Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut

Posted on 11/27/202311/27/2023 by 123mamanet

Pepsodent, jenama penjagaan mulut halal yang dipercayai keluarga pada hari ini telah melancarkan kempen untuk meningkatkan kesedaran kebersihan gigi dalam kalangan komuniti B40 di Lembah Klang melalui kempen 2-2-10 di PPR Lembah Subang.

Isi Kandungan hide
1 Kerjasama dengan Universiti MAHSA dan MYDIN
2 Kepentingan Kebersihan Mulut
3 Sekolah Pergigian Terkemuka di Malaysia
4 Berita baik buat Komuniti B40!
5 Ubat Gigi Yang Dipercayai dan Halal

 

Kerjasama dengan Universiti MAHSA dan MYDIN

Jenama ini telah bekerjasama dengan Universiti MAHSA dan MYDIN dengan matlamat untuk melengkapkan isi rumah B40 (kumpulan berpendapatan rendah) dengan maklumat dan alat untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

Menurut Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan Malaysia 20191, prevalens terhadap kaviti dan karies gigi kekal tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Sekalipun pelbagai usaha telah dilaksanakan selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kesedaran kesihatan gigi.

Kepentingan Kebersihan Mulut

Kempen di lapangan yang bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia tentang kepentingan kebersihan mulut telah dikonsepkan dan dilancarkan oleh Unilever International – rakan kongsi unit perniagaan global Unilever.

‘Pepsodent 2-2-10’ adalah berdasarkan tindakan mudah memberus gigi dengan ubat gigi yang betul berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan, iaitu 2 minit setiap kali, 2 kali sehari2 untuk mendapatkan gigi yang 10 kali lebih kuat.

“Sebagai jenama penjagaan mulut yang dipercayai keluarga, Pepsodent percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada produk penjagaan mulut yang berkualiti tinggi dan mampu milik.

Kempen 2-2-10 bertujuan untuk menyemai kepentingan asas kebersihan pergigian dan langkah mudah untuk mengamalkannya dengan berkesan.

Bersama rakan kongsi kami MAHSA dan MYDIN Prihatin, kami komited untuk menyampaikan mesej pendidikan dan amalan penjagaan mulut yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia sekali gus memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa diutamakan.

Tujuan Unilever International untuk ‘berkhidmat kepada yang terabai’ adalah selaras dengan kempen ini iaitu demi mendidik dan memperkasakan komuniti yang terabai tentang kepentingan kebersihan mulut.” kata Nitin Agarwal, Ketua Pegawai Pemasaran, Unilever International.

Sekolah Pergigian Terkemuka di Malaysia

Sekolah Pergigian MAHSA dan para pelajarnya menyediakan pakar penjagaan gigi mereka untuk kempen ini. Sebagai salah satu sekolah pergigian yang terkemuka di Malaysia, MAHSA komited untuk menyediakan dan mengekalkan standard kesihatan mulut yang optimum buat masyarakat.

Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim, dekan fakulti pergigian di MAHSA berkata, “Fakulti Pergigian MAHSA komited untuk memberi pendedahan kepada pelajar kami berkenaan peluang dalam sains pergigian.

Oleh itu, kami gembira apabila Pepsodent menghubungi kami untuk sama-sama berganding bahu. Kami percaya bahawa semua rakyat Malaysia bukan sahaja seharusnya mempunyai akses kepada penyelesaian penjagaan gigi yang betul. Tetapi mereka juga perlu menyedari kepentingan pendidikan dan amalan kesihatan gigi yang baik.

Melalui penyertaan pelajar kami dalam kempen ini, kami bukan sahaja dapat memberi mereka peluang praktikal dalam merawat pesakit dengan amalan penjagaan mulut yang mudah tetapi juga membantu mereka menangani cabaran kehidupan sebenar dalam pendidikan kesihatan pergigian awam.”

Baca Juga: 

Malaysia Hobby Expo 2023

Tingkatkan Kesihatan Usus

 

Berita baik buat Komuniti B40!

Kempen ini disokong oleh MYDIN Prihatin, cabang CSR Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN). Melalui gandingan ini, Pepsodent menyasarkan untuk mengedarkan 60,000 kit ubat gigi kepada komuniti B40 di seluruh Malaysia.

“Apabila kami mengetahui rancangan Pepsodent untuk mengaktifkan kempen ini, kami tidak sabar-sabar untuk turut sama berganding bahu. MYDIN Prihatin ditubuhkan atas premis membantu rakyat Malaysia menjaga sesama rakyat Malaysia.

Bersama Pepsodent dan melalui rangkaian MYDIN Prihatin, kami berharap komuniti B40 di seluruh Malaysia dapat memiliki asas kebersihan pergigian yang lebih kukuh.Di samping amalan kesihatan mulut yang betul,” kata Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.

Selain pengagihan kit penjagaan mulut kepada orang ramai, pengaktifan kempen ini turut merangkumi pemeriksaan dan rundingan kesihatan pergigian, demonstrasi memberus gigi setiap jam serta pengedaran kit ubat gigi.

Kempen ini juga akan diaktifkan di Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak. Kit ubat gigi dan maklumat petua penjagaan gigi yang mudah akan diedarkan lagi oleh inisiatif MYDIN Prihatin.

Ubat Gigi Yang Dipercayai dan Halal

Pepsodent ialah ubat gigi yang dipercayai keluarga, disahkan halal serta sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mengandungi Mikro Kalsium Aktif dan Pro-Fluoride Kompleks untuk membaiki lubang kecil yang tidak kelihatan. Seterusnya mampu membantu membentuk kaviti dengan mencipta lapisan perlindungan untuk mencapai gigi 10 kali lebih kuat.

Ubat gigi Pepsodent boleh didapati dalam pek 225gx2 di semua pasar raya dan pasar raya besar dengan harga RSP RM 9.60.

Nota kaki:

  • Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, Laporan Teknikal – Jilid II (Permintaan Penjagaan Kesihatan)
  • Memberus Gigi – PORTAL MyHEALTH. PORTAL MyHEALTH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme