Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
payudara gatal

KETAHUI PUNCA SEBENAR  PAYUDARA GATAL DAN SOLUSI PALING MUDAH MENGATASINYA

Posted on 05/04/201705/04/2017 by 123mamanet

MASALAH PAYUDARA GATAL SERING DIALAMI OLEH MEREKA YANG KURANG MENITIKBERATKAN SOAL KEBERSIHAN PAYUDARA. MALAHAN, DIA MUNGKIN TIDAK PERNAH MERAWAT PAYUDARANYA PUN!

Isi Kandungan hide
1 Sungguhpun begitu, masalah payudara gatal ini boleh disebabkan kerana perubahan hormon sepanjang kehamilan atau menstruasi.
2 Kegatalan di payudara boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa sehingga menganggu aktiviti seharian kita. Payudara merupakan bahagian tubuh wanita yang cukup sensitif.
3 Kebanyakan wanita yang berbadan besar atau berisi kerap mengalami rasa gatal di payudaranya. Ini adalah kerana wanita yang berpayudara besar memiliki kawasan kulit yang tertutup di bahagian bawah payudara.
4 Kawasan tersebut membentuk lipatan dan kulit menjadi lembab kerana saling bergesel sehingga menimbulkan iritasi dan kegatalan.
5 Okaylah, sebelum kita mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, ada baiknya kalau kita ketahui terlebih dahulu apa penyebab payudara gatal.
6 4 PENYEBAB PAYUDARA GATAL
6.1 PEMAKAIAN BRA
6.2 Ada yang mengalami rasa gatal itu disebabkan akibat ukuran bra atau pakaian dalam yang terlalu ketat ataupun terlalu longgar.
6.3 Selain berfungsi untuk menyokong payudara, pemakaian bra juga bertujuan untuk melindungi payudara.Ukuran atau saiz bra yang tidak tepat boleh menyebaban geselan pada payudara dan menimbulkan iritasi serta rasa gatal.
6.4 PENGGUNAAN SABUN MANDIAN ATAU SABUN PENCUCI PAKAIAN
6.5 Payudara merupakan bahagian yang sensitif, jadi penggunaan sabun mandian atau sabun pencuci pakaian boleh menyebabkan payudara gatal.
6.6 Ada di antara sabun mandian yang boleh membuatkan kulit menjadi kering sehingga menganggu kesihatan payudara.
6.7 Begitu juga dengan sabun pencuci pakaian. Kesan-kesan sabun yang tertinggal di bra akan membuatkan kulit payudara iritasi.
6.8 INFEKSI
6.9 Infeksi atau jangkitan mudah menyerang wanita yang sedang menyusukan bayinya. Biasanya kulit di sekitar puting akan menjadi kering akibat terlalu kerap menyusui.
6.10 Perkara inilah yang menyebabkan kemasukkan bakteria atau kulat ke sekitar payudara sehingga menimbulkan infeksi dan juga rasa gatal.
6.11 4. STRES
6.12 Stres membuatkan hormon dalam badan wanita menjadi tidak stabil. Perkara inilah yang akan menyebabkan munculnya rasa gatal di sekitar payudara.
6.13 Selain itu, stres boleh membuatkan daya ketahanan badan kita jadi lemah sehingga bakteria dengan mudah menyerang.
7 SOLUSI TERBAIK MENCEGAH PAYUDARA GATAL
7.1 Rajin-rajinlah merawat payudara dan menjaga kebersihannya. Periksa kawasan puting, jika terdapat kulit berisisik dan sebagainya mungkin keadaan kulit sedang kering.
7.2 Hindari pemakaian bra berenda, bedak dan bra yang terlalu ketat terutama bra berdawai yang boleh mengundang rasa gatal pada payudara.
7.3 Pakailah bra yang bersih serta selesa dan paling penting tepat ukurannya.
7.4 Pada malam hari, tanggalkan bra ketika tidur supaya payudara kita boleh relaks seketika.
7.5 Lagipun pemakaian bra ketika tidur juga boleh menyebabkan kualiti tidur kita menurun. Ini adalah kerana pemakaian bra yang ketat ketika tidur boleh membuatkan kita gelisah dan tidurpun menjadi tidak nyenyak.
7.6 Jika rasa gatal tersebut masih tidak berkurangan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Semoga artikel payudara gatal ini bermanfaat untuk semua.
7.7 INGIN MENDAPATKAN BRA YANG BAGUS DAN MURAH? KLIK SINI
7.8 ZANZEA
7.9 SUMMER SEAMLESS
7.10 Anda Suka Artikel InI? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
7.11 Anda Mungkin Ingin Tahu Cara Menegangkan Payudara Kendur

Sungguhpun begitu, masalah payudara gatal ini boleh disebabkan kerana perubahan hormon sepanjang kehamilan atau menstruasi.

Kegatalan di payudara boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa sehingga menganggu aktiviti seharian kita. Payudara merupakan bahagian tubuh wanita yang cukup sensitif.

Kebanyakan wanita yang berbadan besar atau berisi kerap mengalami rasa gatal di payudaranya. Ini adalah kerana wanita yang berpayudara besar memiliki kawasan kulit yang tertutup di bahagian bawah payudara.

Kawasan tersebut membentuk lipatan dan kulit menjadi lembab kerana saling bergesel sehingga menimbulkan iritasi dan kegatalan.

Okaylah, sebelum kita mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, ada baiknya kalau kita ketahui terlebih dahulu apa penyebab payudara gatal.gatal payudara

4 PENYEBAB PAYUDARA GATAL

  1. PEMAKAIAN BRA

Ada yang mengalami rasa gatal itu disebabkan akibat ukuran bra atau pakaian dalam yang terlalu ketat ataupun terlalu longgar.

Selain berfungsi untuk menyokong payudara, pemakaian bra juga bertujuan untuk melindungi payudara.Ukuran atau saiz bra yang tidak tepat boleh menyebaban geselan pada payudara dan menimbulkan iritasi serta rasa gatal.payudara gatal

  1. PENGGUNAAN SABUN MANDIAN ATAU SABUN PENCUCI PAKAIAN

Payudara merupakan bahagian yang sensitif, jadi penggunaan sabun mandian atau sabun pencuci pakaian boleh menyebabkan payudara gatal.

Ada  di antara sabun mandian yang boleh membuatkan kulit menjadi kering sehingga menganggu kesihatan payudara.

Begitu juga dengan sabun pencuci pakaian. Kesan-kesan sabun yang tertinggal di bra akan membuatkan kulit payudara iritasi.payudara gatal

  1. INFEKSI

Infeksi atau jangkitan mudah menyerang wanita yang sedang menyusukan bayinya. Biasanya kulit di sekitar puting akan menjadi kering akibat terlalu kerap menyusui.

Perkara inilah yang menyebabkan kemasukkan bakteria atau kulat ke sekitar payudara sehingga menimbulkan infeksi dan juga rasa gatal.payudara gatal

4. STRES

Stres membuatkan hormon dalam badan wanita menjadi tidak stabil. Perkara inilah yang akan menyebabkan munculnya rasa gatal di sekitar payudara.

Selain itu, stres boleh membuatkan daya ketahanan badan kita jadi lemah sehingga bakteria dengan mudah menyerang.gatal payudara

SOLUSI TERBAIK MENCEGAH PAYUDARA GATAL

Rajin-rajinlah merawat payudara dan menjaga kebersihannya. Periksa kawasan puting, jika terdapat kulit berisisik dan sebagainya mungkin keadaan kulit sedang kering.

Hindari pemakaian bra berenda, bedak dan bra yang terlalu ketat terutama bra berdawai yang boleh mengundang rasa gatal pada payudara.

Pakailah bra yang bersih serta selesa dan paling penting tepat ukurannya.

Pada malam hari, tanggalkan bra ketika tidur supaya payudara kita boleh relaks seketika.

Lagipun pemakaian bra ketika tidur juga boleh menyebabkan kualiti tidur kita menurun. Ini adalah kerana pemakaian bra yang ketat ketika tidur boleh membuatkan kita gelisah dan tidurpun menjadi tidak nyenyak.

Jika rasa gatal tersebut masih tidak berkurangan segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Semoga artikel payudara gatal ini bermanfaat untuk semua.payudara gatal

INGIN MENDAPATKAN BRA YANG BAGUS DAN MURAH? KLIK SINI

ZANZEA

SUMMER SEAMLESS

Anda Suka Artikel InI? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu Cara Menegangkan Payudara Kendur

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme