan khasiat kopi. Caranya mudah sahaja, bekukan kopi menjadi ais dan simpan dalam peti sejuk.

Apabila kita ingin menggunakannya, sapukan ais batu tersebut ke muka kita. Ia dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan bengkak atau sembab muka serta membuatkan kulit muka kita menjadi lebih segar.

khasiat kopi

  1. PENGELUPASAN SEL-SEL KULIT MATI

Tekstur kasar pada serbuk kopi sangat bagus untuk proses pengelupasan sel-sel kulit mati.

Terapkan kopi yang telah dijadikan skrub kasar pada kulit dalam gerakan memutar lembut untuk pengelupasan lapisan kulit mati. Kandungan kafien juga dapat meningkatkan pengeluaran kolagen serta memperbaiki kulit yang rosak.

Di samping itu, kopi juga mampu membantu menghilang kesan-kesan jerawat dan juga bintik-bintik hitam di muka.

khasiat kopi

  1. MENEGANGKAN KULIT

Bersihlah muka terlebih dahulu dengan kapas yang telah dibasuh dengan larutan kopi yang telah dibancuh dan direndam seketika.

Selain bermanfaat untuk menegangkan kulit muka, larutan kopi juga boleh dijadikan losyen untuk menghilangkan tompok-tompok hitam pada kulit muka dan badan.

khasiat kopi

  1. MENGHIDRASI KULIT

Bukan sekadar sebagai skrub kulit, tetapi khasiat kopi juga sangat berguna untuk menghidrasi kulit dengan sempurna.

Ini adalah kerana kopi mempunyai kandungan antioksidan yang dapat merelakskan kulit yang penat. Tambahkan sedikit dengan minyak almond atau minyak zaitun bagi melembutkan kulit.

khasiat kopi

  1. MENYEMBUHKAN MATA YANG SEMBAB

Untuk menghilangkan mata bengkak atau sembab dan lebam di bawah mata (eye bag), kita boleh menggunakan kopi.

Caranya mudah sahaja, gunakan hampas kopi yang telah disejukkan. Kemudian tempel atau lekapkan pada bawah mata dan juga sekitar kawasan kelopak mata. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

khasiat kopi

  1. MENGATASI MASALAH SELULIT

Khasiat kopi juga boleh berkesan untuk mengatasi masalah selulit yang melekat pada kulit kita. Urut lembut pada bahagian kulit yang bermasalah dengan menggunakan skrub kopi.

Ia dapat membantu peningkatkan pengaliran darah dan menegangkan pori-pori kulit. Kafein yang terdapat pada kopi memberikan pengaruh positif pada pembuluh darah sehingga mampu mengurangkan bengkak serta peradangan.

khasiat kopi

  1. MENCANTIKKAN RAMBUT

Jika kita mahu memiliki rambut yang cantik dengan tempoh yang singkat, boleh memanfaatkan kelebihan kopi ini.

Tambahkan dua sudu kecil serbuk kopi ke dalam perapi rambut. Biarkan selama 10 minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

Warna kopi bukan sahaja menyerlahkan lagi warna rambut, tetapi menambah kesan yang bersinar dan nampak sihat.

khasiat kopi

Itulah beberapa khasiat kopi dan cara menggunakannya untuk kecantikan kulit muka dan badan. Selamat mencuba trik kecantikan yang cukup selamat dan menjimatkan ini.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme