Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
demam malam

KERAP DEMAM MALAM? INILAH PUNCANYA!

Posted on 02/14/201702/14/2017 by 123mamanet

Setiap orang pasti pernah mengalami demam. Ada pun ada bermacam-macam demam, antaranya demam malam, demam panas, demam denggi, demam campak, demam selesema dan lain-lain lagi.

Isi Kandungan hide
1 APA YANG MENYEBABKAN KITA KERAP DISERANG DEMAM MALAM?
2 BERIKUT BEBERAPA PENYEBAB DEMAM MALAM:

Sebahagian besar demam akan sembuh dalam masa 3 atau  4 hari, tetapi ada demam yang berpunca dari adanya penyakit yang boleh mengancam nyawa!

 

APA YANG MENYEBABKAN KITA KERAP DISERANG DEMAM MALAM?

Suhu badan diatur oleh kelenjar yang berada  di otak kita yang dinamakan hypothalamus yang berfungsi seperti thermostat di badan.

Demam sebenarnya merupakan reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.

Oleh itu, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan sekaligus menjadikan demam. Suhu badan normal kita adalah antara 36-37 darjah celsius.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: 7 MAKANAN ORANG DEMAM

 

demam malam

BERIKUT BEBERAPA PENYEBAB DEMAM MALAM:

  1. BAKTERIA DARI LUAR

Segala bakteria yang datang dari luar bdan serta masuk ke dalam badan boleh membuatkan kita demam panas, tetapi cuma pada malam hari.

Bakteria pirogen boleh menghasilkan toksin yang berisiko bagi kesihatan kita. Ketika pirogen luar masuk ke dalam badan, ia akan menghasilkan pirogen sendiri yang mana akan menyebabkan badan terasa seperti demam.

Biasanya demam yang cuma pada malam hari sahaja disebabkan oleh pirogen ini.

demam malam

  1. INFEKSI SALURAN KENCING

Demam malam juga boleh terjadi sebabkan oleh infeksi saluran kencing. Ianya ditandai dengan rasa sakit pada saluran kencing dan adanya racun yang bisa menyebabkan demam.

Jika demam pada malam hari ini disebabkan saluran kencing, kita perlu segera membuat pemeriksaan doktor. Deman yang disebabkan infeksi saluran kencing tidak akan sembuh dengan begitu sahaja. Sebaliknya perlu diperiksa dan disembuhkan dengan ubat-ubatan tertentu.

demam malam

  1. INFEKSI SALURAN PERNAFASAN

Hidung tersumbat atau infeksi saluran pernafasan seringkali juga mempunyai tanda-tanda seperti demam di malam hari.

Adakalanya demam malam ini disebabkan oleh infeksi saluran pernafasan seperti bronchitis.

Untuk mengenal pasti apakah ianya hanya demam biasa atau adanya infeksi saluran pernafasan adalah dengan melihat seberapa lama demam tersebut dirasakan.

Hidung tersumbat biasanya menyebabkan demam beberapa hari, sementara infeksi lainnya akan bertahan lebih lama bergantung pada daya ketahanan tubuh seseorang.

demam malam

  1. INFEKSI KULIT

Demam malam hari turut boleh disebabkan infeksi kulit. Ada banyak infeksi yang boleh terjadi pada kulit dan boleh menganggu kesihatan.

Infeksi pada kulit, contohnya dari luka seperti ulser mulut dan sebagainya juga  boleh menjadi penyebab kita demam. Jika keadaan tidak berkurangan, dapatkan segera rawatan doktor.

demam malam

  1. INFLAMASI/ PERADANGAN

Ketika terjadi peradangan dalam badan, biasanya kita akan mengalami demam. Peradangan boleh terjadi sebagai reaksi alergi pada ubat atau lainnya.

Apabila ia terjadi, kita akan mengalami demam cuma pada malam hari. Boleh jadi juga masalah tersebut disebabkan oleh aleri umum dan bukanlah disebabkan ubat.

Ada baiknya kita kenali gejala-gejala yang boleh menyebabkan demam malam atau cari puncanya di saat kita rasa tak sedap badan. Jika disertai dengan rasa sakit di bahagian saluran kencing atau bahagian pernafasan, bermakna demam tersebut ada kaitannya  dengan infeks pada organ tersebut.

demam malam

BAHAYA DEMAM MALAM

Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Ini adalah kerana demam malam ada kalanya membawa kepada simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya adalah demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

Untuk langkah yang lebih selamat, ada baiknya kita membuat pemeriksaan doktor berkenaan demam malam yang kita alami ini dan janganlah menunggu sampai sakit ini pulih dengan sendirinya!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme