Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
keperluan protein

Keperluan Protein Sangat Penting. Kenapa?

Posted on 03/02/202303/06/2023 by 123mamanet
Keperluan Protein

Keperluan Protein| Ketahui ada lima sebab mengapa Fernleaf Malaysia begitu komited untuk memenuhi keperluan protein rakyat Malaysia.Baca artikel ini sampai habis!

Isi Kandungan hide
1 Keperluan Protein Seharian

Dengan segala kemudahan dan teknologi moden yang wujud pada hari ini, pengambilan diet dengan zat makanan yang mencukupi adalah sangat penting untuk membantu tumbesaran dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Walaupun semua nutrien adalah penting untuk tumbesaran, terdapat tiga jenis nutrien untuk tumbesaran yang anda mesti ketahui: karbohidrat, lemak dan protein.

Keperluan Protein

Keperluan Protein Seharian

Secara umumnya, apabila kita bercakap mengenai protein, ramai yang membayangkan seseorang yang mempunyai otot besar dan sering ke gim untuk bersenam.

Walaupun kenyataan tersebut benar secara asasnya, fungsi protein dalam badan kita sebenarnya bukan sahaja untuk membina otot.

Protein sebenarnya merupakan komponen penting dalam diet harian, sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak, kerana ia berfungsi sebagai salah satu blok binaan asas sel dalam badan kita.

Susu tepung Fernleaf Protein+

Susu tepung Fernleaf Protein+ ialah salah satu produk terbaharu Fernleaf, yang diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia, yang bertujuan untuk menyokong keperluan protein rakyat Malaysia.

Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (M) Sdn Bhd berkata, “Susu tepung Fernleaf Protein+ merupakan campuran susu tepung dan soya yang berkrim dan berprotein tinggi. Ianya sesuai untuk seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas. Ia mengandungi tiga jenis protein yang boleh membantu rakyat Malaysia memperolehi sumber protein yang mencukupi untuk tubuh mereka, apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.”

Walaupun kebanyakan orang secara umumnya memahami tentang fungsi asas protein, ramai yang tidak menyedari bahawa pengambilan protein yang tidak mencukupi boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan fungsi sel-sel kita.

Keperluan Protein
Nutritionist Surainee Wahab

Nutritionist Surainee Wahab telah menjelaskan lima sebab utama mengapa rakyat Malaysia perlu memastikan mereka mengambil protein yang mencukupi setiap hari.

  • Membina Dan  Membaiki Tisu-Tisu Badan

Tulang, otot, kulit, kuku, dan rambut kita terbina daripada protein. Selain daripada membaiki sel-sel yang rosak, pembentukan hormon dan enzim, serta mengangkut oksigen melalui sel darah merah.

Di samping itu, protein juga membantu badan untuk membina jisim otot, yang menjadikannya makronutrien penting untuk diambil sebagai sumber tenaga bersama-sama dengan jumlah karbohidrat dan lemak yang bersesuaian.”

Artikel Lain: Fungsi Usus Sihat

  • Menyokong Sistem Pertahanan Badan

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu pemulihan daripada kecederaan.

Protein juga membantu menyokong sistem pertahanan badan untuk mencegah jangkitan dan penyakit yang tidak diingini.

Kekurangan protein dan malnutrisi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang, seperti pertumbuhan terbantut, kehilangan jisim otot, daya tahan yang lemah serta masalah berkaitan dengan jantung dan paru-paru.

  • Badan Kita Tidak Boleh Menghasilkan Asid Amino Perlu Secara Semulajadi

Memandangkan badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu, ianya mestilah diambil melalui diet yang mengandungi protein.

Asid amino perlu adalah penting untuk memastikan badan kita dapat berfungsi pada tahap optimum.

  • Meningkatkan Kekenyangan

Makanan berprotein tinggi seperti produk tenusu yang diperkaya dengan protein membantu mencapai saranan pengambilan protein yang disyorkan, terutamanya dalam keadaan kurang selera makan, melangkau masa makan, atau sikap memilih makanan.

Protein membantu meningkatkan kekenyangan yang seterusnya, membantu orang ramai mengekalkan berat badan yang sihat.

  • Asas Pembinaan Otot

Diet berprotein tinggi dapat membantu membina jisim otot. Protein adalah bahan binaan asas untuk otot.

Anda boleh meningkatkan hasil pembinaan otot melalui senaman yang sesuai berserta dengan diet berprotein tinggi. Itulah sebabnya protein sering dikaitkan dengan pembina badan, gim, dan bisep besar.

Menurut Surainee, susu adalah sumber protein berkualiti tinggi kerana ia mengandungi semua asid amino perlu yang penting untuk membantu badan berfungsi secara optimum.

Selalunya, pengambilan susu dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan pengambilan vitamin dan mineral seperti kalsium dan fosforus, yang boleh membantu membina dan mengekalkan tulang dan jisim otot. Susu juga boleh diperkaya dengan vitamin D, yang membantu dalam penyerapan kalsium.

Artikel Lain: Kebaikan Jus Sihat Homemade

Cheah turut menjelaskan lagi secara rasional bahawa di sebalik usaha pembangunan dan pelancaran produk baharu Fernleaf Protein+,  sebagai sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang telah bertapak di Malaysia selama hampir 50 tahun, Fonterra sentiasa memacu usaha-usaha inovasi untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan setiap orang dalam keluarga rakyat Malaysia.

“Kami berhasrat untuk membawa perubahan dalam kehidupan lebih 30 juta rakyat Malaysia dan membantu membina masyarakat yang lebih sihat. Dengan jenama Fernleaf, kami membawa kebaikan tenusu New Zealand kepada isi rumah di Malaysia, menyediakan produk berkhasiat dan mampu milik yang boleh menyumbang kepada diet seimbang, “ tambah beliau lagi.

Semoga artikel tentang keperluan protein ini bermanfaat untuk semua.

2 thoughts on “Keperluan Protein Sangat Penting. Kenapa?”

  1. Pingback: Portal Kota Buku Digital - Platform Perbukuan Terbesar - 123mamanet
  2. Pingback: Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Tentulah Ergoworks ! - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme