Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

Kenali 5 Jenis Pembersih Muka Paling Marvelous!

Posted on 11/09/201611/08/2016 by 123mamanet

pembersih-muka-foto-doubletakestudioPembersih muka perlu digunakan bagi menjaga kesihatan dan kecantikan kulit muka. Tak kisahlah apa sahaja jenis kulit muka yang kita miliki. Usah guna sembarangan pembersih agar kulit muka kita tidak menjadi mangsa.

Isi Kandungan hide
1 Berikut Berapa Jenis Pembersih Muka Yang Boleh Anda Pilih:

 

Pembersih muka juga adalah salah satu produk kecantikan yang diperlukan oleh hampir semua orang, tak kira lelaki mahupun wanita. Memilih produk pembersih yang tepat sangat penting bagi mengelakkan ada masalah seperti timbulnya jerawat dan juga masalah yang lain pada muka. Ketahui juga mengenai cara menjaga muka dengan 4 langkah.

 

Ada banyak jenis pembersih muka terjual di pasaran, sebaiknya kita ketahui sebelum membelinya. Biasanya sesuatu produk pembersih itu mengandungi pelbagai kandungan dan kebaikan yang berbeza-beza, misalnya anti penuaan, menghilangkan sel-sel kulit mati, pelembab dan juga penanggal mekap serta kotoran.

 

Berikut Berapa Jenis Pembersih Muka Yang Boleh Anda Pilih:

 

  1. Pembersih Jenis Susu (Cleansing Milk)
pembersih muka
foto-4-bp-blogspot

Pembersih jenis ini mempunyai kemampuan yang lebih bagus kerana boleh dipakai oleh semua jenis kulit tanpa perlu bimbang ianya akan menimbulkan jerawat.

 

Selain membersihkan, cleansing milk ini juga berupaya untuk melembabkan kulit muka. Teksturnya pekat dan cenderung creamy befungsi sebagai agen yang melakukan pembersihan sekaligus menjaga kelembutan kulit muka.

 

Meskipun begitu, bagi sesetengah orang, penggunaannya dianggap agak melecehkan kerana perlukan beberapa langkah  membersihkan muka seperti menggunakan kapas untuk menanggalkan kotoran di muka. Kemudian dilanjutkan pula dengan pemakaian toner bagi menyegarkan dan menghilangkan kesan lekit di muka.

  • Pembersih muka jenis susu mampu tanggalkan sisa-sisa mekap dan menghapuskan kotoran dan minyak yang melekat di muka.

 

 

  1. Pembersih Jenis Sabun (Facial Foam)
pembersih muka
foto-3-bp-blogspot

Sabun pembersih muka merupakan salah satu jenis produk rawatan kulit untuk menanggalkan sisa-sisa kotoran dan debu yang melekat pada kulit.

 

Sabun pembersih ini berfungsi membersihkan dan menyegarkan. Tetapi anda tetap perlu berhati-hati dengan penggunaan sabun pembersih kerana ada di antaranya yang mengandungi bahan sabun yang boleh membuatkan kulit muka menjadi kering dan menggelupas.

 

* Penggunaan facial foam buat kulit muka kelihatan bersih dan bebas dari minyak.

 

 

  1. Pembersih Jenis Gel
pembersih muka
foto-anael-kz

Pemakaiannya tidak memerlukan air seperti facial foam dan ianya lebih selamat untuk pelbagai jenis kulit termasuklah kulit muka jenis berminyak, berjerawat dan juga sensitif.

 

Kandungan dalam produk pembersih berbentuk gel ini biasanya kaya dengan glycerin yang mampu membersihkan kulit muka tanpa meninggalkan kesan kesat dan kering.

 

* Pembersih wajah dengan bentuk gel sesuai buat kulit sensitif ataupun berjerawat.

 

 

 

  1. Pembersih Muka Jenis Minyak
pembersih muka
foto-i-huffpost

Manakala pembersih jenis berminyak pula biasanya dapat membersihkan mekap waterproof, terutama untuk mata dan bibir.

Cara membersihkan mekap pada mata atau bibir, kita hanya perlu menekan kapas muka yang telah diletak pembersih muka jenis berminyak ini dengan lembut selama dua atau tiga saat. Setelah itu, angkat dan bersihkan dengan cara mengesat kapas tersebut.

* Biasanya digunakan untuk membersihkan sisa-sisa mekap dan sesuai untuk kulit kering.

 

 

  1. Tisu Pembersih (Cleansing Wipes)
pembersih muka
foto-alldaychic

Bentuknya seperti tisu basah,namun teksturnya lebih lembut yang diformulasikan khas untuk semua jenis kulit muka.

 

Lebih mudah dan praktikal digunakan untuk membersihkan muka dari debu, minyak kotoran serta mekap terutama ketika dalam perjalanan jauh ataupun percutian.

 

 

  • Penggunaannya sangat efektif dan cepat.

 

Selamat memilih produk pembersih yang sesuai dengan kulit muka.Ketika memilihnya, hati-hati ada beberapa kandungan pembersih mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan paraben. Ia bukan hanya boleh menimbulkan iritasi, tetapi juga boleh merosakkan organ tubuh kita. Apatah lagi jika kulit kita jenis sensitif.

 

Sebaiknya pilihlah pembersih muka yang tidak mengandungi alkohol serta yang mampu melembabkan kulit muka.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme