AWAS! MUSIM PKP BANYAK MAKAN PUNCA KOLESTEROL NAIK MENDADAK!

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berat badan memang lain macam. Makan saja! Silap-silap kolesterol pun naik mendadak!

Sudahkah anda periksa tahap kolesterol dalam darah anda? Usah diambil remeh. Bacaan kolesterol naik turut perlu dipantau sama seperti diabetes dan darah tinggi.

Berapa bacaan kolesterol yang normal, tinggi dan terlalu tinggi? Untuk makluman anda, bacaan di bawah 5.2 mmpl/L adalah IDEAL. Manakala 5.2-6.1 adalah ATAS SEMPADAN dan 6.2 ke atas adalah TINGGI.

BANYAK FAKTOR PENYEBABKAN KOLESTEROL NAIK, SALAH SATUNYA ADALAH GAYA HIDUP

Berikut ini adalah hal-hal yang dikategorikan sebagai gaya hidup tidak sihat yang berisiko tinggi mengundang peningkatan kadar kolesterol jahat pada darah.

Makanan Tidak Sihat

Makanan-makanan yang tinggi kadar lemak ialah otak sapi, daging kambing, daging itik dengan kulit, kulit ayam, kerang, udang, sotong, dan telur burung puyuh.

kolesterol naik

Tidak Bersenam Atau Melakukan Kerja Berat

Lemak yang diambil terus terkumpul kerana tidak digunakan. Bahkan tenaga yang tersimpan juga apabila tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak sebagai punca obesiti atau memiliki lingkaran pinggang yang berlebihan.

Untuk orang Asia, obesiti bererti memiliki indeks massa tubuh di atas 25 (kg/m2) dengan lingkaran pinggang berlebihan iaitu melewati 90 cm bagi lelaki atau 80 sm untuk perempuan. Jika seseorang mengalami obesiti, maka dia cenderung memiliki kadar kolesterol jahat dan kadar trigliserida yang lebih tinggi serta kadar kolesterol baik yang lebih rendah.

Trigliserida adalah salah satu daripada zat lemak dalam darah. Ada beberapa penyebab naiknya kadar trigliserida dalam tubuh seseorang, antara lain kerana faktor genetik, kegemukan, terlalu banyak mengambil minuman keras, dan terlalu banyak mengambil makanan yang mengandung gula atau lemak tinggi.

Perokok

Pada rokok ada zat kimia yang disebut akrolein. Zat ini menghentikan aktiviti HDL atau kolesterol baik untuk mengangkut timbunan lemak dari tubuh menuju hati untuk dibuang. Apabila hal ini tidak berlaku maka akibatnya boleh terjadi penyempitan arteri atau aterosklerosis.

FAKTOR LAIN YANG MENJADI PUNCA KOLESTEROL NAIK

kolesterol naik

Selain gaya hidup, ada beberapa keadaan yang boleh mengubah kadar kolesterol naik tinggi, di antaranya adalah tekanan darah tinggi dan diabetes, kelenjar tiroid yang kurang aktif, penyakit hati, dan penyakit buah pinggang. Merawat penyakit-penyakit  tersebut akan membantu menurunkan kadar kolesterol.

Kolesterol tinggi juga sering dialami oleh bangsa-bangsa tertentu di dunia. Seseorang yang berketurunan Bangladesh, India, Sri Lanka, atau Pakistan lebih berisiko mendapatkan kolesterol tinggi. Selain bangsa, usia juga menjadi faktor penentu. Seiring pertambahan usia, risiko untuk berlaku penyempitan arteri atau aterosklerosis makin meningkat.

Faktor lain adalah sejarah keluarga atau genetik. Keadaan kolesterol tinggi yang terjadi di dalam keluarga disebut familial hypercholesterolaemia. Satu daripada lima ratus orang mewarisi keadaan ini daripada orang tua.

kolesterol naik

Biasanya mereka yang mewarisi penyakit ini tidak boleh menghilangkan kadar kolesterol tinggi yang terdapat dalam darah dengan sempurna. Bagi mereka yang hidup dengan kadar kolesterol tinggi, bererti berisiko untuk mendapatkan serangan jantung lebih awal.

Anda lebih mudah terkena kolesterol naik tinggi jika keluarga lelaki (ayah atau saudara kandung) terkena stroke atau penyakit jantung koroner di bawah usia 55 tahun. Anda juga mudah memiliki kolesterol tinggi jika keluarga perempuan anda (ibu atau saudara kandung) terkena stroke atau darah tinggi di bawah usia 65 tahun.

Sumber:alodoktero.com

(Visited 1,795 times, 1 visits today)

Back to top