Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Malaysia Hobby Expo

Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023

Posted on 11/23/2023 by 123mamanet

Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali untuk tahun ke-5 dengan lebih 50 jenis aktiviti hobi yang menarik. Acara ini akan berlangsung selama 2 hari, bermula pada 2 hingga 3 Disember 2023, di MAEPS Serdang.Manakala puncak acaranyaa, Konsert “Passion of Sound” pada 2 Disember 2023. Specta Group Venture sebagai penganjur utama bersama Shopee sebagai penaja utama menjanjikan pengalaman yang lebih bermakna.

Isi Kandungan hide
1 Penuh Warna dengan 50+ Aktiviti Hobi dan 250 Pempameran Kreatif
2 Inspirasi Expo Antarabangsa
3 Konsert “Passion of Sound”
4 Pertandingan Mini 4WD MHXCUP2023
5 Hobi Sihat dan Kreatif untuk Semua Generasi
6 Pertandingan Memancing
7 Mengajak Pemuda dan Usahawan Muda Untuk Bersinar
8 Beli Sekarang!

 

Malaysia Hobby Expo

Penuh Warna dengan 50+ Aktiviti Hobi dan 250 Pempameran Kreatif

Malaysia Hobby Expo 2023 bukan sekadar pameran, tetapi juga satu perhimpunan peminat hobi dari pelbagai lapisan masyarakat. Dari kereta kawalan radio hingga koleksi vintaj, sukan lasak hingga haiwan peliharaan, dan banyak lagi.

Acara ini menawarkan zon-zon seperti “Hobby Bazaar,” “Hobby Group,” “Vintage Bazaar,” zon sukan lasak, zon haiwan peliharaan dan zon “Outdoor” dengan lebih 250 pempamer. Setiap zon ada dunia tersendiri yang cukup menyeronokkan dan bermanfaat.

Inspirasi Expo Antarabangsa

Menurut Pengasas Malaysia Hobby Expo, En Muhammed Fidzri Syafeeq, kewujudan Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow. Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019.

“Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari, tambahan 35 % dari sasaran pada 2019.”

Baca Juga:

Petua Hitamkan Rambut Beruban

Kempen Year End Zakat (YEZ) 2023

 

Malaysia Hobby Expo

Konsert “Passion of Sound”

Puncak acara ini adalah Konsert “Passion of Sound” pada 2 Disember 2023. Menampilkan lima artis terkenal tanah air, seperti Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan. Konsert mega ini dijamin memikat penonton dari jam 7 petang hingga 12 malam.

Tiket boleh didapati di Shopee mulai 21 November, dengan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk sebuah kereta MYVI dan motorsikal Yamaha LC V8.

Pertandingan Mini 4WD MHXCUP2023

Tahun ini juga menyaksikan pengajuran Mini 4WD MHXCUP2023, pertandingan Mini 4WD terbesar di Malaysia dengan lebih daripada RM30,000 hadiah.

Lebih daripada 300 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei akan bersaing dalam pertandingan ini. Ia dianjurkan oleh FITA Hobby Shop dan MHX2023, dengan sokongan GTMC.

Hobi Sihat dan Kreatif untuk Semua Generasi

Penganjuran ini mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Rakan Muda, memberi penekanan kepada kepentingan menggalakkan generasi muda untuk mengejar hobi secara sihat dan kreatif.

Ia turut disokong oleh nama-nama besar seperti MPH, Todak, U Mobile, Gardenia, FITA Hobby Shop, dan Decathlon, bersama dengan penyokong utama seperti Malaysia Cat Groomer Association, Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala, Eight Bar, dan Elf Bar.

Pertandingan Memancing

Sempena ulang tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo 2023 pihak Malaysia Hobby expo akan membuat keunikan dengan menyediakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing.

Pertandingan memancing ini dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama pertandingan memancing ini.

Mengajak Pemuda dan Usahawan Muda Untuk Bersinar

Malaysia Hobby Expo 2023 bukan sekadar acara hobi, tetapi juga satu platform untuk usahawan muda mempamerkan produk mereka. Dengan pelbagai zon dan sokongan daripada selebriti seperti Fizo Omar dan Shuib, acara ini membuka pintu untuk mereka yang ingin berkongsi minat dan produk mereka.

Dengan pelbagai kegiatan dan sokongan besar, Malaysia Hobby Expo 2023 pastinya memberikan pengalaman tak terlupakan kepada semua pengunjung.Dari pencinta hobi hingga keluarga dan usahawan muda.

Beli Sekarang!

Tiket pembelian konsert ini akan di jual di platform Shopee & Platform https://ticket.myhobbyexpo.com/register. Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. Cabutan ini akan dibuat pada malam tersebut.Hadiah cabutan ini adalah yang teristimewa sempena tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo ini.

Jadi, sertainya pada  2-3 Disember ini, jom bangkitkan semangat kegemaran dan kreativiti dalam diri kita!

3 thoughts on “Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023”

  1. Pingback: Kiddocare dan FWD Takaful Lancar "MindCare" - 123mamanet
  2. Pingback: Pepsodent Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut - 123mamanet
  3. Pingback: SUPALAPA Festival - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme