Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara mengecilkan betis

KETAHUI 4 CARA MENGECILKAN BETIS BESAR DAN PENYEBABNYA

Posted on 02/10/201702/10/2017 by 123mamanet

Betis besar? Tentu ramai yang tidak menyukai ukuran bentuk betis kaki yang besar dan berusaha mencari cara mengecilkan betis tersebut.

Isi Kandungan hide
1 APA PENYEBAB BETIS MENJADI BESAR? ADA KE CARA MENGECILKAN BETIS INI? JAWAPANNYA, TENTULAH ADA!
2 BERIKUT BEBERAPA CARA MENGECILKAN BETIS DAN MEMECAHKAN LEMAKNYA:

Apatah lagi, bentuk betis yang besar dikatakan tidak menarik. Malahan, hanya merosakkan penampilan seseorang secara keseluruhannya.

Tapi memang betul pun. Mana kena jika ukuran badan lebih ramping, sedangkan betis terlalu besar!

BACA: CARA HILANGKAN KAKI MEREKA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

cara mengecilkan betis

APA PENYEBAB BETIS MENJADI BESAR? ADA KE CARA MENGECILKAN BETIS INI? JAWAPANNYA, TENTULAH ADA! 

Jadi, baca artikel ini sampai habis….

 

ANTARA PENYEBAB BETIS BESAR:

=> ADANYA PENIMBUNAN LEMAK

Penggumpulan lemak yang berlebihan di bahagian betis biasanya terjadi secara berperingkat jika seseorang mempunyai nafsu makan yang kuat, tetapi jarang diseimbangkan dengan senaman yang mencukupi atau kurang bergerak.

Keadaan ini boleh menimpa sesiapa sahaja walaupun kita seorang yang kurus atau ramping sekalipun. Penimbunan leka tidak dipengaruhi oleh seberapa berat badan seseorang.

cara mengecilkan betis

=> KERAP PAKAI HIGH HEELS

Ternyata kita yang suka memakai high heels atau kasut bertumit tinggi lebih berisiko untuk memiliki betis yang besar. Pemakaian high heels yang terlalu kerap boleh menimbulkan tekanan pada otot bahagian tumit ke arah betis.

Otot tidak dapat berkembang dengan baik dan tanpa disedari akan menyumbatkan peredaran darah di sekitarnya. Jika keadaan ini terus berlarutan, otot betis akan terasa kebas, lenguh-lenguh serta mengalami perubahan bentuk iaitu bentuk betis menjadi lebih besar.

cara mengecilkan betis

=> TERLALU LAMA BERDIRI DAN MENGANGKAT BARANG-BARANG BERAT

Jika terlalu lama berdiri (memakan masa bertahun-tahun), jadi betis akan berubah menjadi membulat dan besar.

Berdiri secara berlebihan juga akan memberi bebanan pada otot betis dan memberikannya paksaan untuk terus menopang berat badan kita.

Selain itu, kebiasaan mengangkat bebanan berat yang menggunakan  bahu dan kekuatan tangan terus menerus akan membebankan betis untuk menahan atau menopang badan ketika kita berjalan.

Keadaan ini menyebabkan otot tendon (otot di sekitar betis) menjadi lemah dan menimbulkan satu gumpalan otot baru yang mengeras dan besar yang menyebabkan betis kita menjadi besar.

 

BERIKUT BEBERAPA CARA MENGECILKAN BETIS DAN MEMECAHKAN LEMAKNYA:

  1. TURUN DAN NAIK TANGGA

Melakukan aktiviti berlari dengan kepantasan yang sederhana dengan cara turun tangga, naik tangga adalah cara mengecilkan betis yang cukup berkesan.

Lakukan tidak lebih daripada 30 minit bagi menjaga otot-otot betis supaya cepat mengecil dan berehat setelah bersenam.

 

  1. SQUAT DI LANTAI

Squat di lantai boleh dicuba sebagai cara mengecilkan betis. Caranya mudah sahaja, mengiringkan badan kita di lantai sambil salah satu kaki di angkat ke atas. Lakukan secara bergantian selama beberapa saat.

Bukan setakat lemak di betis yang boleh mengecil, otot paha juga akan menjadi semakin terbentuk dengan senaman tersebut.

 

  1. LARI SANTAI

Selain menyihatkan, berlari santai juga boleh menjadi cara mengecilkan betis dan memecahkan lemaknya. Pilih waktu pagi kerana udara pagi cukup menyegarkan dan membuatkan aktiviti tersebut menjadi semakin menyenangkan.

Lakukan aktiviti lari santai ini selama setengah jam dengan kecepatan yang sederhana. Hindari kecepatan berlari yang boleh mencederakan otot betis dan juga persendian.

cara mengecilkan betis

  1. BERBASIKAL

Melakukan aktiviti berbasikal pada sebelah pagi hari dengan kecepatan sederhana boleh dijadikan salah satu cara mengecilkan betis.

Lakukan sehingga peluh kita keluar secara semulajadi selama lebih kurang sejam. Setelah itu, pula rengangan otot betis. Caranya mudah sahaja, duduklah di atas rumput dengan cara meluruskan kedua belah kaki ke depan dengan kedua kaki sedikit dibuka.

cara mengecilkan betis

Itulah beberapa cara mengecilkan betis yang boleh dipraktikan. Lakukan paling kurang seminggu tiga kali. Semakin rajin kita melakukannya, semakin cepat betis kita mengecil!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme