Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
datang haid

KONGSI PENGALAMAN DATANG HAID DALAM KEMPEN ‘LET’S GET REAL’ LIBRESSE®

Posted on 04/26/201704/26/2017 by 123mamanet

SEMBILAN DARIPADA 10 WANITA BERSETUJU BAHAWA IKLAN MENGENAI PENGALAMAN DATANG HAID MESTILAH LEBIH REALISTIK APABILA DITANYA OLEH LIBRESSE® MENGENAI IKLAN TUALA WANITA?

Isi Kandungan hide
1 Libresse® melancarkan kempen “Let’s Get Real” supaya wanita boleh berkongsi pendapat mengenai iklan dan pengalaman datang haid mereka.
2 Adakah iklan tuala wanita yang pernah anda tonton di TV menggambarkan keadaan sebenar semasa anda datang bulan?
3 Masihkah anda ingat iklan-iklan wanita sedang datang haid berketawa, menari gembira, membuat aktiviti-aktiviti lasak, bangun pagi dengan ceria, kesemuanya dalam pakaian putih?
4 Pernahkan anda bertanya samada kelakuan tersebut realistik bagi seseorang yang datang haid?
5 Biasanya kita tidak boleh mengenal pasti ketidakpekaan terhadap sesuatu melainkan ia diberitahu oleh seseorang. Jadi, bagaimanakah ketidakpekaan yang hadir dalam iklan/komersial TV mengimpak kita?
6 APAKAH YANG DIGAMBARKAN SEBAGAI “REALITI” DALAM IKLAN TUALA WANITA DAN PENGALAMAN DATANG HAID MEREKA ITU BENAR?
6.1 Oleh sebab itu, barangan penjagaan wanita berjenama Libresse® melancarkan kempen ‘Let’s Get Real’ untuk meningkatkan kesedaran dan mencetuskan pemikiran wanita untuk berfikir semula dengan realistik.
6.2 Kempen ini membuka ruang untuk melenyapkan mitos bahawa haid adalah topik yang tabu. Libresse mengambil inisiatif untuk menjana beberapa siri undian dalam talian, yang telah menarik lebih daripada 5,000 responden.
6.3 Ia menonjolkan pandangan telus pengguna yang mengakui adanya cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita semasa haid.
6.4 Daripada keputusan ini, kempen ini dapat gambaran yang jelas dan lebih realistik yang dilalui oleh wanita, dan merentas jalan untuk komunikasi yang lebih relevan.
7 SEPERTI DALAM IKLAN DI MEDIA?
7.1 Jadi, apakah ciri-ciri biasa yang ditunjukan dalam iklan tuala wanita hari ini? Responden berkata bahawa situasi berikut biasa ditonjolkan di media:
7.2 Gadis berketawa, menari atau meloncat dengan riang.
7.3 Gadis berpakaian putih atau berwarna pastel.
7.4 Gadis bangun pagi dengan ceria dan riang.
7.5 Gadis yang sangat aktif bersukan.
7.6 Betul kah? Setiap wanita mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman datang haid, dan ia jauh berbeza dengan apa yang digambarkan. Sebenarnya, sembilan daripada 10 responden merasakan bahawa kebanyakan iklan tuala wanita tidak tepat. Tetapi, jika iklan tersebut tidak realistik, apakah yang dikatakan realistik?
8 PENDAPAT SEBENAR WANITA YANG DATANG HAID
8.1 Sewaktu datang haid, wanita mengalami gangguan emosi dan ketidakselesaan fizikal. Tiga gejala utama yang dialami adalah perubahan emosi mendadak, kekejangan, dan kembung perut.
8.2 “Setiap wanita mengalami pengalaman tersendiri semasa haid – sementara sesetengah wanita tidak terjejas lansung, kebanyakan wanita mengalami sesuatu. Jadi ia lebih elok sekiranya iklan lebih relevan. Apabila kita berasa penat, sakit dan mengalami kekejangan serta tidak lena tidur, takkan kita berasa ceria dan bertenaga,” kata selebriti jemputan istimewa Adibah Noor.
8.3 Beliau menambah, “Walaupun kita tidak membiarkan ia menjadi halangan, tetapi waktu kedatangan haid memang tidak seronok. Jadi kenapa ia mesti digambarkan sebegitu?”
8.4 Vlogger popular Shazreen Fazlynda bersetuju, “Saya tidak pernah mempersoalkan iklan barangan penjagaan wanita sebelum ini tetapi kini, saya sedar bahawa apa yang dipaparkan jauh berbeza dengan realiti. Sebagai seorang ibu, saya selalu mengejar masa di antara sesi pengambaran dan mesyuarat sambil membawa bayi setiap hari, walaupun sedang mengalami kekejangan atau kepenatan.”
8.5 Tergerak dengan usaha meningkatkan kesedaran tentang gambaran tidak tepat mengenai haid, Shazreen telah menghasilkan sebuah video yang disasarkan untuk menghidupkan mesej ‘Let’s Get Real’. Video ini boleh dilihat di saluran YouTube nya dan di laman Facebook Libresse® Malaysia.
9 JADI, ADAKAH WANITA BERKELAKUAN SEPERTI DI BAWAH SEMASA HAID?
9.1 Meloncat dengan keriangan – 78 peratus berkata mereka berasa teramat penat dan tidak mahu bergerak langsung.
9.2 Memilih untuk berpakaian putih – 78 peratus berkata “tidak dan kebanyakan (98 peratus) berkata mereka berasa tersangat malu atau sekurang-kurangnya berasa rendah diri bila terkena tompokan darah.
9.3 Merasa keinginan bersosial – lebih daripada separuh responden lebih suka bersendiri ataupun bersama teman karib pada waktu ini.
9.4 Membuat senaman serius? – Lebih daripada separuh responden (55 peratus) memilih untuk membuat aktiviti ringan atau langsung tidak membuat apa-apa jenis senaman.
9.5 Tidur lena – lapan daripada 10 wanita melaporkan tidur tidak lena disebabkan ketidakselesaan.
9.6 Namun, hidup mesti diteruskan. Wanita tidak mahu datang haid menganggu tanggungjawab mereka. Tujuh daripada 10 wanita meneruskan kehidupan seharian seperti biasa dan membuat sebaik mungkin, tidak kira ia mencabar atau tidak.
9.7 Sebagai contoh, Petrina Thong, wanita Malaysia berusia 29 tahun yang memulakan pengembaraan seorang dirinya selama 13 bulan merentasi 22 negara dengan hanya RM800 berkata, “Usaha Libresse untuk meningkatkan kesedaran tentang iklan tuala wanita amat mengagumkan. Kita patut berfikir semula mengenai iklan datang haid dan berfikir sama ada ia adalah realistik atau tidak.”
10 ADAKAH KITA BERSEDIA UNTUK KEBENARAN?
10.1 Meskipun wanita sememangnya tahu mengenai cara mengatasi ketidakselesaan datang haid, sembilan daripada 10 wanita bersetuju bahawa iklan tuala wanita perlulah lebih realistik.
10.2 Faye Yong, Pengarah Pemasaran Asia Tenggara (Barangan Penjagaan Wanita), Kumpulan Vinda, menyatakan bahawa pengguna Asia kini lebih pandai menilai dan memilih jenama yang mereka gunakan. Keputusan *kajian menunjukkan, pengguna kini mahukan jenama yang mempunyai ciri-ciri tersendiri serta personaliti; jenama yang boleh mengeratkan hubungan dan menceritakan apa yang relevan; jenama yang menewaskan ketidaktepatan, ketidakpedulian dan ketidakcekapan informasi tersebut.
10.3 * Trend Watching’s ‘5 Asian Trends for 2017’, January 2017 Asia Trend Briefing.
10.4 Suarakan pengalaman haid anda bersama Libresse® dan sokongi kempen ‘Let’s Get Real’ untuk memulakan gambaran yang jujur dan tepat tentang apa yang dilalui oleh wanita.
10.5 Apakah pendapat anda tentang iklan tuala wanita? Adakah anda rasa perkara sebenar patut ditunjukkan sewaktu haid? Apakah yang sebenarnya anda rasai ketika melalui pengalaman datang haid tersebut? Kongsi mesej anda dengan wanita lain di www.facebook.com/LibresseMalaysia
10.6 #Datanghaid
10.7 #Libress
10.8 Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
10.9 Anda Mungkin Nak Tahu Tentang Tanda Nak Datang Period Agar Tidak Bocor.

Libresse® melancarkan kempen “Let’s Get Real” supaya wanita boleh berkongsi pendapat mengenai iklan dan pengalaman datang haid mereka.

Adakah iklan tuala wanita yang pernah anda tonton di TV menggambarkan keadaan sebenar semasa anda datang bulan?

Masihkah anda ingat iklan-iklan wanita sedang datang haid berketawa, menari gembira, membuat aktiviti-aktiviti lasak, bangun pagi dengan ceria, kesemuanya dalam pakaian putih?

Pernahkan anda bertanya samada kelakuan tersebut realistik bagi seseorang yang datang haid?        

Biasanya kita tidak boleh mengenal pasti ketidakpekaan terhadap sesuatu melainkan ia diberitahu oleh seseorang. Jadi, bagaimanakah ketidakpekaan yang hadir dalam iklan/komersial TV mengimpak kita?pengalaman datang haid

APAKAH YANG DIGAMBARKAN SEBAGAI “REALITI” DALAM IKLAN TUALA WANITA DAN PENGALAMAN DATANG HAID MEREKA ITU BENAR?

Oleh sebab itu, barangan penjagaan wanita berjenama Libresse® melancarkan kempen ‘Let’s Get Real’ untuk meningkatkan kesedaran dan mencetuskan pemikiran wanita untuk berfikir semula dengan realistik.

Kempen ini membuka ruang untuk melenyapkan mitos bahawa haid adalah topik yang tabu. Libresse mengambil inisiatif untuk menjana beberapa siri undian dalam talian, yang telah menarik lebih daripada 5,000 responden.

Ia menonjolkan pandangan telus pengguna yang mengakui adanya cabaran dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita semasa haid.

Daripada keputusan ini, kempen ini dapat gambaran yang jelas dan lebih realistik yang dilalui oleh wanita, dan merentas jalan untuk komunikasi yang lebih relevan.pengalaman datang haid

SEPERTI DALAM IKLAN DI MEDIA?

Jadi, apakah ciri-ciri biasa yang ditunjukan dalam iklan tuala wanita hari ini? Responden berkata bahawa situasi berikut biasa ditonjolkan di media:

  • Gadis berketawa, menari atau meloncat dengan riang.

  • Gadis berpakaian putih atau berwarna pastel.

  • Gadis bangun pagi dengan ceria dan riang.

  • Gadis yang sangat aktif bersukan.

Betul kah? Setiap wanita mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman datang haid, dan ia jauh berbeza dengan apa yang digambarkan. Sebenarnya, sembilan daripada 10 responden merasakan bahawa kebanyakan iklan tuala wanita tidak tepat. Tetapi, jika iklan tersebut tidak realistik, apakah yang dikatakan realistik?pengalaman datang haid

PENDAPAT SEBENAR WANITA YANG DATANG HAID

Sewaktu datang haid, wanita mengalami gangguan emosi dan ketidakselesaan fizikal. Tiga gejala utama yang dialami adalah perubahan emosi mendadak, kekejangan, dan kembung perut.

“Setiap wanita mengalami pengalaman tersendiri semasa haid – sementara sesetengah wanita tidak terjejas lansung, kebanyakan wanita mengalami sesuatu. Jadi ia lebih elok sekiranya iklan lebih relevan. Apabila kita berasa penat, sakit dan mengalami kekejangan serta  tidak lena tidur, takkan kita berasa ceria dan bertenaga,” kata selebriti jemputan istimewa Adibah Noor.

Beliau menambah, “Walaupun kita tidak membiarkan ia menjadi halangan, tetapi waktu kedatangan haid memang tidak seronok. Jadi kenapa ia mesti digambarkan sebegitu?”

Vlogger popular Shazreen Fazlynda bersetuju, “Saya tidak pernah mempersoalkan iklan barangan penjagaan wanita sebelum ini tetapi kini, saya sedar bahawa apa yang dipaparkan jauh berbeza dengan realiti. Sebagai seorang ibu, saya selalu mengejar masa di antara sesi pengambaran dan mesyuarat sambil membawa bayi setiap hari, walaupun sedang mengalami kekejangan atau kepenatan.”

Tergerak dengan usaha meningkatkan kesedaran tentang gambaran tidak tepat mengenai haid, Shazreen telah menghasilkan sebuah video yang disasarkan untuk menghidupkan mesej ‘Let’s Get Real’. Video ini boleh dilihat di saluran YouTube nya dan di laman Facebook Libresse® Malaysia.pengalaman datang haid

JADI, ADAKAH WANITA BERKELAKUAN SEPERTI DI BAWAH SEMASA HAID?

  1. Meloncat dengan keriangan – 78 peratus berkata mereka berasa teramat penat dan tidak mahu bergerak langsung.

  2. Memilih untuk berpakaian putih – 78 peratus berkata “tidak dan kebanyakan (98 peratus) berkata mereka berasa tersangat malu atau sekurang-kurangnya berasa rendah diri bila terkena tompokan darah.

  3. Merasa keinginan bersosial – lebih daripada separuh responden lebih suka bersendiri ataupun bersama teman karib pada waktu ini.

  4. Membuat senaman serius? – Lebih daripada separuh responden (55 peratus) memilih untuk membuat aktiviti ringan atau langsung tidak membuat apa-apa jenis senaman.

  5. Tidur lena – lapan daripada 10 wanita melaporkan tidur tidak lena disebabkan ketidakselesaan.

Namun, hidup mesti diteruskan. Wanita tidak mahu datang haid menganggu tanggungjawab mereka. Tujuh daripada 10 wanita meneruskan kehidupan seharian seperti biasa dan membuat sebaik mungkin, tidak kira ia mencabar atau tidak.

Sebagai contoh, Petrina Thong, wanita Malaysia berusia 29 tahun yang memulakan pengembaraan seorang dirinya selama 13 bulan merentasi 22 negara dengan hanya RM800 berkata, “Usaha Libresse untuk meningkatkan kesedaran tentang iklan tuala wanita amat mengagumkan. Kita patut berfikir semula mengenai iklan datang haid dan berfikir sama ada ia adalah realistik atau tidak.”

ADAKAH KITA BERSEDIA UNTUK KEBENARAN?

Meskipun wanita sememangnya tahu mengenai cara mengatasi ketidakselesaan datang haid, sembilan daripada 10 wanita bersetuju bahawa  iklan tuala wanita perlulah lebih realistik.

Faye Yong, Pengarah Pemasaran Asia Tenggara (Barangan Penjagaan Wanita), Kumpulan Vinda, menyatakan bahawa pengguna Asia kini lebih pandai menilai dan memilih jenama yang mereka gunakan. Keputusan *kajian menunjukkan, pengguna kini mahukan jenama yang mempunyai ciri-ciri tersendiri serta personaliti; jenama yang boleh mengeratkan hubungan dan menceritakan apa yang relevan; jenama yang menewaskan ketidaktepatan, ketidakpedulian dan ketidakcekapan informasi tersebut.

* Trend Watching’s ‘5 Asian Trends for 2017’, January 2017 Asia Trend Briefing.pengalaman datang haid

[hr]

Suarakan pengalaman haid anda bersama Libresse®  dan sokongi kempen ‘Let’s Get Real’ untuk memulakan gambaran yang jujur dan tepat tentang apa yang dilalui oleh wanita.

Apakah pendapat anda tentang iklan tuala wanita? Adakah anda rasa perkara sebenar patut ditunjukkan sewaktu  haid? Apakah yang sebenarnya anda rasai ketika melalui pengalaman datang haid tersebut? Kongsi mesej anda dengan wanita lain di www.facebook.com/LibresseMalaysia

#Datanghaid

#Libress

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Nak Tahu Tentang Tanda Nak Datang Period Agar Tidak Bocor.

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme