Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
SCENTIFY

SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu

Posted on 12/01/2023 by 123mamanet

Tugas membersih dan mengemas rumah kini lebih menyeronokkan dengan SCENTIFY by Enchanteur, sebuah rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu dari jenama wangian kegemaran Malaysia.

Isi Kandungan hide
1 Maraton 24 Jam
2 SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car
3 The Malaysia Book of Records
4 Kehebatan SCENTIFY Eau de Fabric

SCENTIFY

Maraton 24 Jam

Sempena pelancaran rangkaian baharu ini, sebuah acara maraton menggosok pakaian telah diadakan di MYDIN Hypermarket USJ di mana seramai 80 orang telah menggosok lebih 10,000 helai pakaian dalam masa 24 jam.

Maraton 24 jam yang bermula pada 29 November ini bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk menampilkan kelebihan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric kepada penonton dan orang ramai.

Di mana fungsinya tidak hanya terhad kepada menyegar fabrik, tetapi juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian.

Kini, aktiviti menggosok pakaian lebih memberangsangkan dan pakaian akan kekal wangi untuk tempoh yang lebih lama!

Baca Juga:

Immersive Winterland

Tingkatkan Kesihatan Usus

 

SCENTIFY
Wany Hasrita dan Izzue Islam bergabung dalam “duet menggosok”

SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car

Rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car ini dicipta atas permintaan tinggi pengguna terhadap produk penyegar fabrik dan pewangi kereta yang tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang enak.

Malahan, SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi 3 variasi wangian premium yang membangkitkan mood.

Rangkaian ini juga adalah bukti dedikasi jenama Enchanteur yang komited dalam meningkatkan gaya hidup pengguna.

SCENTIFY

The Malaysia Book of Records

Turut memeriahkan acara, selebriti terkenal penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam telah bergabung dalam sebuah “duet menggosok” sebagai penutup kepada penutup 24 jam.

Di kemuncak acara, sejumlah 10,700 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh hanya satu hari, melayakkan SCENTIFY oleh Enchanteur Eau de Fabric dalam The Malaysia Book of Records bagi “Jumlah Pakaian Terbanyak yang Digosok dalam Sehari”.

Sijil rasmi ini telah dianugerahkan oleh pihak The Malaysia Book of Records kepada Puan Rozaina & Encik Syed Ashiq selaku wakil dari SCENTIFY. Manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili oleh Yang Berbahagia Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd dan Yang Berbahagia Dato’ Murad Ali Mydin Mohamed, merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Kehebatan SCENTIFY Eau de Fabric

Kejayaan maraton dan pensijilan ini jelas  membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric adalah “rakan” penting bagi setiap isi rumah kerana, selain menyegar fabrik, ia juga membuat tugas membersih dan mengemas lebih  seronok dengan wangian mewah. Dalam kata lain, ia bukanlah penyegar biasa-biasa!

Segera dapatkan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) pada harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia Dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak.

 Manakala untuk Semenanjung Malaysia,rangkaian SCENTIFY by Enchanteur Eau de Car (14ml) boleh didapati pada harga RM9.90 .

Di samping itu, RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semua peruncit utama, pasaraya, and pasar-pasar hyper di seluruh negara. Segarkan kehidupan dengan SCENTIFY!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat

Recent Posts

  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme