Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Immersive Winterland

Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City

Posted on 11/30/202311/30/2023 by 123mamanet

i-City, Bandar Teknologi No. 1 Malaysia melancarkan Immersive Winterland hari ini. Pusat pengalaman imersif yang pertama di Malaysia ini menggabungkan teknologi, hiburan, dan seni secara serasi untuk menyampaikan pengalaman deria yang benar-benar mengasyikkan.

Isi Kandungan hide
1 Jom Terokai Alam Demensi Ketujuh
2 Nikmati Pengalaman di Immersive Winterland
2.1 Immersive Ski Simulator
2.2 Immersive Snowball Simulator
2.3 360° Immersive Explorer
2.4 Immersive Exploration Cave
2.5 Blossom Odyssey
3 Evolusi Edutainment Interaktif

Immersive Winterland

Jom Terokai Alam Demensi Ketujuh

Berbeza daripada pusat hiburan yang sedia ada, Immersive Winterland menerokai alam dimensi ketujuh. Berbeza dengan pengalaman 5D biasa, Immersive Winterland ini menawarkan tahap penglibatan deria yang lebih dan kompleksiti teknologi yang lebih tinggi, menggabungkan simulasi pergerakan yang lebih rumit untuk memberikan pengalaman yang benar-benar menyeluruh dan memukau.

Kemuncak pengalaman pusat hiburan di i-City, Shah Alam itu adalah permainan 360° Immersive Explorer di mana seseorang pengunjung akan dapat mengalami pengalaman menaiki pesawat yang merudum dari tebing salji ke lautan terbuka dan banyak lagi secara tujuh dimensi.

Para tetamu yang memasuki Immersive Winterland juga akan dihantar ke alam di mana makhluk-makhluk purba musim sejuk hidup semula. Mereka juga dapat merasai simulasi sukan musim sejuk seperti Skii Scape dan Snowballing.

Projeksi digital bunga-bungaan yang berwarna-warni dan haiwan-haiwan yang realistik turut menceriakan interior Immersive Winterland, merangsang deria dan imaginasi para pangunjung. Pengalaman ini melampaui visual. Ia meransang deria para pengunjung dengan pelbagai suhu, sensasi taktil, dan landskap bunyi yang menarik yang dicipta oleh teknologi audio spatial yang canggih.

Baca Juga:

SUPALAPA Festival

Richiamo Coffee

 

Immersive Winterland

Nikmati Pengalaman di Immersive Winterland

Di dalam Immersive Winterland, pengunjung akan mendapat pengalaman:

 

Immersive Ski Simulator

Simulasi ski imersif pertama di Malaysia menawarkan pengalaman ski yang tulen, memberikan peluang yang jarang-jarang dapat dirasai penduduk tempatan untuk merasai keghairahan sukan ini.

Immersive Snowball Simulator

Tarikan yang menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk menggulung bola salji dan terlibat dalam persaingan yang mesra ini mendorong persaudaraan dan persaingan sihat.

360° Immersive Explorer

Menawarkan pengalaman tujuh dimensi melalui realiti tambahan dan maya tanpa perlu kaca mata. Tarikan unik ini menonjol kerana sifatnya yang mengasyikkan.

Immersive Exploration Cave

Memaparkan pergerakan makhluk purba dan membolehkan penglibatan interaktif. Gua ini membolehkan para pengunjung untuk belajar mengenai makhluk purba yang pernah mendiami Bumi.

Blossom Odyssey

Menyediakan penjelajahan yang mempesonakan dalam dunia bunga. Pengalaman ini menceritakan kecantikan budaya bunga-bunga pelbagai musim.

Evolusi Edutainment Interaktif

“Perasmian Immersive Winterland menandakan satu saat penting dalam evolusi edutainment interaktif. Ia bukan hanya hiburan semata-mata. Sebaliknyaia membentuk persekitaran pembelajaran dinamik dan imersif.  Yang  mana membangkitkan imaginasi dan menggalakkan penglibatan yang menyeluruh,” kata Pengerusi I-Berhad Tan Sri Lim Kim Hong.

1 thought on “Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City”

  1. Pingback: SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme