Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
anak berbohong

Anak Berbohong? Sila Semak Punca & Cara Atasinya

Posted on 10/24/201610/31/2016 by 123mamanet
anak berbohong
foto-popsugar

Apabila mendapati anak berbohong, apa reaksi anda? Pasti terlintas sedikit rasa marah, terkejut, geram dan kecewa bukan? Kalau anak anak itu masih kecil, kita merasakan masih ada masa untuk membetulkannya. Tetapi bagaimana jika anak itu sudah remaja? Adakah ibu bapa masih ada peluang untuk mengatasi masalah ini atau sudah terlambat?

Isi Kandungan hide
1 KENAPA ANAK BERBOHONG?
2 CARA ATASI ANAK BERBOHONG & LEBIH JUJUR

 

 

Kebanyakan anak tidak dapat membezakan baik buruk dan impak sikap ini. Malah adakala mereka lebih yakin berbohong itu lebih berkesan berbanding kebenaran. Tidak dinafikan sikap sebegitu dilakukan oleh sesiapa sahaja. Ketahui juga 5 alasan kenapa anak suka berbohong.

 

Malah anak mula berbohong di awal usia empat tahun! Mungkin anak kecil anda itu pernah bagi alasan dia sakit perut kerana enggan ke sekolah. Bila kita beri ‘green light’ terus sihat dan hilang sakit!

 

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda perlu cekap ‘menghidu’ taktik anak agar anda cepat mengatasinya. Kalau anda sendiri tidak perasan dengan hal ini, maka ia akan berterusan dan mereka menjadi pembohong komplusif (bohong berulang).

 

Lazimnya, ibu bapa akan berasa geram apabila mendapati anak berbuat  berbohong, tetapi, adakah anda sedar bahawa orang dewasa juga selalu berbuat perkara yang sama. Cuba tanya pada diri anda sendiri, pernahkah anda berbohong kepada anak atau mengajarnya berbohong misalnya ”Kakak jangan beritahu ayah ya, mama beli baju ni. Nanti ayah marah sebab mama selalu sangat shopping. Rahsia tau”. Ini secara tidak langsung, anda telah mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

 

Anda  mungkin pernah memujuk anak-anak agar belajar dan sering berjanji kepada mereka. ”Abang belajar rajin-rajin. Nanti kalau dapat nombor 5 ke bawah, mama belikan basikal ya”. Si anak pun yakin dengan janji anda lalu belajar bersungguh-sungguh dan tercapai apa yang anda mahukan.

 

anak berbohong
foto-istock

Tetapi bila tiba masa menagih janji, pelbagai alasan anda berikan. Impaknya, si anak kecewa dan berkata anda berbohong. Sebenarnya, banyak lagi situasi lain yang ibu bapa cuba berbohong kepada anak-anak. Awas, anak-anak memang mudah meniru gaya orang dewasa. Tanpa sedar, mereka ‘menyerap’ sikap begitu ke dalam diri sejak kecil hingga remaja dan alam dewasa. Ingat, ibu bapa adalah cerminan anak-anak.

 

Dalam situasi yang berbeza, bagaimana pula bila anak anda bercakap jujur dan mengakui kesalahan yang dilakukannya? Sebagai contoh, anak beritahu dia gagal dalam subjek Matematik, malah markahnya paling rendah dalam kelas! Agak-agak apa reaksi anda? Mungkin ada ibu bapa yang melenting dan menghukum anak misalnya sebulan tidak boleh keluar rumah bermain dengan kawan.

 

­­Jadi, sebagai ibu bapa, kita harus bijak mencari solusi agar anak-anak tidak berbohong untuk melepaskan diri daripada sesuatu. Ini kerana anak-anak tidak faham erti dan impaknya.

 

anak berbohong
foto-flickr

KENAPA ANAK BERBOHONG?

Apa punca anak berbohong? Adakah ini bermaksud mereka tidak bermoral, kurang didikan?

  1. Mereka cuba melindungi diri sendiri daripada sesuatu perkara termasuklah cuba ‘cover line’ rakan baik yang berbuat salah. Mereka takut dimarahi andai bercakap benar.

 

  1. Anak mahu kelihatan hebat supaya mendapat perhatian dan pujian daripada orang sekitarnya.

 

  1. Satu tanda protes kerana dimarahi ibu bapa untuk kesalahan lain yang dilakukannya.

 

  1. Pada anak usia sekolah (AUS), berbohong sering dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang mereka anggap berharga.

 

 

CARA ATASI ANAK BERBOHONG & LEBIH JUJUR

  1. Jangan label anak pembohong

Walaupun si anak didapati selalu berbohong, namun hindarkan menyebutnya sebagai pembohong. Perkataan yang negatif  akan beri kesan kepada perkembangan psikologis anak. Bimbang jika si anak merasakan sifat itu jati dirinya dan melekat di fikiran.

 

  1. Terangkan manfaat jujur

Adakala anak-anak sukar untuk faham erti jujur. Tapi sebagai orang tua, kita harus tanam nilai ini dalam diri anak sejak mereka kecil lagi. Terangkan kepada mereka bahawa sikap jujur ini disayangi Allah, kawan-kawan, guru dan sebagainya malah peluang luas masuk syurga. Selain itu, jangan lupa untuk jelaskan keburukan berbohong agar mereka dapat membezakan keduanya.

 

  1. Bincang Hati ke hati

Andai anda dapati anak selalu tidak jujur, pasti ada penyebabnya. Cuba kenal pasti siapa rakan-rakan anak. Mungkin anak anda dipengaruhi rakan yang mudah berbohong. Beri peluang anak membuat penjelasan dan bincanglah secara terbuka, hati ke hati. Beri nasihat dengan lembut dan elakkan berleter terutamanya jika anak itu sudah remaja. Dekati mereka bagaikan kawan.

 

  1. Tunjuk teladan

Untuk meminta anak bersikap jujur, anda selaku orang tua perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan. Mungkin ada kebiasaan anda tentang pembohongan yang ada kala meninggalkan kesan kepada anak-anak tanpa sedar.  Misalnya, ada jurujual datang ke rumah dan anda meminta anak memberitahu jurujual tersebut yang anda tidak ada di rumah. Ini satu pembohongan yang jelas!

 

  1. Hukum jika perlu

Jika anak berbohong tentang perkara-perkara yang penting, hukuman perlu diberikan mengikut kesesuaian umur anak. Ia berfungsi sebagai satu peringatan untuk anak agar tidak mengulanginya lagi.

 

  1. Sentiasa Berdoa

Perilaku dan kasih sayang ibu bapa adalah energi yang penting buat anak-anak. Jadi, sebarkan nilai itu sebaik mungkin kepada anak-anak dan orang sekeliling anda termasuk rakan si anak. Perbaiki kelemahan diri sendiri dan sentiasa berdoa agar Allah melindungi anda sekeluarga.

Semoga artikel mengenai anak berbohong ini bermandfaat kepada anda.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme