Kiddocare dan FWD Takaful Melancarkan “MindCare: Sokongan Kesihatan Mental Proaktif untuk Komuniti Pengasuh dan Penjaga”. Ia bertujuan memupuk kesejahteraan dan kesihatan mental golongan ibu Bapa dan pekerja jagaan k arah memperkasakan ibu bapa dan pekerja jagaan.
Melalui pengetahuan dan kaedah penting ia dapat meningkatkan daya tahan emosi dan mental, serta memupuk persekitaran penjagaan yang lebih sihat dan bersifat menyokong.
Jalinan Kerjasama Kiddocare dengan FWD Takaful
Kiddocare, peneraju dalam perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan di Malaysia, dengan kerjasama FWD Takaful melancarkan program “MindCare: Sokongan Kesihatan Mental Proaktif untuk Komuniti Pengasuh dan Penjaga”.
Kerjasama ini dilaksanakan untuk mempromosi dan memperkasakan komuniti pengasuh serta penjaga yang terdiri daripada ibu bapa, jururawat, pengasuh dan lain-lain, agar mereka mempunyai tahap kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik.
Dalam kempen ini, mereka juga bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri bagi menekankan kepentingan aspek kesihatan mental golongan pengasuh dan penjaga.
Platform MindCare
“MindCare: Sokongan Kesihatan Mental Proaktif untuk Komuniti Pengasuh dan Penjaga” mengiktiraf keperluan penjagaan dalam kalangan golongan yang berbakti dan memberikan khidmat penjagaan seperti ibu bapa, pengasuh dan penjaga.
MindCare ialah platform khusus yang memberikan sokongan segera kepada golongan berkenaan. Ia akan bertindak sebagai ruang yang selamat.
Di mana mereka boleh mendapatkan bantuan, bimbingan, akses kepada pakar dan penilaian kesihatan mental secara percuma menggunakan program Mind Strength FWD Takaful.
Ia adalah sebuah teknologi penjagaan kesihatan digital yang pertama dalam pasaran. Kempen ini berhasrat untuk menangani cabaran dan stigma yang dihadapi oleh penjaga, termasuk ibu bapa, pengasuh kanak-kanak dan penyedia khidmat penjagaan warga emas.
Pada masa sama, program ini turut ingin menyantuni komuniti pengasuh dan penaga yang lebih luas dengan kerjasama rakan kongsi korporat.
Dengan tumpuan khas pada komuniti Kiddocare, yang terdiri daripada kira-kira 70,000 ibu bapa dan pekerja jagaan, kempen ini akan menjadi sumber yang berharga untuk mereka dan keluarga mereka.
Baca Juga:
Pendekatan Kempen:
1. Video Bual Bicara “Care To Talk”:
Sesi bual bicara dihoskan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim yang menampilkan golongan profesional kesihatan mental, ibu bapa dan pengasuh.
Sesi ini akan menjadi sebuah wadah perkongsian pengalaman, pandangan, dan strategi pengurusan tekanan kesejahteraan mental.
Ia juga bertujuan untuk membuka mata orang ramai bahawa mereka tidak bersendirian dan dialu-alukan untuk berbicara tentang aspek kesejahteraan mental mereka.
2. Pandangan Pakar:
Video-video pendek selama seminit yang menghuraikan salah tanggapan serta pandangan dan pengalaman pakar tentang aspek kesihatan mental.
Video ini mengemukakan perspektif pakar dalam menangani kebimbangan dan salah tanggapan lazim berkaitan kesihatan mental. Ia akan dipromosikan di laman mikro “MindCare” serta platform media sosial Kiddocare dan FWD Takaful.
3. Penilaian Mind Strength:
Golongan penjaga termasuk ibu bapa, digalakkan untuk melakukan Penilaian Mind Strength, sebuah program penilaian ringkas. Terbukti secara saintifik di bawah program FWD Mind Strength anjuran FWD Takaful.
Penilaian ini akan disusuli dengan lima sesi bimbingan minda percuma secara maya bersama ahli profesional kesihatan mental.
4. Laman Mikro MindCare:
“MindCare Hub” ialah laman mikro khusus yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat, program penilaian dan pandangan pakar. Hab ini akan menjadi sumber komprehensif dan tersedia untuk ibu bapa dan pekerja jagaan yang ingin mendapatkan bimbingan dan sokongan.
5. Penganjuran Aktiviti di Peringkat Lapangan:
Terdapat enam aktiviti MindCare yang menyeronokkan & menarik semasa pelancaran bagi memupuk persekitaran yang interaktif dan bersifat menyokong.
Aktiviti tersebut yang mengandungi pelbagai teknik untuk melegakan tekanan akan menggalakkan aspek kesejahteraan mental dengan mengurangkan tekanan, meningkatkan daya tahan emosi.
Di samping menggalakkan aspek mindfulness, meningkatkan mood, memupuk rasa cinta diri dan memberikan peserta pendekatan khusus untuk kesejahteraan mental secara menyeluruh.
Utamakan Kesejahteraan Mental dan Emosi
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff berkata, “Inisiatif ini merupakan langkah penting yang berpandangan jauh dalam misi kami untuk menyokong komuniti pengasuh dan penjaga. Di samping menghapuskan stigma yang melingkari perbincangan tentang kesihatan mental.
Penjagaan yang penuh perhatian dan optimum bermula dengan minda yang dijaga atau dipupuk dengan baik. Kami percaya bahawa dengan menyediakan sokongan serta sumber segera.
Di samping, boleh diakses, penjaga dan pengasuh bukan sahaja akan meningkatkan kemahiran penjagaan mereka. Bahkan juga mengutamakan kesejahteraan mental dan emosi mereka sendiri.
Bersama FWD Takaful, kami komited untuk mewujudkan komuniti yang menyokong dan meraikan peranan penting ibu bapa dan penjaga dalam masyarakat kita.”
200 Baucar Perkhidmatan Kiddocare Percuma
Berteraskan pendekatan yang unik dan prihatan, FWD Takaful akan menyediakan 200 baucar perkhidmatan Kiddocare percuma untuk ibu bapa.
Baucar ini membolehkan mereka untuk menikmati sesi pengasuhan anak selama dua jam secara percuma sewaktu mereka menyertai program Mind Strength FWD Takaful untuk memulihkan kesihatan mental.
Sokongan begini membantu golongan ibu bapa untuk memberi tumpuan kepada aspek kesejahteraan dan perkembangan peribadi sewaktu anak-anak mereka dijaga oleh pengasuh Kiddocare yang berpengalaman.
“Di FWD Takaful, kami komited untuk mengubah cara orang ramai memahami takaful. Dalam hal ini, kami menyedari bahawa aspek kesihatan mental semakin mendapat perhatian positif di Malaysia.
Kami berbangga untuk menerajui trend ini menerusi teknologi kesihatan digital pertama dalam pasaran yang percuma iaitu program FWD Mind Strength.
Menerusi kerjasama ini, kami berupaya untuk mendekati golongan penjaga dan pengasuh sekali gus memperkasakan mereka untuk mengutamakan aspek kesihatan mental.
Kami turut berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kiddocare bagi memberi impak positif dalam ruang ini,” kata Ketua Pegawai Pengedaran FWD Takaful, Wan Ahmad Najib bin Wan Ahmad Lotfi.
Kempen “MindCare: Sokongan Kesihatan Mental Proaktif Untuk Komuniti Pengasuh dan Penjaga”. Mengorak langkah penting dalam mengutamakan kesihatan mental ibu bapa dan penjaga.
Dengan menawarkan pendekatan, pengetahuan dan sokongan sebegini, kerjasama antara Kiddocare dan FWD Takaful ini akan memberi impak yang berkekalan.
Khususnya kepada kehidupan ibu bapa dan komuniti penjaga lain serta orang tersayang di bawah jagaan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai “MindCare: Sokongan Kesihatan Mental Proaktif Untuk Komuniti Pengasuh dan Penjaga”, sila layari https://kiddocare.my/mindcare