SUPALAPA Festival adalah pesta muzik yang dinanti-nantikan. Ia bakal berlangsung di Resorts World Awana, Genting Highlands pada 2 dan 3 Mac tahun depan. Festival tersebut bakal mengegarkan dengan gelombang artis yang pertama, menjanjikan hujung minggu yang padat dengan persembahan muzik cukup bertenaga!
Bukan Sekadar Persembahan Muzik
Di samping pengembaraan yang mengujakan di empat pentas yang disusun khas – Kinda Big Stage, Very Tall Stage, Pooltato Stage and Tristan Da Cunha Stage.
Acara ini tidak hanya menjanjikan persembahan muzik sahaja, tetapi juga acara kesenian, makanan, keseronokan dan kejutan yang belum pernah dialami sebelum ini.
Gelombang artis pertama SUPALAPA Festival menampilkan penyanyi hip-hop dinamik Armani White, pasangan DJ muzik trance ternama Cosmic Gate, juara carta Tones and I serta sensasi TikTok Ian Asher dan Keemokazi.
Turut menyertai mereka adalah barisan bakat-bakat hebat seperti Rave Republic daripada DJ Mag’s Top 100, Belle Sisoski, Jovynn, Coex, Forceparkbois, Hard Lights, Notep, NYK, Früde, Limguini dan Solarprint. Terdapat pelbagai persembahan dan acara menarik yang bakal diumumkan.
SUPALAPA Festival 2024
Pengarah Pesta SUPALAPA Festival 2024, Addam Maleq berkata, “Ia pasti MENGGEMPARKAN, ia pasti BERTENAGA dan nantikan barisan artis yang bakal disajikan kerana ia akan menjadi semakin hebat. TAK TIPU BRO!”
“Selamat datang bakal Supalapian, ke SUPALAPA Festival 2024 – di mana acara yang telah diaturkan adalah sangat istimewa sehinggakan kami sendiri sukar mempercayainya! Ini bukannya konsert ‘Man Laksa’ yang ada gerai burger di tepinya – oh tidak! Ini adalah pengalaman merentas galaksi yang sebenar.
Di sini, kita ada pelbagai acara muzik, aktiviti kesenian, perlawanan gusti dan pertandingan menari yang pasti menggemparkan! Jika anda terlepas peluang ini, anda pasti akan menyesal.
Jadi ingat – SUPALAPA Festival 2024, di mana impian muzik anda pasti menjadi nyata menerusi komitmen kami terhadap penganjuran pesta muzik yang terhebat!” kata Ketua Acara SUPALAPA Festival 2024, Christopher Liu De.
Pesta Hujung Minggu
SUPALAPA FESTIVAL tidak hanya menawarkan persembahan muzik; ia adalah pesta hujung minggu mengasyikkan yang menggabungkan hiburan bertaraf dunia dengan penginapan serba mewah, bersama-sama dengan aktiviti rekreasi menarik dan persekitaran alam semula jadi yang mengagumkan.
Tiket Fasa 1 untuk SUPALAPA Festival 2024 kini boleh didapati di www.supalapa.com, manakala tiket Fasa 2 dan Fasa 3 masing-masing akan mula dijual pada 21 Disember 2023 dan 21 Januari 2024. Para peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket dengan lebih awal kerana pengalaman yang tidak boleh dilepaskan ini pasti mendapat sambutan hangat.
SUPALAPA berazam untuk menentang aktiviti penipuan tiket dengan habis-habisan menerusi penggunaan sistem penjualan tiket pintar yang dilengkapi dengan teknologi anti penipuan oleh Crowdserve. Ini menjanjikan ketelusan, keselamatan dan kawalan untuk para hadirin, mengekang pencatut dan penipu dengan menggunakan teknologi kod QR mereka yang dinamik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai SUPALAPA Festival, sila kunjungi www.supalapa.com atau ikuti SUPALAPA Festival 2024 di Facebook dan Instagram.
Mengenai Prodigy 1 Nation:
Prodigy 1 Nation telah ditubuhkan pada 2022, di mana pasukannya terdiri daripada para usahawan, karyawan kreatif, dan pakar teknikal yang kesemuanya mempunyai minat mendalam terhadap muzik dan pengalaman dalam industri penganjuran acara.
Pasukan Prodigy 1 Nation antaranya telah berjaya menjadi sebahagian daripada penganjur konsert muzik secara langsung dan pesta terbesar di rantau Asia Tenggara.
Mengenai SUPALAPA Festival:
Ia bakal menjadi salah satu acara muzik terkemuka di Malaysia, yang menampilkan barisan pelbagai artis antarabangsa, serantau, dan tempatan. Sepanjang tempoh dua hari, pesta muzik ini pasti memukau para peminat muzik dengan gabungan pelbagai genre, daripada hip-hop, R&B, K-pop hinggalah kepada rangkaian muzik elektronik menerusi tiga pentas yang direka bentuk secara unik.
SUPALAPA menghargai kepentingan keseluruhan pengalaman penggunanya yang sesuai dengan minat mereka. Tidak kira sama ada makan, menari, mencuba sesuatu yang baru, bersantai atau menemui teman baru.
Artikel Lain:
2 thoughts on “SUPALAPA Festival”